"Apa sms yang awak hantar pada saya tu?”
Danny cuba
meninjau apa yang tertulis di skrin handphone kecil ku ini. Mukanya berkerut
bila aku cepat-cepat sembunyikan ia darinya.
" Takde apa-apa." bohongku.
Dia masih tidak puas hati. Jika tangannya tidak memegang kotak hadiah itu, pasti dia sudah cuba merampas telefonku. Aku pandang dia dan dia senyum, membuat muka cute.
" Come on.. apanya..." pujuknya, sambil tersengih lebar.
" Takde.."
" Baik awak beritahu saya.."
" Benda tak penting pun.."
Danny terkebil-kebil, masih tidak puas hati. Dia merenung aku tajam, mesti dia sedang fikirkan apa yang aku cuba sembunyikan dari dia.
" Betul?"
Dia masih merenung handphone aku kemudian memandangku. Gayanya macam anak kecil yang menginginkan sesuatu tetapi tak cakap.
"Betul, tak penting?" tanyanya lagi untuk kepastian.
Patutkah aku beritahu?
Aku tarik nafas dalam-dalam..
mungkin...
“ Danny, awak dan Farish tu...”
“
HELLO DEAR!!!!!!!!!”
Sapaan itu membantutkan ayatku... baru nak tanya..Aku pandang pada wanita yang sedang mendekati kami-Dehlia Nastasya. Dia memelukku.
“ I’m so happy you could come, Amyra sayang. Danish ada cakap yang you akan datang. I thought he was kidding."
Dehlia melepaskan aku yang hampir lemas dalam dakapannya. Bau perfume semerbak memenuhi rongga lubang hidung aku dan melekat di pakaianku.
“ It's so strange.You stick with the same girl
this time.” sindir Dehlia pada Danny. Sempat menjeling aku dengan ekor matanya, judging me..
Danny senyum, tidak terasa.
Betullah, dia ni buaya, playboy, adakah Danny tukar girlfriend macam tukar baju?
Danny menyerahkan hadiah pada Dehlia.
“Yep, she's sticky like a glue."
Gam!? Hello! Bukan aku yang nak melekat
sangat kat Danny.
“ So is this permanent ‘glue’ or just normal ‘glue’?”
Hello!! Aku ada di sini... sila lihat dan perasan. kalau nak cakap pasal aku, sila di belakang..
Sakit hati bila dengar semua ini... glue? Glue? Danny!!
Seorang pelayan lelaki datang mengambil
hadiah dari tangan Dehlia.
" The perfect one."
Jawapan Danny itu membuatkan wanita yang seiras wajah ibunya itu berubah. Dehlia merenungku, tidak senang. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa cemas dan perbualan aku dengan Dehlia dahulu kembali bermain di fikiran. Aku telan air liur.
“ You know Amyra, bila Danish kata yang abang tercintanya akan pulang.. I'm so excited. I cancelled all my appointment just for today... "
Aku tak faham. Pulang? Danish ada cakap pasal itu juga padaku, masa dia memberi kad itu padaku.
“ Oh.. you don't know?"
Dehlia senyum bila menyedari yang aku tidak tahu. Lebih tepat lagi dia tersenyum kerana melihat reaksi Danny saat ini.
"Danny never
mention? Ini rumah Danny before dia
tinggal dengan kami. This is his home.”
Tinggal dengan kami? Aku tak faham apapun. Tapi aku dapat
rasakan sinisan dan sindiran dalam setiap kata-katanya. Mengapa? Tidak sama langsung
masa kali pertama aku bertemu ahli keluarga Danny. Tiada langsung keramahan di antara mereka. Dan Danny aku lihat, berubah raut wajahnya. Dia kelihatan tidak selesa.
“ I'm sure Danny tak cerita apa-apa kat you
lagi, Amyra .. He
will never mention anything. NEVER.”
Never?
Aku pandang Danny dan lihat jernih mata yang kusam itu. Bibir Danny seakan terkunci, kaku di situ...Seolah-olah apa yang Dehlia cakapkan itu tepat.
“
It’s ok.”
Dehlia diam.
“ Jika dia taknak beritahu apa-apa maupun sembunyikan sesuatu dari saya
pun. It's okey. Dia ada sebab untuk buat
begitu dan saya percayakan dia- Danny for being himself, the real Daniel Fazran."
Wahh.. melekat dengan Danny buatkan aku pun
cam tak siuman cam dia. Emo.. jiwang karat.. adess~
Dehlia mengentap bibirnya. “ The real Daniel Fazran kah? Auchh!! So... romantic...it's hurt!'
Dia mendekatkan bibirnya ke telingaku dan
" not me but ..you..." bisiknya.
Dehlia meninggalkan kami dan walaupun dia tidak cakap apa-apa, siren merah bunyi warning bahaya, bahaya seolah-olah bermain-main di atas kepala aku. Habislah...
“FUHHHHHHHHHHH!!! hahaha... “
Aku mengeluh kuat. Lega... ketar kepala lutut aku ini. Manalah aku boleh dapat keberanian begini? Punyalah penat aku control rasa takut dan suara yang gigil.Aku tidak sangka yang aku berani bercakap seperti ini.
“ Awak sangat berani sekarang Amyra.” puji Daniel.
“It's that a love confession? “ tanyanya.
Dia senyum manis.
Aku ternganga. oh!?