Im
tidak sangka yang dia akan berjumpa Esha lagi. Malah tidak sangka yang Esha akan datang sendiri ke Kafe Adora untuk bertemunya.Walaupun pada waktu malam, ketika Kafe Adora
sedang siap-siap berkemas untuk tutup, dan tiada customer, tetapi situasi ini masih bahaya. Apa akan jadi jika
seseorang ternampak Esha lalu menyebarkan khabar angin tentang Esha? Esha , dia seorang artis bukan?
“
Saya tahu awak tidak kisah pasal imej dan gossip, tapi awak boleh menyamar sikit
supaya tidak dicam kan?.”
“
Tahu.. tapi saya tak mahu.. “
Esha
memandang Im yang berkaca mata dan berpakaian serba putih ala chef. Lain dari apa yang selalu
dilihatnya,walaupun begitu, Im masih kelihatan kacak, elegant, dan nampak
begitu matang. Esha senyum dalam hati memuji Im. Im mempelawanya masuk dan sebaik sahaja Esha masuk ke dalam
kafe, Fai yang sedang mengelap meja tergamam. Kain lap yang dipegangnya
terjatuh ke lantai.
“
Es.... Es...Esha..??”
Zarif
yang baru keluar dari toilet juga terkejut bila melihat seorang artis muncul di
kafenya. Esha pula tu... Penyanyi baru yang sedang top sekarang ini.. Lagu
Cinta adalah ringtone Putri. Ary pula seperti biasa hanya
memandang dari jauh.
“
Duduk dulu. Saya akan buatkan awak sesuatu..”
Im
masuk ke dapur dan sebaik sahaja Im hilang dari pandangan, Fai , Zarif dan Ary
bergegas mendekati Esya.
“
Ni.. cik Esya kan?”
“
Ha.. yer saya...”
“
Autograph... autograph...” Fai cepat-cepat hulurkan kertas putih pada Esya.
Esya ketawa.
“
Cik Esya ni kawan Im ke??Im tak pernah beritahu pun...”
“
Em... boleh dikatakan kami berkenalan..”
“
Sejak bila? “
“ baru juga..”
“ Cik Esya buat apa di sini? “
“
Saya ada shooting filem kat sini..”
“ Cik Esya berlakon dah sekarang? Cerita
apa? Saya minat lagu-lagu cik Esya..
Lagu cinta ringtone tunang saya hehehe... “
“
Cerita romantik komedi... nanti tonton di pawagam yer bila dah ditayangkan
nanti..
“
Cik Esya, tangkap gambar sama boleh?”
“
Boleh..”
“
Cik Esya .. selfie.. selfie...”
Im
keluar dari dapur dengan membawa banana split mendekati mereka berempat. Pening dia melihat perangai dak-dak Kafe Adora ni.. terutama Fai yang sibuk mengambil gambar selfie dengan Esha.
“
Kenapa awak ke sini?” tanya Im sebaik sahaja mereka berdua ditinggalkan
bersendirian.
Zarif, Fai dan Ary masing-masing kembali membuat kerja mereka
yang tergendala. Esha
mengeluarkan satu tiket dan diletak di atas meja , di depan Im. Tiket masuk
untuk Festival Amal 2014 Rumah Anak Yatim Seri Mahligai.
“
Sabtu ni.. Saya harap awak dapat pergi dengan saya..”
Im
tatap wajah Esha tanpa bercakap apa-apa.
“
Tiap-tiap hujung tahun, mereka akan buat festival amal ini dimana mereka yang
terlibat akan mengadakan jualan, games, persembahan dan macam-macam lagi untuk mengutip dana bagi rumah kebajikan
ini. ..bla..bla.. bla...”
Im
perhatikan Esha yang sedang menjelaskan padanya tanpa henti-henti. Im sudah tahu tentang festival ini. Ia salah
satu festival paling besar dan paling meriah
di bandar ini dan ia dilakukan setiap tahun. Dan setiap tahun juga, Im
tidak pernah menghadiri nya.
Tapi bukan ini yang dia ingin tahu...
“
Tiap-tiap tahun saya terlibat menjayakan festival itu dan tahun ini adalah kali pertama saya akan
menyanyi di situ.. sebagai seorang artis, penyanyi yang sebenar.. “
Im
masih membisu, masih merenung Esha yang sering melarikan anak matanya setiap
kali bertemu renungannya. Namun penjelasan panjang lebar dari Esha ini juga bukan apa yang dia ingin tahu.
.
“
Kenapa awak ajak saya?” Esha terkedu.
Soalan Im itu, buatkan dia serba-salah. Kenapa ya? Kenapa dia
ajak Im sedangkan dia boleh ajak Shasha, Kak Safa, sesiapa sahaja selain Im.. tetapi dia
berada di sini, memilih untuk susah payah mencari Kafe Adora dan senyap-senyap
datang ke sini, kenapa?
“
Ke..kenapa? Emm... Err.. sebab...emm... ”
Mata
jernih Im itu menantikan jawapannya.
“ Ya, kenapa?” desak Im.
“
Sebab saya sukakan awak...” bisik Esha di dalam hati. Dia tidak berani
meluahkan ayat itu pada Im. Hanya memikirkannya sahaja sudah membuatkan dia
malu dan segan.
“Se.. sebab.. saya nak awak temankan saya... itu sahaja.! ”
Esha minta diri dan keluar dari Kafe Adora
tanpa menyentuh makanannya. Bunyi loceng angin di pintu masuk mengejutkan
semua.
“
Ehhhh..... dah balik dah???” kata Fai tidak puas hati. Dia baru sahaja nak
berbual-bual dengan Esha lagi.
“Tergesa-gesanya..
minuman pun tak diteguknya....” kata Zarif yang dari tadi memerhatikan mereka.
“
Emm.. takpelah.. upload instagram dulu..”
Fai mengeluarkan telefon bimbitnya, sedia
untuk memuat naik gambar selfie dia dengan Esha tadi. Mesti ramai yang jelez
dan terkejut bila lihat gambar mesra dia dan Esha, hehe... tetapi belum sempat
dia berbuat apa-apa, Im mengambil telefon bimbitnya dan memadamkan semua gambar
tadi.
‘
EehhhhhhHhhhhhhhhhhh!!! Kenapa...??.“
rungut Fai.
“
Walaupun Esha tidak kisah, tetapi jika gambar macam ni tersebar, media akan
mula siasat dan gossip akan keluar.. Ia tidak baik untuk imej Esha...”
Jelas Im sambil mengembalikan telefon bimbit itu pada Fai, ala-ala guru disiplin sambil membetulkan cermin matanya yang jatuh, dengan jari kelingking.
“
Kau ambil berat padanya? Ini pertama kali bukan?” tanya Zarif pada Im yang
berselisih dengannya. Im tidak membalas, terus masuk ke dapur dan Zarif lihat
di poket seluar Im terselit kad jemputan tadi. Zarif senyum.