Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 6 Januari 2015

Adora Cafe- Cinta 19



“ Esha! Esha! ”
Dari jauh, namanya dipanggil dan dia dapat lihat Im berlari mendapatkannya..
Tetapi ..
buaian ini sudah lama kosong.

Esha yang tertidur untuk kali kedua di buaian ; tersentak.  Dia masih sendirian  dan Im masih belum muncul , walaupun hari sudah lewat ke pukul 1 pagi. Esha bangun dan terus mengeliat ; melegakan rasa lenguh-lenguh pada sendi-sendinya.

“ Harap-harap tiada perkara buruk yang berlaku padanya..”

Esha memeluk dan mengosok-gosok tubuhnya yang mengigil dalam cuaca pagi yang semakin dingin. Hatinya semakin risau, kalau-kalau sesuatu berlaku pada Im, tetapi dia tiada nombor telefon Im untuk memastikannya.

“ Kali ini, jangan tinggalkan buaian itu lagi...Saya pasti akan datang..”

Esha  tidak akan meninggalkan tempat ini... seperti dulu. Dia percaya Im pasti datang.

“ Dia takkan datang!”
Esha memandang pada Shasha yang muncul di depannya.  Wajah Shasha mencuka marah.
“ Shasha? Kenapa kau ke sini?”
“ Im takkan datang! Mari balik!”
Shasha menarik tangan Esha, cuba mengheretnya pergi.
“ Apa kau cakap ni.. “
“ Aku tahu semuanya.  Apa yang berlaku antara kau dan Im, aku dah siasat semuanya..Tapi, Im takkan pilih kau Esha!.  Dia cuma cintakan Faza! Dia cuma mempergunakan kau! Ni sume sia-sia.!”

“ Tak!”

Esha menarik tangannya dari pegangan Shasha. Wajah Im yang serius sebelum ini dan janji Im padanya, dia tahu, apa yang dia lihat tadi. Itu bukan Im yang mempermainkannya.. bukan Im yang mempergunakannya.. Im betul-betul maksudkannya kata-katanya pada Esha.

“ Jangan jadi bodoh Esha! Lihat!”

Shasha menunjukkan satu mms gambar Faza bersama Im.  Gambar itu dihantar sendiri oleh Faza pada Shasha. Waktunya lebih kurang sejam lalu, ia gambar Faza sedang mencium pipi Im. Lokasinya.. di rumah Im..

“ Im , dia dengan Faza sekarang ni! Dia langsung tidak ingat tentang kau! “
“ Tak! Dia ingat! ”
 “ Esha!beberapa kontrak kita sudah dibatalkan.. Iklan, duta produk, filem kau dengan Faza..semuanya ditarik balik. Faza yang buat semua ini.. Ini amarannya..banyak lagi dia akan lakukan. Mms yang dibaginya tu pun bukti yang dia tahu tentang kau dan Im ..Kalau kau teruskan dengan kedegilan kau ,kalau kau terus mencintai Im,  karier kau akan musnah..lupakan sahaja Im.. Mari kita pulang!”

 Esha kembali berjalan ke buaian di belakangnya.

“ Esha, kau faham tak apa yang aku beritahu ni! ”

Shasha menarik  bahu Esha. Tetapi saat dia melihat mata Esha yang bergenang air itu, rasa marahnya pada Esha hilang.

“ Faham! Aku faham segalanya! ”

“ Kali ini, jangan tinggalkan buaian itu lagi...Saya pasti akan datang..”

 “Tapi aku...  aku cintakan Im.. Aku akan tunggu di sini... “
 
Shasha melepaskan Esha, tersedar sesuatu. Ini cinta rupanya... tiada apa yang boleh mengubahnya  ...Cinta ini, dia cuma mampu melihat dan menunggu pengakhirannya..

“ Bastard you Im... You better come! “ rungut Shasha, meninggalkan Esha.

Xoxoxoxo


Esha yang sedang duduk di buaian, dia selimutkan dengan baju sejuk yang dibawanya bersama. Wajah itu pucat, bibirnya tampak kebiruan, matanya bengkak , tidak pasti samada disebabkan tangisan ataupun kerana berjaga terlalu lama . Sesekali Esha terhanguk kerana ngantuk tetapi gadis ini terus menerus memaksa dirinya, merenung laluan masuk ke playground ini. Menanti.. 

“ Awak taknak balik ke?”

 Air kopi yang panas, dibelinya dari kedai seven E, dihulurkan pada Esha, kemudian dia duduk di buaian kosong di sebelahnya.
“Sudah pukul 4.30 pagi..”

Esha bersin kesejukan. Air kopi yang panas dihirupnya. Ia mengurangkan rasa sejuknya.

“ Kalau awak taknak balik, saya temankan awak....”
Esha masih membisu.
“ Saya warning awak, saya ni bising dan annoying...”
Esha tidak membalas.

Fai mengeluh, tidak faham dengan kedegilan Esha. .Dia membuaikan dirinya laju-laju, sengaja membiarkan bunyi bising  tali besi buaian itu berbunyi . Sambil berayun dia mengingati panggilan telefon yang mengejutkan dia pagi-pagi begini. Kerana panggilan itulah, dia datang ke sini.

“ Fai, playground berdekatan rumah anak yatim Seri Mahligai, boleh... kau ke sana?” suara itu sangat suram.
“ Kenapa?”
“ Esha.... dia masih di sana, menunggu..”
“ Jap.. jap.. aku blur.. tunggu siapa? Esha? Pagi-pagi camnie?Apa kes ni?”
“ Fai,sesuatu mungkin berlaku padanya jika dia berseorangan... “ suara itu sangat risau.
“ Kenapa kau tak pergi sendiri, Im?Dia... tunggu kau kan? ”  Fai membuat andaian.
Im membisu.
“Im?”
Panggilan dimatikan.

Fai berhenti berbuai. Im.. Im.. walaupun dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara Im dan Esha, tapi  dari suara Im, dia tahu ada kegusaran di hati Im. Di hatinya dia dapat rasakan yang ini bukan diri Im yang sebenarnya.. sesuatu membuatkan Im begini. Situasi ini tidak patut jadi begini.

“ Apa yang kau fikirkan Im?” bisik hati Fai.

~x~X~x

Ia bermula dengan cahaya kemerahan di kaki langit dan perlahan-perlahan cahaya kuning itu mula menelan kegelapan langit.
“ Cantiknya...”

Itu kata-kata pertama Esha setelah sepanjang malam membisu. Fai menoleh pada Esha yang sedang merenung jauh pada matahari yang sedang terbit.

“ Cantik sangat...saya sangat gembira..”

Esha senyum.. namun jernih matanya mencerminkan sebaliknya...

“.. Jika awak terus mendekati saya, saya hanya akan mempergunakan awak...“

 “It’s okay...  Awak boleh gunakannya..”

“ Baiklah...          .....I already warned you..”

“ Ah... ini rupanya... Apa  yang Im hendak beritahu pada saya.. ... ”

“ Esha, malam ini, di tempat kita, bolehkah awak tunggu saya?Ada sesuatu yang saya ingin beritahu awak.”

“ Dia ingin beritahu saya.. agar kembali pada realiti...  ”

Kata-kata itu bernada positf, penuh kegirangan, tetapi Fai cuma dengar sebuah ...kepedihan.
Esha beredar dari playground dan Fai mengekori langkah Esha yang teratur begitu lemah.


Akhirnya, Im tidak datang...




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'