“ Esha,
biar saya ceritakan satu kisah...”
Di
atas pokok, seorang budak lelaki berusia 8 tahun sedang memeluk batang pokok
seerat-eratnya.. Di bawahnya pula dua ekor angsa sedang berbunyi dengan bising,
mengamuk bila dikacau oleh budak nakal ini. Budak lelaki itu yang kini hampir
letih berpaut , semakin risau mengenangkan dirinya yang akan jatuh dan diserang
oleh angsa-angsa yang sedang marah ini. Rasa menyesal menyelubungi dirinya.
Kemudian
seorang budak perempuan sebayanya berlari ke arahnya dengan memegang satu ranting kayu. Sambil menjerit
dengan lantang, budak perempuan itu cuba menghalau angsa-angsa itu, cuba
menjadi penyelamat. Dan
perhatian angsa-angsa yang sedang marah itu beralih. Budak perempuan itu pula
dikejar angsa-angsa yang sedang marah itu. Kelam-kabut budak perempuan itu
berlari bermati-matian menyelamatkan diri dan budak lelaki yang melihat keadaan yang sudah terbalik itu , ketawa gembira dan jatuh cinta. Cinta pertamanya..
Xoxoxo
Di
dalam bath tub yang besar ,dalam bilik air yang mewah serba putih ini, Im sedang berbaring sambil memejamkan
matanya, membiarkan hanya wajahnya terapung di permukaan air. Dia mengenangkan
semua itu,memorinya, kisah silamnya, pertemuannya dengan Faza.
Playboy,
lelaki simpanan, anak ikan , troublemaker, stripper, macam-macam anggapan mereka yang melihat dan
menilai dirinya... Tiada siapa tahu, siapa dirinya sebenar... dan dia hanya
mendiamkan diri, memainkan peranannnya. Tidak peduli pandangan kotor mereka pada
dirinya, demi Faza dia sanggup menerima segalanya, walaupun ini bermaksud dia
terpaksa hidup dalam dua dunia yang berbeza.
“
Delivery Boy ...” kata Im perlahan.
Berbanding
gelaran-gelaran ‘kotor’ yang dia dengar tentang dirinya. Gelaran yang keluar
dari bibir Faza itu.. bila mendengarnya dari mulut Faza sendiri, walaupun dia
sudah meng agaknya, hatinya terasa terkilan melihat Faza
terus menerus menafikan kewujudannya. Disebabkan itu tanpa berfikir, dia
mengusik wanita lain di depan Faza tempoh hari.. Adakah dia ingin membuatkan
Faza cemburu? Ini bukan dirinya...
Im
menenggelamkan kepalanya ke dalam air. Membiarkan seluruh tubuhnya berada di
dalam air sejuk ini, membiarkan rasa sejuk ini menghilangkan semua rasa tidak
puas hati yang terbuku di hati dan perasaannya.
Ya,
hubungan rahsianya dengan Faza baru 5 tahun, tetapi cintanya pada Faza bermula
sejak kecil lagi... Sejak hari itu... dan hingga hari ini cintanya begitu
mendalam, hinggakan dia buta dan bodoh kerana cinta ini.. Jadi walau apapun., dia akan sentiasa
mencintai Faza... Ini cintanya... Walaupun dia terpaksa rahsiakan dan pendamkan
segala-galanya...
Di atas jubin lantai, majalah-majalah dengan mukasurat yang terpampang tentang Faza dan gossip-gosipnya... serta gambar-gambar mesra Faza dengan ‘teman artis’ lelakinya, berselerak dan bersepah.
Di atas jubin lantai, majalah-majalah dengan mukasurat yang terpampang tentang Faza dan gossip-gosipnya... serta gambar-gambar mesra Faza dengan ‘teman artis’ lelakinya, berselerak dan bersepah.
xoxoxoxo
Bilik tidur Esha bersepah, dengan
almari baju yang isinya hampir semuanya sudah dihumban keluar. Laci-laci yang
terbuka tak ditutup kembali, katil dan
tilam juga sudah beralih.. Macam diserang ribut taufan. Di tengah-tengah bilik
itu, Esha tertidur keletihan di atas timbunan bajun. Di tangannya terpegang satu
kupon lama.
“
Esha, biar saya ceritakan satu kisah...”