Esha
sedang tidur di meja. Tangan Esha
terjulur menampung kepala yang dibaringkan di atas meja dan wajah lena
itu comot dengan krim dan tepung. Im yang duduk di sebelahnya , yang sedang
merenungnya sejak tadi, tersenyum bila mengingati memori mereka untuk hari ini.
Tepung
bertaburan di baju, krim kek tercalit di muka , coklat melekat di apron dan 5 buah kek yang tidak menjadi. Jika Zarif
dan yang lain-lain tiba-tiba masuk ke
kitchen , mereka pasti akan terkejut melihat betapa bersepahnya kitchen Im ini. Pasti mereka akan menganggap yang Im dan Esha bermain campak-campak tepung,
calit-calit kek, lari sana sini; macam kanak-kanak. Dan tanggapan mereka itu
tepat. Itu yang berlaku tadi. Im gembira.
Hari
ini, Im mengajar Esha membuat kek, tapi
apa yang Im ingat cumalah gelak tawa Esha, senyumannya, pipi merah itu, mata
itu, bibir itu,perangainya, kecomelannya.. .. dan segala-galanya Esha.. hanya
Esha. Mereka bermain-main dan bergurau senda di sini dan Im tidak pernah rasa
seperti ini. Gembira, teruja, bebas dan tenang.. seolah-olah hari itu kembali.
Hari dimana dia bertemu Esha dan bermain bersama. Hari yang tidak pernah
dilupakannya..
“ Mencintai saya dan tidak menyembunyikan perasaan itu. Saya ingin lakukan perkara yang sama untuk awak.... boleh kah?”
Im
menyentuh pipi Esha lalu dengan lembut dia mengelap krim di pipi itu.
Kemudian, Im meletakkan kepalanya ke atas meja, mengadap Esha yang masih lena.
Dia rasa tenang melihat wajah Esha. Walaupun berjam-jam, dia tidak rasa bosan,
dia tidak mahu berhenti... dia....
“ Bagaimana saya boleh mencintai
orang lain? " bisik Im perlahan.
"Bagaimana saya sanggup katakan
yang saya tidak ingat?sedangkan.. ”
Perasaannya ini sedang mempermainkannya.
“ Hari ini.. saya rindukan awak
lebih dari biasa..”
Im mengangkat kepala dari meja. Dia
merenung Esha yang masih tidak terjaga. Wajah itu sedang tersenyum, bermimpikan
yang indah-indah.. Im terfikir adakah dirinya ada dalam mimpi Esha? Jika ada,
adakah Im itu jua merasakan apa yang dia rasakan saat ini? Rambut Esha dibelainya dengan perlahan.
Perasaannya ini
mendesaknya...menyeksanya..
Dan perlahan-lahan dia
mendekatkan bibirnya ke dahi Esha, ingin menciumnya..
Namun sebaik sahaja bibirnya
begitu hampir menyentuh Esha, Im tersentak...
Dia berhenti..
“ Gila.. aku betul-betul dah
gila...”
Im keluar dari situ.
~~~~~~~~~
“Huarrghhhhhhhhhh!!!”
Esha
menguap panjang sambil mengeliat. Bila teringat yang dia masih di kitchen Kafe
Adora, cepat-cepat dia control dan memandang sekeliling, khuatir Im ternampak
perangai comot dia tadi. Tetapi, Im tiada di
situ. Tiada sesiapa di sini kecuali dirinya. Esha
memeluk tubuhnya yang terasa dingin dan baru menyedari yang di bahunya ada satu
jaket sejuk milik Im.
“
Im?” panggil Esha..
Tiada jawapan. Confirm memang dia seorang diri di sini.. Teruknya
Im tak kejutkan dia .. huhuuhuhu...Esha
lihat jam di tangannya yang sudah jauh melangkau ke pukul 6.30 pagi... Dia
bermalam di sinikah? Mampuslah dia kena bebel nanti dengan Shasha, dah lah hal
di Dessert Table hari tu pun belum settle lagi dengan bebelan dan kemarahan Shasha, ni tambah pula dengan dia tak balik malam.. Bernanahlah telinganya lepas ni.. .
Esha bangun dari tempat
duduk. Matanya ternampak satu teddy bear kecil di atas meja. Esha yakin
malam tadi tiada.. Teddy bear coklat dengan subang di telinganya itu Esha ambil
dan subang ungu berbentuk rama-rama itu, dibeleknya.. Esha rasa dia pernah lihat
subang ini.
'Subang awak tertanggal."
“ Ahh... festival tu....” kata
Esha teringat.
Ini adalah subangnya yang hilang
hari itu.. Im masih ingat?
Teddy bear itu tiba-tiba berbunyi
bila Esha tertekan perutnya.
“ I Love You...”