Sebaik
sahaja Im keluar dari Kafe Adora, dia terserempak Ary yang
sedang berdiri sambil bersandar di dinding, di luar pintu . Dari gayanya, Ary seolah-olah sudah lama berada
di situ dan dari wajahnya, Im tahu Ary telah melihat semuanya- apa yang berlaku
di dalam.
“ Sudah
berapa lama?” tanya Im lalu berdiri di sebelah Ary yang kelihatan serius.
“ Agak
lama juga...” jawab Ary dengan wajah
tanpa apa-apa reaksi.
Jika tiada
Sefarina di sisi, mukanya sentiasa ketat, kurang bercakap dan jarang
menunjukkan perasaan berbanding Fai dan Zarif. Disebabkan itu, Im tidak dapat
mengagak apa yang Ary sedang fikirkan.
“Cinta, hanya ini yang dapat membuatkan
seseorang kecewa seperti itu.. Ingat tak
kau pernah cakap begitu?”
“Apa
yang kau cuba sampaikan?”
“Bila Fai beritahu aku tentang itu, aku ingat
kau arif tentang cinta tapi rupanya kau lebih bodoh dari yang aku sangkakan.. ”
Zrapp!!
Tubuh Ary dihentak keras ke dinding dengan kolar bajunya Im rentap kuat.
“ Kau
sengaja nak bangkitkan kemarahan aku?”
“ Kau marah?”
Im tersentak.
Dia melepaskan Ary, menyedari yang tindakannya ini tidak waras. Hari ini dia tidak mengerti mengapa dia
begitu emosi.. Dia seorang yang deduktif, tenang ,mereka semua kenal dirinya
yang tidak mudah terpengaruh dengan perasaan..tapi hari ini.. semuanya tidak
kena.. sejak Esha muncul dalam hidupnya, dia tidak kenal dirinya.. Seolah-olah Apa
yang Ary cakapkan itu, benar! Dia tidak tahu apa-apa.
“ Hati,
jika salah atur, it will be the death of you... seseorang pernah ingatkan aku
tentang itu..”
“ Aku
bukan kau...”
“
Memang, tetapi ia ‘game’ yang sama dan
rule yang sama. Bila kau mempermainkan hati dan perasaan seseorang, kau juga
terdedah untuk dipermainkan..”
Mempergunakan
Esha.. Ah, dia teringat itu niatnya membenarkan Esha di sisinya.. tetapi..
sejak bila dia terlupa tentang itu? Dia tidak ingat... Perasaan ini mengaburi
ingatan dan tujuannya.
“Kau
seperti aku dahulu,bezanya aku tidak menafikannya
bila aku sedar tentangnya..”
Ary
melangkah hendak pergi. Dia sebenarnya datang sini untuk memberikan Im kunci
Kafe Adora, tetapi ..
“ Im, apa yang aku lihat tadi... Itu
cinta..”
Im diam, kaku.
~~~x~~~~~~~
Cinta?
Apa itu cinta? Apa yang dia miliki bersama Faza ini cinta! Cintanya.
“ Im, apa yang aku lihat tadi... Itu cinta..”
Im ketawa sendirian.
“Kau seperti aku dahulu,bezanya aku tidak menafikannya bila aku sedar tentangnya.”
Menafikannya?
Jadi Ary rasa dia menafikan perasaannya? Maksudnya, adakah selama ini dia sudah
sedar yang dia mencintai Esha? Adakah
dia membenarkan Esha terus berada di sisinya, bukan untuk mempermainkan
perasaannya, tapi sebaliknya?
“ Jadi awak patut tahu apa yang saya lakukan dengan awak adalah untuk kepentingan diri sendiri. It just a tantrum , an angry feeling,of being neglect.. .. “
Kepentingan dirinya?
“Usah ingatkan aku...” bisik hati
Im.
Dia memejamkan matanya, membiarkan cuaca dingin pagi ini membaluti
tubuhnya yang sedang menunggu seseorang di luar pintu rumahnya.
Kepentingan itu, adakah kerana
dia ingin berada di sisi Esha, mencintainya?
Bunyi hentakan kasut yang semakin
dekat itu, Im kenal. Dia membuka matanya dan melihat teddy bear itu berada dalam
pelukannya.
“ Esha, malam ini, di tempat kita,
bolehkah awak tunggu saya?Ada sesuatu yang saya ingin beritahu awak.”
Esha
tidak pasti apa yang Im maksudkan tapi ayat seterusnya telah membuatkan Esha
tergamam.
“ Kali ini, jangan
tinggalkan buaian itu lagi...Saya pasti akan datang.. ”
Esha sedar yang kini Im tahu
siapa dirinya.