Suasana
di Kafe Adora terasa begitu sunyi
walaupun dipenuhi dengan pelanggan. Zarif, Fai,Ary.. ketiga-tiga mereka membuat
kerja masing-masing tetapi tiada perbualan dan gurauan seperti selalunya dan
Im,dari pagi lagi hanya berada di kitchen, membuat kek dan pastry, tidak
mempedulikan mereka dan masa yang berlalu.
Sehinggakan
waktu lunch pun, Im terus-menerus membuat pastry dan kek, tanpa henti, tanpa
letih dan setiap kek yang dibuatnya, hampir semuanya , Im akan membuangnya ke
dalam tong sampah. Masam, manis, pahit, semua keknya serba kekurangan. Ia tidak sempurna dan kitchen terus tunggang
langgang.
Kelakuannya
itu disedari oleh Zarif, Fai dan Ary tetapi tiada seorang pun dari mereka cuba
menenangkan Im.Seolah-olah mereka tahu tiada apa yang mereka boleh lakukan. Bagi
Zarif, apa yang berlaku pada Im adalah sebuah kekecewaan – dia tidak dapat
mengubatinya. Ary pula lihat Im yang memilih untuk menafikan –Ary akur. Dan
Fai? Fai tidak faham apa yang Im sedang fikirkan dan dia sangat marah dengan Im yang telah melukakan hati
Esha; jadi dia tidak mahu bercakap dengan Im buat masa ini.
ESHA
DIGAM DAN DISENARAIHITAMKAN OLEH STESEN
TV DAN RADIO.
Suara
pemberita hiburan di kaca televisyen yang terbuka di depan, mengejutkan mereka
bertiga. Satu demi satu pendedahan tentang isu Esha dipertontonkan.Esha
dikatakan di'sponsor' TanSri, guna orang dalam untuk menjadi duta produk.Tidak cukup dengan itu, Esha juga dikatakan artis liar dengan gambarnya
berpesta di club malam tersebar.Berita ini mengejutkan peminat-peminat Esha
yang nyata-nyata meluahkan rasa kecewa mereka bila disoal oleh wartawan.
“ Adakah ini tanda kemusnahan
karier Esha? Kita akan cuba dapatkan Esha untuk jawapannya.”
Kata wartawan
hiburan itu sebelum slot rancangan itu habis dan digantikan dengan iklan.
Ketiga-tiga
mereka saling berpandangan, tidak faham bagaimana semua ini boleh berlaku pada
Esha. Tidak jauh di belakang mereka, Im merenung kaku pada televisyen yang sedang
menayangkan iklan. Dia melihat dan mendengar semuanya tentang perkara yang berlaku
pada Esha. Dia terkejut dan risau membayangkan keadaan Esha sekarang ini. Bagaimana Esha ingin berhadapan dengan isu
yang melampau seperti ini? Bagaimana perasaan Esha sekarang ini? Esha pasti
terpukul dengan tamparan ini... bersendirian.. Im dipenuhi kerisauan...
Fai didekatinya lalu dia menyerahkan kek yang berada di tangannya. Kemudian seperti
robot, dia perlahan-lahan membuka apron, topi chefnya dan butang baju
uniformnya. Kesemua itu diserahkan pada Ary.
“ Im? Kenapa?” tanya Zarif pelik
dengan kelakuan Im.
“Aku perlu ke sisinya.. ”
Im terus keluar dari kafe Adora
meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.
~mengapa aku ingin berada di
sisinya... saat ini.. aku tidak tahu ~
Xoxoxoxoxo
Telefon bimbit Shasha tidak henti-henti bordering.Berpuluh-puluh sms diterimanya; sampai penuh inbox. Tapi yang paling merisaukan adalah Esha yang
tidak gelisah walaupun kariernya sedang berada di hujung tanduk. Imejnya telah dicalar teruk oleh Faza. Jika dibiarkan , Esha tidak mungkin dapat kembali ke
dalam industri ini.
“
Tengok gambar ini, Ini superimpose!
Fitnah! Faza tu memang tak guna!” marah
Shasha. Mengoyakkan gambar Esha berpesta arak itu. Kemudian satu-satu artikel
fitnah lain dibacanya.
“ Aku pasti akan saman semua
orang yang terlibat ini! Terutama si
Faza tu!”
Shasha
terus membebel dan naik berang.
Esha pula tiada reaksi. Dari tadi, dia hanya duduk di sofa nemerhatikan Shasha dengan wajahnya yang tidak bermaya.
Sejak Esha balik dari playground itu, Esha seolah-olah mayat hidup, tidak
berperasaan, tidak bercakap. Matanya tidak lagi galak dan ceria., bibirnya
tidak lagi tersenyum..Dia makan cuma setakat alas perut dan setiap hari Esha
hanya duduk berbaring di sofa, hanyut dalam apa yang bermain di fikirannya. Perkara yang berlaku malam itu juga Esha tidak pernah bercakap mengenainya.
“ Lihat ini, gambar kau dengan
seorang lelaki keluar dari sebuah kafe pun diorang nak jadikan gossip!! ”
Esha
mengambil artikel itu dari Shasha. Dia membeleknya dengan risau,
memastikan sesuatu. Lelaki itu adalah
salah seorang pelanggan di sebuah kafe yang dilawatinya di China dua bulan lalu.. Pelanggan
itu terselit gambarnya seolah-olah sedang berjalan keluar dengan Esha walhal mereka hanya berselisih, tanpa kenal satu sama lain.
“
Ah.. selamat bukan Im dan Kafe Adora..” Raut wajah Esha bertukar lega. “Aku tidak mahu dia diganggu media disebabkan
aku nanti.. ”
“ Kau masih ada hati fikirkan tentang Im? Setelah apa yang dia lakukan pada kau!”
Esha
tidak membalas kata-kata Shasha yang benar itu. Ya, dia masih fikirkan Im,
walaupun setelah apa yang berlaku.. dia masih tidak dapat lupakan Im, Dia masih
sukakan dan cintakan Im. Bezanya kali
ini dia kekal dengan realitinya ; membawa memori Im di hatinya; terluka dan kecewa dengan cinta ini.
“
Kau sedar tak situasi kau sekarang ni Esha? Kau mungkin takkan dapat menyanyi
lagi! Kita kena buat sesuatu tentang gosip dan masalah ini...”
“ Aku tidak kisah.. Biarkan sahaja..“
“Esha!”
“
Aku tidak mahu lagi menyanyi..”
Wajah Esha kekal tidak berperasaan. Shasha tahu
Esha tidak bermaksudkannya! Nyanyian adalah kehidupan Esha, Shasha sendiri lihat
bagaimana Esha berusaha untuk mencapai tahap ini jadi bila Esha beritahu dia
ingin berhenti, Shasha tidak mahu mempercayainya. Shasha percaya Esha cuma
dipengaruhi kepiluan lalu membuat keputusan yang tidak betul.
Bunyi
loceng pintu menganggu mereka.
“
Wartawan dah tahu ke kita kat sini?”
tanya Shasha khuatir untuk membukanya.
Esha
bangun dan berjalan ke arah pintu.
“
Esha, jangan buka!”
Pintu
terus dibukanya, tanpa mempedulikan larangan Shasha dan sebaik pintu terbuka, Im meluru memeluk Esha.
“ Syukur awak tidak apa-apa!”
Esha tergamam, tidak bergerak, membiarkan
tubuhnya dipeluk Im.
“ Saya risaukan awak..Saya tahu kehadiran saya tidak
akan membantu mengembalikan apa yang awak telah hilang.. Ia juga tidak akan
mengubah apa-apa.. tetapi, saya tetap ingin berada di sisi awak.. to be your shoulder
to cry...
Esha memeluk Im dan menangis
sekuat-kuatnya.
~mengapa aku ingin berada di sisinya... saat ini.. aku tidak tahu ~
Im mengeratkan pelukannya.