Esha leka memerhatikan Im. Dia tidak tahu yang lelaki bila bekerja di dapur boleh kelihatan begitu seksi seperti ini.:D. Apron, lengan panjang yang disinsing ke siku, jemari yang lincah dan selesa membuat decorating icing pada permukaan kek, segala perbuatan Im dan gerakannya, senyumannya dan ketelitiannya begitu indah di mata. Bagaimana Im boleh kelihatan kacak walaupun berpakaian seperti ini, di dapur pula tu!
Esha khayal. Membayangkan Im
setiap pagi menyapanya di kitchen dengan sarapan pagi dan kek cherry yang
cantik.. . lelaki kacak dan makanan yang sedap, it’s like a dream that exist in
a fantasy.
“ Siap, rasalah..”
Im menghulurkan sepotong kek yang sudah siap
dipotong pada Esha.
“ emm.. ok..”
Esha capai garfu
lalu dirasanya sedikit kek yang Im sediakan di depannya tadi.
“ Sedapnya!!” puji Esha .
Dia tidak pernah rasa kek seperti
ini. Sekali lagi dia menyuap masuk ke mulutnya dan kali ini buat tanda good dengan ibu jari.
“ Betul?” tanya Im mendapatkan
kepastian.
Im terus duduk di depan Esha sambil menongkat dagu, memerhatikan Esha yang
sedang makan di depannya. Renungan dan mata jernih itu sekali lagi bertaut pada
mata Esha. Serta merta, Esha yang tadi lahap
jadi segan lalu dimakannya dengan perlahan-lahan dan penuh kesopanan.
“ Ianya resepi baru saya....”
“ Resepi baru?”
“ Saya chef di Kafe Adora.... “
jelas Im memperkenalkan dirinya.
Esha baru perasan yang mereka tidak ada sessi
memperkenalkan diri ,tapi boleh berdua-duaan dalam apartment Im, makan kek
bersama seolah-olah teman akrab dan ini semua berlaku disebabkan dirinya
sendiri. Bila Im menahannya, bila Im mengajaknya masuk,bila semua itu berlaku
tadi, serta merta dia bersetuju tanpa
berfikir panjang, seolah-olah terpukau dengan Im. Sekali lagi Esha rasa dirinya
ni dah tak betul.
Sebaik sahaja mereka masuk, Im kata dia sedang buat kek dan terus menyambung kerjanya dengan membiarkan Esha sebagai pemerhati. Mereka tidak bercakap apa-apa, dan inilah perbualan pertama mereka.
Sebaik sahaja mereka masuk, Im kata dia sedang buat kek dan terus menyambung kerjanya dengan membiarkan Esha sebagai pemerhati. Mereka tidak bercakap apa-apa, dan inilah perbualan pertama mereka.
“ Waaahhh... Kek ni sedap sangat!”
puji Esha sekali lagi, tidak tahu hendak cakap apa lagi. Hatinya
berdebar-debar, setiap kali Im memandangnya dan bercakap dengannya.
Im yang seolah-olah tahu keadaan Esha, beredar dari Esha, terus membuat jus dari buah mangga yang dikeluarkan dari peti ais.
“ Awak minum jus?”
“ Em! “ sahut Esha sambil
memandang Im yang sedang menyediakan minuman untuknya.
Tubuh Im membelakangi
Esha dan Esha hanyut kembali dalam khayalannya. Kenapalah walau hanya memandang
tubuh Im dari belakang, dia masih merasakan debar di hatinya? Kenapa Im terlalu
elegant?Susuk tubuh itu, ketinggian itu, suara itu.... Seriously, dia dah
angau.. too much..
“ Awak tak takut ke?”
“ Takut apa?”
“ Dengan ‘mata’ yang melihat..
Khabar angin mungkin tersebar.. “
Esha tidak mengerti.
“ Tajuknya mungkin ... emm...
Artis Esha bersekedudukan tanpa ikatan dengan teman lelaki..”
Im meletakkan gelas
juice mango di depan Esha, kembali duduk di depan Esha. Rupanya Im kenal siapa dirinya..
“Bila saya mengajak awak masuk tadi, awak
patut menolaknya...Imej awak..”
“ Saya tak takut! Buat apa saya
nak takut jika ia tidak benar. Jika ia
benarpun, saya masih tidak takut kerana tiada apa yang saya hendak sembunyikan,
jika itu kebenarannya...” potong Esha dengan tegas.
Raut wajah Im berkerut saat
mendengar kata-kata Esha. Tidak disangkanya, gadis yang kecil molek ini berfikir seperti ini.. Keberanian
untuk memperjudikan imej nya dan popularitinya.. Disebabkan pendiriannya itu,
dunia hiburan akan berlaku ‘kejam’ padanya, menjadikan kenaifannya sebagai alat
untuk dipermainkan.. dan peliknya Esha tidak gentar untuk terus berada dalam ‘dunia’
ini..
“ Awak sangat menarik...”
Kata-kata itu dan renungan itu, buatkan Esha terkedu. Im kelihatan seolah-olah sedang tertarik
pada dirinya..Bibir itu yang menguntum senyum pula seolah-olah mengusiknya.
Esha tunduk malu dengan perasaan yang semakin terpaut pada Im.
“Cakaplah apa yang bermain di fikiran
awak. ”
‘ Huh?”
“Suda beberapa kali kita terserempak,
awak kelihatan seperti hendak memberitahu saya sesuatu..apanya?”
Beberapa kali? Jadi adakah ini
bermaksud Im perasan Esha pernah terserempak dengannya 3x? Jika Im ingat setiap
kali pertemuan mereka itu, adakah ini bermaksud yang Im tahu Esha tahu hubungan
Im dan Faza?
“ Atau mungkin awak hendak
bertanya sesuatu... Setelah apa yang awak lihat dan dengar...” kata Im bagai
membaca fikiran Esha.
Esha serba salah, tapi memang ini yang bermain di
fikirannya sejak beberapa hari ini... walaupun Faza sudah menjelaskannya,
tetapi dia ingin mendengarnya dari mulut Im sendiri.
“ Apa hubungan awak dengan Faza?” Im diam seketika.
“ Ia seperti apa yang awak dengar
dari Faza.. I’m just a delivery guy..
Kami tiada apa-apa hubungan.”
Kami tiada apa-apa hubungan.”
Jawapan Im itu tidak
mengembirakan Esha.. Kerana walaupun Im menafikannya, tapi nada suaranya dan
kemuraman di wajah itu gagal disembunyikan. Esha dapat lihat dengan jelas yang Im sedang
membohonginya.. menyembunyikan kebenaran yang dirinya dan Faza adalah pasangan
kekasih. Kebenaran yang Im amat mencintai Faza dan sanggup melakukan apa sahaja
untuk Faza walaupun ini bermaksud dia akan hidup dalam bayang dan cinta mereka hanya wujud dalam rahsia.
“ Ahh...begitu rupanya... ” jawab Esha sedikit kelat cuba tersenyum
walaupun hatinya rasa kecewa.
Jadi inilah kebenaran Im , cinta Im.. Tidak akan
ada ruang bagi Esha di hati Im. Esha tidak mahu mengharap lagi.
Esha memotong satu keping kek lagi. Dia tidak mahu cakap apa-apa lagi, hanya ingin menyumbat mulutnya dengan makanan yang manis dan melupakan Im dan semua perasaannya pada Im. Dia suka pada Im, jatuh cinta pada Im tapi bukannya mencintai Im..Esha yakin perasaan dan debaran ini hanya satu permainan hati yang datang sekejap untuk mengusik.
Esha memotong satu keping kek lagi. Dia tidak mahu cakap apa-apa lagi, hanya ingin menyumbat mulutnya dengan makanan yang manis dan melupakan Im dan semua perasaannya pada Im. Dia suka pada Im, jatuh cinta pada Im tapi bukannya mencintai Im..Esha yakin perasaan dan debaran ini hanya satu permainan hati yang datang sekejap untuk mengusik.
“ Esha...”
“ Hemm......”
Esha jawab dengan
mulut yang penuh dengan kek tetapi tidak memandang Im. Tiada lagi rasa segan
silu control control ayu. Dia tidak mahu menganggap Im special, dia perlu tukar
mindsetnya sekarang juga, Im... BUKAN SPECIAL. DIA TAK JATUH HATI PADA IM.. DIA
TAK SUKA IM Pun...
“ Sedap sangat ke?”
Esha angguk
kepala laju-laju, masih tidak memandang Im. Mulutnya masih disumbat dengan kek,
tanpa henti. Gayanya seperti seorang yang merajuk, atau marah... tapi taknak
cakap apa-apa. Seperti budak kecil yang mengamuk..Esha tidak mahu tunjukkan perangai ini pada Im, tapi dia tidak juga mahu berbual lagi dengan Im. Esha ingin pulang.
Melihat itu, Im merapatkan diri pada Esha,
memegang dagu Esha dan mendonggakkan wajah Esha. Dengan ibu jari, Im mengelap
krim yang comot berada di atas bibir Esha..Lembut dan perlahan. Mata mereka
bertaut... Kemudian, Im menghisap krim di ibu jarinya itu. Esha rasa terkejut...
“Emm... krim ini terlalu manis... Mungkin saya perlu tukar
resepinya?“kata Im berfikir. Dia memandang Esha yang tiba-tiba kaku macam
patung.
“ Kenapa?” soalnya seolah-olah dia tidak faham , tetapi renungannya seolah-olah sedang mengusik Esha.
Esha pantas bangun dengan menutup kedua belah pipinya. Pipinya terasa sangat hangat, sangat merah
dan dia tidak mahu Im melihatnya , mengetahui yang dia jatuh cinta pada Im..
sangat menyukai Im...dan dia tidak mampu mengawal perasaannya lagi... Esha
terus keluar dengan debaran hati yang semakin kuat.. Im yang ditinggalkan
berseorangan, tersenyum sendiri...
“ Awak sangat menarik...”