Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 8 Januari 2015

Adora Cafe - Cinta 21



Im sudah lama tidak duduk diam seperti ini dan hanya menjadi penonton. Kali ini untuk sekian lama, giliran Im pula memerhatikan Esha membuat kek di depannya. Dari awal hingga ke hiasan topping, Esha membuatnya sendiri tanpa bantuan Im. Apa yang diajar Im sebelum ini, Esha ingat semuanya dan berjaya menghasilkan kek kegemaran Im itu.

Shasha sudahpun beredar. Walaupun pada awalnya Shasha membantah dengan keras, tetapi akhirnya Shasha akur dengan permintaan Esha. Mereka berdua ditinggalkan sendiri di apartment ini dan suasana ini mengingatkan Im pada kali pertama dia menjemput Esha ke apartment, kali pertama dia mengenali Esha.. kali pertama, dia tertarik pada Esha yang pada waktu itu hanya seorang wanita yang asing baginya. Kali pertama... 
" Awak sangat menarik" 

Esha menyempurnakan topping hiasan keknya, dan Im leka merenungnya.  Sejak tadi, tiada bicara yang wujud antara mereka. Walaupun tangisan Esha sudah lama berhenti, tetapi bibir itu, wajah itu, Im lihat tiada senyuman untuknya. Im senyum kelat bila mengenangkan perkara itu.. lucu memikirkan yang dirinya sedang mengharapkan senyuman yang sudah tidak layak untuknya lagi. Setelah apa yang dia lakukan terhadap Esha... 

Malam itu, dia tidak ingin Esha menunggu, dia betul-betul ingin pergi ! Hatinya sangat terseksa melihat detik jam yang berlalu.. Berulang kali dia berfikir untuk bergegas ke sana! Berlari ke Esha yang sedang menantinya. Jujurnya itu perasaannya.

“You love me too!..... am I wrong?”


Soalan Faza itu membuatkan dia kaku di tempatnya. Lima tahun dia mencintai Faza dan dia percaya pada cinta ini. Jujurnya.. dia serba salah. Malam itu, Im tidak mahu lagi mendekati Esha. Perasaan Esha, diri Esha, dia tidak mahu mempergunakannya lagi. Im tekad membiarkan hati Esha terluka. Perjanjiannya pada Esha berakhir. Sebuah pengakhiran yang mereka berdua tahu sejak awal lagi.

Namun selepas itu, dia sedar hakikat yang dirinya tidak faham akan cintanya, perasaannya malah diri sendiri. Soalan Faza malam itu, dia tidak mengakuinya tetapi tidak juga menafikannya. Dia tidak faham apa yang tidak kena dengan dirinya! Apa yang patut dia lakukan tidak sama dengan apa yang hatinya mahukan dan dia semakin keliru bila dirinya terus memikirkan tentang Esha , merindui senyuman dan suaranya.. Esha,, Esha.. Esha....menganggunya..Perasaan Esha yang dipermainkan dan dilukakan tetapi hatinya yang jauh terasa perit dan pedih.

Esha menghulurkan pada Im, sekeping kek yang sudah dipotong dan diletakkan ke dalam piring. Im tidak  menyentuhnya sebaliknya memandang Esha yang masih kekal dengan wajah yang muram, tidak bermaya.  

“ Awak tak apa-apa kah? Maafkan saya kerana mungkiri janji kita..  “ 
kata-kata itu hanya dilepaskan dalam hati. Im tahu dia tidak layak lagi untuk itu. Perbuatannya dan kata-katanya  hanya akan disalah anggap sebagai mempermainkan perasaan Esha lagi.

“ Awak tahu mengapa saya menangis tadi?”soal Esha tiba-tiba. Im diam , tidak memandang Esha. 

“Bukan disebabkan media yang teruk ini tetapi disebabkan malam itu. Malam yang awak tidak muncul itu, saya tidak menitiskan air mata walaupun hati saya begitu sakit. Saya sedih tapi saya terus menunggu. Sangat sedih tetapi saya tidak  tumpahkan air mata saya sebab saya mahu awak lihat sendiri , yang semua kepedihan saya, air mata ini adalah disebabkan awak..Awak tak rasa bersalah ke?" sindir Esha.

Im kekal mendiamkan diri, membenarkan dirinya dimarahi Esha. Dia tidak layak mempertahankan dirinya, meminta maaf, mahupun memberikan alasan.

 “Awak datang dan pergi sesuka hati ! Tahu tak apa perasaan saya bila awak muncul di sini?!Marah?! Kecewa?! BENCI awak!!!!” 

“ Semua perasaan itu, awak berhak..Saya akan menerimanya.. segalanya.. ” 

Jawapan Im ringkas. Dia bertanggungjawab atas perbuatannya. Im pandang wajah Esha dan terus tersentak. Anak mata Esha itu bergenang dengan air mata..Wajah Esha itu bukan membencinya, bukan marah padanya... 

“ Bagaimana dengan perasaan saya yang masih mencintai awak? Yang tidak dapat melupakan awak... yang tidak mahu berhenti menunggu awak.. Adakah awak akan menerimanya juga? "

Lidah Im kelu. 

“ Melihat awak di sini,  saya percaya, walaupun hanya sekecil zarah, perasaan awak adalah sama seperti saya bukan?”

“ Esha..saya...”

“ Melihat awak di sini, saya percaya, layanan awak pada saya selama ini, kata-kata awak, janji awak.. semua itu bukan palsu , bukan?"
“ Saya ingin percaya! 
Percaya yang awak ... cintakan saya juga ... bukan?”

Air mata Esha berlinangan jatuh sebaik sahaja ayat terakhir itu diucapkannya. Im mendekati Esha, menarik Esha dan memegang kedua belah pipi Esha yang basah itu.Dia mengelap air mata yang berderai itu.

“ Jangan menangis...please don't , I can't bear to watch it.... it’s hurts me... so much...”

Esha memegang pergelangan tangan Im. Mata mereka bertemu.. 

“Jadi, beritahu saya sekarang, apa perasaan awak pada saya? Jika esok awak tidak akan dapat jumpa saya lagi selama-lamanya, bolehkah awak beritahu saya hari ini, saat ini.. tanpa ragu-ragu yang awak cintakan saya?”
“ Esha.. Saya ...” 
~cintakan awak~ 

Im tidak menghabiskan kata-katanya. Sesuatu membuatkan lidahnya kelu.Sesuatu yang menganggunya.Sesuatu yang menghalangnya untuk memberitahu Esha apa yang tersembunyi di hatinya. Ia sumber kekeliruannya dan.... walaupun  dia tahu apa yang dia sepatut lakukannya, apa yang dia ingin cakapkan pada Esha, tapi ...



Im melepaskan Esha, berganjak darinya.Perbuatannya buatkan Esha tersentak dan dia juga turut beralih dari Im. Mereka saling merenung satu sama lain. Jarak antara mereka terasa begitu jauh..

“Saya tahu sebelum ini saya yang pilih untuk dipergunakan awak, untuk jatuh cinta dan mencintai awak,untuk berada disisi awak.. tetapi saya silap..   Perasaan saya tidak kuat lagi untuk dipermainkan.. I can't take it anymore.."
"Maafkan saya... saya ingin berhenti dan lupakan segala-gala yang pernah terjadi...  ”

Esha membuat keputusan.

Hari itu, Im keluar dari kehidupan Esha. Dan sepanjang malam itu, Im berdiri di luar pintu Esha yang dikunci , mengetahui yang Esha sedang menangis sendirian di dalamnya, dan dia... hanya mampu menemaninya dari luar..

~ mengapa aku ingin berada di sisinya... saat ini.. aku tidak tahu...yang aku sangat mencintainya..~







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'