Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA
Memaparkan catatan dengan label KL love Story Season 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL love Story Season 2. Papar semua catatan

Rabu, 11 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 10





Kami berdua berjalan di ruang tingkat atas. Atas sebab apa entah, tiba-tiba Danny mengajak aku naik ke tingkat atas banglo ini. Adakah sebab confession aku tu dia ... dia mungkin... mungkin nak.. cakap sesuatu.. confess juga ke? Sekejap!.. Apa sebenarnya hubungan kami? Lepas date pertama itu, so officially kami berdua sedang dating ke? Danny takde cakap apa-apa tentangnya. Tapi dari apa yang berlaku tadi, adakah aku ni teman wanita Danny? Bolehkah aku ngaku diri aku sebagai teman wanita Danny?

" Yep, she's sticky like a glue."
Terus hilang mood aku teringatkan itu.. Glue?  Danny buaya !! 

Di tingkat ini,  ia sama besar seperti dewan di bawah, cuma ia penuh dengan perabot antik dan almari-almari buku. Seperti sebuah library besar. .

“I learnt everything here..homeschooled..” katanya tiba-tiba.

“ All man in the house homeschooled, my dad, including Danish..We learnt about everything, no games, no friends. We learnt here to be the best son, the best heir, the best adult. Seriously, it’s boring. Bayangkan umur sekolah rendah tapi kena belajar tahap sekolah menengah, etika dan business.”

Aku diam. Sebab itukah Danish tampak lebih matang dari umurnya.

“ When we reached 10 years old- a ceremony is held. Kan awak kata ini tak macam birthday party kan? Yer.. memang ini bukan birthday parti pun. Today is the ceremony for Danish. It’s the ceremony where we were introduce to the world.  World means- Our family friends, business partner,  media, everyone will know us from the moment of 10 years old. “ 

Danny membuka beberapa buku lama yang tersusun di rak-rak. Mungkin mengingati zaman belajarnya.

“ Sebagai pewaris, seseorang itu perlu tunjukkan bakatnya, and face the fear. Ia turun temurun dalam keluarga kami. Today, Danish akan face his first fear. “

“ Fear?” aku dah mula berminat. Peliknya adat keluarga Danny ni.

“ Aah.. different person different fear.”

Suara kecil itu menyerikan suasana yang serius ini. Aku toleh dan lihat si kecil ini begitu comel dan kacak dengan sut tuxedo hitamnya.
“ Abang Danny!” 

Danish berlari memeluk Danny.  Aku terkejut, ini kali pertama aku lihat kecomelan Danish..Selalu dia nampak cam budak bratz yang buli aku.. Honestly, Comelnya..dia!

“ Terima kasih kak Amyra!”ucapnya padaku setelah pelukannnya terlerai. Danny mengosok-gosok kepala Danish. 

“ Macam mana kacak tak? “ tanya Danny sambil buat pose V . 

Aku ketawa. budak ni.. comel betul. Ini baru betul Danish yang comel, perangai ini lebih sesuai dengan umurnya.. Danish juga tampak selesa seperti ini. 

“ Haha.. perfect! 10/10.” puji Danny. 
Danish sengih melebar.

“Nervous?” tanya Danny.
“ Of course! First dance! “
“ Dengan siapa?”

“ Yang tu.” katanya sambil menunjuk pada seorang budak perempuan sebaya dirinya yang sedang menanti di tangga. Comel juga dengan dress kembang ala-ala princess itu. 

“ After dance I’m going to ask her out.”

Danny ketawa besar. Dia suka? Dia galakkan budak kecil ini? Aku pula yang risau...

“ Abang dance dengan kak amyra ke?”

Aku pandang Danny. Dance? Ada dancing ?
Danish tiba-tiba minta diri. Katanya masa dah sampai, dan seorang lelaki aku rasa pembantunya datang mengambil dirinya. Kelakuan keanak –anak itu terus hilang sebaik sahaja lelaki itu mendekati kami.

“ Kak Amyra watch abang Danny for me okey! " kata Danish sambil melambai pada kami.


Bunyi musik yang kuat menarik perhatian ku.. Di bawah aku lihat semua orang sedang memberi tumpuan pada seorang wanita di usia senja sedang yang masuk dengan dua bodyguardnya.

Aku perasan dahi Danny berkerut, sesuatu mengganggu fikirannya. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 10 Februari 2015

KL Love Story S2-Part 9



 "Apa sms yang awak hantar pada saya tu?”
Danny cuba meninjau apa yang tertulis di skrin handphone kecil ku ini. Mukanya berkerut bila aku cepat-cepat sembunyikan ia darinya. 
" Takde apa-apa." bohongku. 

Dia masih tidak puas hati.   Jika tangannya tidak memegang kotak hadiah itu, pasti dia sudah cuba merampas telefonku. Aku pandang dia dan dia senyum, membuat muka cute.

" Come on.. apanya..." pujuknya, sambil tersengih lebar. 
" Takde.."
" Baik awak beritahu saya.."
" Benda tak penting pun.." 

Danny terkebil-kebil, masih tidak puas hati. Dia merenung aku tajam, mesti dia sedang fikirkan apa yang aku cuba sembunyikan dari dia. 
" Betul?"
Dia masih merenung handphone aku kemudian memandangku. Gayanya macam anak kecil yang menginginkan sesuatu tetapi tak cakap. 

"Betul, tak penting?" tanyanya lagi untuk kepastian. 

Patutkah aku beritahu?

Aku tarik nafas dalam-dalam..

mungkin...

“ Danny, awak dan Farish tu...”


“ HELLO DEAR!!!!!!!!!”

Sapaan itu membantutkan ayatku... baru nak tanya..Aku pandang pada wanita yang sedang mendekati kami-Dehlia Nastasya. Dia memelukku. 

“ I’m so happy you could come, Amyra sayang. Danish ada cakap yang you akan datang. I thought he was kidding." 

Dehlia melepaskan aku yang hampir lemas dalam dakapannya.  Bau perfume semerbak memenuhi rongga lubang hidung aku dan melekat di pakaianku.  

“ It's so strange.You stick with the same girl this time.” sindir Dehlia pada Danny. Sempat menjeling aku dengan ekor matanya, judging me..

Danny senyum, tidak terasa. 
Betullah, dia ni buaya, playboy, adakah  Danny tukar girlfriend macam tukar baju? 

Danny menyerahkan hadiah pada Dehlia.

“Yep, she's sticky like a glue." 

Gam!? Hello! Bukan aku yang nak melekat sangat kat Danny. 

“ So is this permanent ‘glue’ or just normal ‘glue’?”

Hello!! Aku ada di sini... sila lihat dan perasan. kalau nak cakap pasal aku, sila di belakang.. 
Sakit hati bila dengar semua ini... glue? Glue? Danny!! 

Seorang pelayan lelaki datang mengambil hadiah dari tangan Dehlia.

" The perfect one."

Jawapan Danny itu membuatkan wanita yang seiras wajah ibunya itu berubah. Dehlia merenungku, tidak senang.  Entah kenapa tiba-tiba aku rasa cemas dan perbualan aku dengan Dehlia dahulu kembali bermain di fikiran. Aku telan air liur.

“ You know Amyra, bila Danish kata yang abang tercintanya akan pulang.. I'm so excited. I cancelled all my appointment just for today... "

Aku tak faham. Pulang? Danish ada cakap pasal itu juga padaku, masa dia memberi kad itu padaku.

“ Oh.. you don't know?" 

Dehlia senyum bila menyedari yang aku tidak tahu. Lebih tepat lagi dia tersenyum kerana melihat reaksi Danny saat ini.  

"Danny never mention? Ini rumah Danny before dia tinggal dengan kami. This is his home.”

Tinggal dengan kami? Aku tak faham apapun. Tapi aku dapat rasakan sinisan dan sindiran dalam setiap kata-katanya. Mengapa? Tidak sama langsung masa kali pertama aku bertemu ahli keluarga Danny. Tiada langsung keramahan di antara mereka. Dan Danny aku lihat, berubah raut wajahnya. Dia kelihatan tidak selesa. 

“ I'm sure Danny tak cerita apa-apa kat you lagi, Amyra.. He will never mention anything. NEVER.”

Never?
Aku pandang Danny dan lihat jernih mata yang kusam itu. Bibir Danny seakan terkunci, kaku di situ...Seolah-olah apa yang Dehlia cakapkan itu tepat. 

“ It’s ok.”

Dehlia diam.

“ Jika dia taknak beritahu apa-apa maupun sembunyikan sesuatu dari saya pun. It's okey.  Dia ada sebab untuk buat begitu dan saya percayakan dia-  Danny for being himself,  the real Daniel Fazran." 

Wahh.. melekat dengan Danny buatkan aku pun cam tak siuman cam dia. Emo.. jiwang karat.. adess~

Dehlia mengentap bibirnya. “ The real Daniel Fazran kah? Auchh!! So... romantic...it's hurt!' 
Dia mendekatkan bibirnya ke telingaku dan 
" not me but ..you..." bisiknya. 

Dehlia meninggalkan kami dan walaupun dia tidak cakap apa-apa, siren merah bunyi warning bahaya, bahaya seolah-olah bermain-main di atas kepala aku. Habislah... 

“FUHHHHHHHHHHH!!! hahaha...  “ 

Aku mengeluh kuat. Lega...  ketar kepala lutut aku ini. Manalah aku boleh dapat keberanian begini? Punyalah penat aku control rasa takut dan suara yang gigil.Aku tidak sangka yang aku berani bercakap seperti ini. 

“ Awak sangat berani sekarang Amyra.” puji Daniel. 

“It's that a love confession? “ tanyanya.

Dia senyum manis.

Aku ternganga. oh!?







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 6 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 8





Aku tak selesa di sini!!! Itu yang aku ingin jeritkan!  Aku pandang keliling, inikah majlis hari jadi? Mana belonnya? Mana badutnya? Mana kanak-kanaknya? Mana kek nya?Di keliling aku hanya ada orang-orang dewasa berpakaian formal. Lelakinya berkemeja , perempuannya bergaun indah. Di laman pula berpuluh-puluh kereta mewah tersusun dengan setiap satu melambangkan status masing-masing.  This is too much!! Di manakah aku? Tidak? Ini sudah macam perjumpaan badan-badan korporat. 

Parti untuk Danish ini terlalu besar dan mewah. Satu hall dewan !?? hall dewan ini berada di dalam banglo 4 tingkat yang dimiliki oleh keluarga Danish. Besarnya rumah diorang ini.... lamannya jer dah besar padang golf. Melampau-lampaunyer diorang ni.

Seorang pelayan menghidangkan aku  puding strawberi.  Aku ambil satu dan dengan senyuman yang manis dia beredar, bergerak lincah di kalangan tetamu –tetamu yang hadir, rajin melakukan tugasnya dengan mesra. Dan tetamu –tetamu di situ, mengabaikannya. Masing-masing sibuk berbicara antara satu sama lain. 

Aku dapat dengar di sebelah kiri ku, kumpulan lelaki yang semuanya berusia lewat 40an sedang berbincang tentang bisnis, syarikat, kontrak dan di bahagian kananku pula, sekumpulan perempuan yang aku sangat yakin semuanya berstatus datin, sedang berlagak dengan pencapaian diri masing-masing. Anak i.. menantu i... holiday i..

Danny di sisiku pula sedang sibuk menikmati pudingnya, aku rasa ini sudah masuk kali ke-7 dia ambik puding nih. Matanya melilau memerhatikan insan-insan yang aku rasa dia kenali tetapi sengaja mengendahkan.

“ Betulkah ini parti birthday Danish?” tanyaku mendapatkan kepastian.
“ Yep. Ini parti Danish."

Aku perhatikan kalau-kalau ada budak kecil berlari-larian. Tiada, kalau ada pun mereka juga sama seperti orang-orang dewasa di sini. Semuanya berpakaian formal, berdiri di sisi ibu bapa masing-masing, leka dalam perbualan. 

“ Takde kek, takde clown, takde balloons.. tak happening..”
“ Hmmm...”
“ Bukan saya nak kata parti Danish tak best, cuma... takde feeling cam birthday  parti..” jelasku sambil tanganku memeluk erat hadiah yang dibungkus kemas dalam dakapanku. 
Takut juga kalau Danny terasa hati bila aku berkomen tentang parti adiknya.

“ Setuju.. 100% setuju!” 

Hmm..  Baik betul dia kali ini. Sejak sampai tadi, dia tidak mengusik aku, mengarah aku, atau membuat semua perangai 'Danny' dia.   Dia kekal di sisiku, melayanku dan menemaniku. Kata-katanya tadi kembali mengetuk perasaanku. Perlahan-lahan aku rasa panas di  kedua-dua belah pipi dan hati ini rasa berdebar-debar.  Aku ....

Ya, jika aku buat keputusan yang salah, biarkan sahaja.. kerana aku tidak mahu betul.. jika dia bersamaku..

Aku geleng-geleng kepala. Apa tak kena dengan diri aku ni? Malunya kalau Danny tahu apa yang aku fikirkan.. bersama Danny? Serius otak aku dan perasaan aku sudah tidak betul.. Buaya ini? NO, no! No!  Aku pandang Danny. Wajah itu kelihatan biasa sahaja, tidak malu, tidak kekok walaupun baru  sahaja sebelum ini bibir itu meluahkan ayat-ayat romantis. Seolah-olah tiada apa-apa..Aku benci part diri Danny yang ini... kenapa dia boleh kekal selamber seperti ini? Buatkan aku ragu-ragu pula samada dia ni serius atau tidak? Apa yang aku dengar tadi boleh dikategorikan sebagai luahan perasaan? cinta?

Dia menoleh dan mata kami bertemu. Pantas aku tertunduk segan. 

“ Hei, saya nak pergi toilet. Nak ikut ke? “
Huh?
“ Kenapa pula saya nak ikut?”terkejut aku bila soalan itu timbul.Dia bukan perempuan nak kena berteman ke toilet. Adakah dia berniat 'sesuatu'? 
“ Yerlah. Kan saya dah janji takkan tinggalkan awak seorang diri di parti ini? Kalau saya pergi pula, nanti awak kata saya tak kotakan janji saya tadi."

“ Saya tak tahu apa yang awak fikirkan, yang merisaukan. Tapi saya akan berada bersama-sama awak setiap minit, setiap nafas.,  Jadi tak usah risau tentangnya... untuk selamanya.” 


Sekejaaaaaaaaaappp!!!  Adakah itu maksud Danny??
 Dia ingat aku takut pergi parti mewah seperti ini? *(T-T)

“ Ha! Tu ke yang awak maksudkan?”

Dia diam dan merenungku pelik.  Pelik sebab aku anggap lain. Aku pula over sangat, telah anggap yang dia faham apa yang aku takutkan tadi. Bukan sebab parti. tapi sebab.. Ahh.. tapi apa yang aku expect? Dia dengar kata hati ini ke? Dia bukannya ada superpower.

Ok, aku malu sendiri. 

“ Oooooo!!......... hahahaha....”

Dia ketawa telah sedar apa yang buatkan aku salah faham. Ketawanya buatkan semua yang berdekatan memandang ke arah kami. 

“Shhh... shhh... “

 Aku nak sahaja tutup mulutnya tapi tak sampai, dia tinggi.


“ Awak ingatkan kata-kata saya tu.. ? Ah, Do you like what I said ?"

 Sengihnya melebar. 

" Awak sudah jatuh hati pada saya?  “ tanyanya bangga. 

“ Takdelah! Jangan fikir bukan-bukan!”

Dia ingin membantah dan ingin terus mengusik dan mengenakan aku, tetapi deringan telefon Selena Gomeznya menganggu dan menyelamatkan aku. Serta merta aku teringatkan sms yang aku hantar padanya sebelum ini. Aku masih belum mengetahui jawapannya. Telefon aku juga kekal senyap sahaja sejak hari itu. Dia tidak balas ke? 

“ Awak terima sms saya tak hari tu?” tanyaku sebaik sahaja dia habis bercakap di telefon.
“Sms? Bila?”
“ Sms yang saya hantar hari Sabtu tu..”

Dia geleng kepala.  Adakah dia sengaja berpura-pura tidak tahu? 

Kan malam tu awak sms saya, then saya sms awak balik? LASSSSST before saya tidur..."

Muka suci itu menidakkan lagi.

Danny ni,  marah pula aku dibuatnya, kalau nak main-main pun janganlah main-main benda ini. Perkara ini serius,  tahu tak disebabkan sms itu, aku tidak lena tidur menanti jawapannya.

“ Tak. Awak takde sms pun...” tegasnya. Aku pass hadiah yang dipegang pada Danny.

Ada! Saya hantar sms hari tu.. “ tegas ku 100% confident, sambil mencari-cari telefonku di dalam beg.

“ Awak sms ape?”

“ Saya sms...” aku terdiam. 

Adakah Danny sengaja? Aku pandang Danny yang masih menanti aku menghabiskan kata-kataku.\Entah-entah dia sengaja nak  aku tanya dia sendiri, directly.
Is this a trick? Sengaja dia cakap feeling-feeling tadi  untuk memberikan aku harapan, kemudian mengetawakan aku. And says...

“ I’m gay.. and you fall for me.. kelakarnya..."

Kebenarannya adalah dia dan Farish telah senyap-senyap ketawakan aku tanpa pengetahuanku. Sebab kalau ikutkan pengalaman TANIA,  dia pun dikenakan dan diusik begitu di club . Mereka berdua muncul dan membuat sesuatu yang mengejutkan;  seolah-olah ingin melihat sendiri wajah terkejut Tania itu.  Entah-entah aku pun mangsa diorang juga. Mungkinkah? Tapi kelakuan Farish siang tadi...

“ Awak sms apa? Serius saya tak dapat...” tanya Danny lagi. 

“ Saya ada sms.. Awak tu yang tak check handphone awak! “

Aku tinggikan suara, panas pula hati aku dibuatnya.

Telefon Nokia 3310 tu akhirnya berjaya aku keluarkan dari beg. Tertera di skrin nya..

“ BAKI KAD KREDIT ANDA TIDAK MENCUKUPI. SILA ISI SEMULA UNTUK MENIKMATI..."

Dalam inbox, tersimpan sms yang aku hantar hari itu, pending item. Not sent.


Sudaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh~....




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 5 Februari 2015

KL Love Story S2-Part 7





“ Amyra, Danny yang ‘ sebenar’ hanya akan buatkan awak lebih terluka.  Walau apa pun perasaan awak pada dia, saya nasihatkan awak untuk hentikannya sebelum terlambat" 



Kata-kata itu terus terngiang-ngiang di fikiranku.  Sambil keluar dari rumah, turun ke tingkat bawah lalu menuju ke kereta yang sedang menanti, suara Farish itu terus bermain-main di telingaku. 


“ Amyra, apa yang saya cakap di kelas hari itu...saya masih berharap yang awak pertimbangkannya.” 

Vroomm.. vroom.. 

Bunyi enjin itu  seakan mengesa aku mempercepatkan langkah kaki ini.  Bila ku pandang ke atas, aku lihat Syu sedang menjengah dari tingkap, melambai-lambai padaku. 

Vroomm.. vroom.. 

Bunyinya mengingatkan aku tentang handphone aku yang masih belum aku check inboxnya.  Masih berteka teki apa jawapan Danny pada soalanku ? Atau apa yang Danny tidak jawabkan?

Bila aku ke kereta mewah warna merah itu , tingkap cermin tinted gelap itu diturunkan dan kelihatan jejaka ini sedang tersengih padaku. Wajahnya ceria bila melihat aku di situ. Lelaki ini, jejaka ini.. Apakah bahayanya jika aku mendekatinya?  Adakah aku seperti bermain di gigi air yang tenang? Tidak tahu dan tidak menyedari apa di sebalik aliran air ini?  Lama ku renungnya.  Adakah aku membuat keputusan yang betul. Dunianya, dirinya.. segala-galanya..ia akan aku lihat semuanya.. 

"  Sejak awal pertemuan lagi saya sentiasa ingin jadi sebahagian dari hidup awak . Saya tidak mahu berpura-pura lagi di depan awak..."

Senyuman itu, sinar mata itu bercahaya bila dirinya ku perhatikan. Dia, tidak berpura-pura lagi padaku.. 

“ Apa yang awak fikirkan, Amyra?”

Amyra-  bila dia menyebut namaku, kenapa ia sentiasa kedengaran begitu lembut dan selalu membuatkan hatiku berdebar-debar seperti ini?  Suara itu..adakah itu hasutan dan bisikan yang melekakan? Jika Farish sudah memberi amaran , adakah aku bodoh jika mengabaikannya?

“ Amyra?” ulangnya lagi lembut. 

Aku renung Danny yang masih menantiku. Jelas dia sedar keraguan di hatiku.  Mimik mukanya yang manis itu berkerut, merenungku yang masih kaku, yang masih terpinga-pinga di luar. Masih tidak membuat apa-apa pilihan. 

Adakah dia akan paksa aku masuk seperti dulu?

Adakah dia akan membuat keputusannya sendiri?

Atau mungkinkah dia akan meninggalkan ku?

Atau cuma menanti aku di situ?

Tanganku dipegangnya dan aku tersentak. Dia telah keluar dari kereta, sudah lama berdiri di sisiku.. 

“ Saya tak tahu apa yang awak fikirkan, yang merisaukan. Tapi saya akan berada bersama-sama awak setiap minit, setiap nafas.,  Jadi tak usah risau tentangnya... untuk selamanya..  ” 

Dia membuka pintu dan memimpin ku  masuk ke dalam kereta.  Dan semua keraguanku hilang. Ya, jika aku buat keputusan yang salah, biarkan sahaja.. kerana aku tidak mahu betul.  ...Jika dia bersamaku.

Sebahagian dari hidupku, dan sebahagian dari hidupnya..
kami akan sama-sama masuk dan melihatnya.. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 4 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 6



Kami berdua tidak pergi ke butik di pavilion itu, sebaliknya  Farish bersetuju membenarkan aku bebas memilih tempat untuk membeli baju sendiri, tidak kisah di mana, asalkan aku selesa tapi dengan syarat, semuanya pembelian akan ditanggung oleh Danny. Jadi aku pilih lokasi paling selesa bagi aku. Midvalley hahaha... Ahhh!! Puas  dan selesa shopping di sini.  

Aku memilih baju yang aku rasakan sesuai untuk ke sana. A simple cream dress paras buku lali kembangnya, simple design with modesty. Lagipun Farish kata sangat cantik. Warnanya masuk dengan kulit aku.  Maka aku sangat berpuas hati dengan pembelian kali ini. Sangat puas hati. Baju yang mahal bukannya penting, Yang penting baju itu padan dengan kita- seperti ini. 

Tentang syarat Farish agar semua perbelanjaan ditanggung Danny, rupa-rupanyanya sebelum Farish ke sini, Danny sudah berikan kad kreditnya pada Farish, mengagak yang ini akan berlaku. Cis, kalau aku tahu awal-awal, aku beli dress mahal. Aku sengih sampai ke telinga. Rupanya Danny tahu,takdelah selalu paksa sangat aku kan? Farish yang dari tadi hanya merenungku langsung tidak menjamah mcd di depan mata. Dia perasan kegembiraan aku ini. 

“ Senyuman awak manis...  “ tegurnya.
"Huh?"
“ Sejak tadi, muka awak masam sahaja. Awak marahkan saya tentang apa yang saya cakap tentang Danny bukan?"
 “ Err.. takdelah. “
“ Awak berhak marah. Maafkan saya.. Saya salah anggap tentang awak. “ katanya kesal. 
Okey....Apa yang dia anggap tentang diri aku?

 Telefonnya berdering. Danny ke?

Namun bila mendengar dia bercakap tentang hal-hal komputer, aku dapat agak ni mesti ada kaitan dengan kerjanya sebagai dell technician tuh. Lupa aku yang dia ni buat banyak kerja, Dell  technicia, pengurus cafe dan pengajar. Kalau aku jadi dia, tak larat nak buat semua kerja itu. Satu kerja pun sudah cukup bagi aku stress.

“ Awak masih keje Dell lagi? Kenapa awak nak kerja banyak-banyak sedangkan awak dah ada cafe sendiri, apartment sendiri, kereta sendiri.” tanyaku ingin tahu.

 “Sebab saya mengenali Daniel Fazran."
' Err?"

 “ Saya orang biasa macam awak, berasal dari kampung juga. Mek Kesum tu nenek saya, satu-satunya darah daging saya. Saya bekerja keras untuk capai tahap ini, semuanya sejak saya mengenali Daniel Fazran . Tanpa dia saya takkan capai semua ini.

" Saya berhutang banyak benda dengannya dan disebabkan saya kenal siapa Danny, sikap dan perangainya.. hutang ini tak mungkin saya dapat langsaikan.. dia lebih dari seorang sahabat. Dia... 

“  Danny.... is an important person for me.. “ 

Jernih matanya kelihatan memandangku tajam.  Aku telan air liur, apa yang difikirnya?

“ Sudahlah. Jom balik. Awak pun dah habis makan kan.. .”  
Cerita tamat dan dia melemparkan senyuman padaku. Dia bangun hendak beredar.


“ Amyra, apa yang saya cakap di kelas hari itu...saya masih berharap yang awak pertimbangkannya.” 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

KL Love Story S2-Part 5.5





“ Amyra.”
Bahu aku ditepuk lembut.  Aku telan air liur yang terasa kelat haus tiba-tiba. Apa reaksi Danny?

“ Ehhh!!!!!! Awak??!”

Di depan aku bukannya Danny, sebaliknya seorang lelaki yang buat masa ini aku cuba elakkan kerana amarannya- FARISH!! Aku tinjau sekeliling, mencari-cari kelibat Danny- lelaki buaya ini takde pula?Aku salah tempat ke?

“ Danny tak dapat datang, ada hal di office. Dia wakilkan saya. Kalau awak tak suka, awak boleh beritahu dan saya boleh pergi.   “ 

Farish, dia seolah-olah tahu yang aku tidak mahu bertemunya.. atau mungkin dia yang sebenarnya tidak mahu berjumpa aku. Dia benci aku dan amaran dia di kafe adalah benar belaka. Mengapa? Kenapa?  Bila aku nak jumpa Farish, Danny yang datang, bila giliran Danny pula, Farish yang hadir?Kenapa Danny hantar Farish? Inikah jawapan dia?  Farish  yang akan menjelaskan semuanya padaku..

Ya. I dengan Danny lover. U ada problems ke? Anyway, Danny never likes you. Everything yang dia buat cuma ingin buatkan I cemburu je.. “
“ I nak beritahu yang Danny dah taknak jumpa you lagi okeiess ~.. bye.. loser! GAME IS OVER. ”

Farish mengetawakanku, dan duniaku terasa berpusing 360 degree.

“ Amyra?  Amyra? ”

Namaku dipanggil berulang kali. Sayup-sayup pada awalnya dan akhirnya semakin jelas bila aku mulai sedar diri. Aku tatap wajah Farish yang risau. Der.. jauuuhnnya aku melamun~ melampau ler pula~

“ Awak tak apa-apa ke? Tiba-tiba sahaja awak senyap?”
“ Hmm.. takde apa-apa..”
“ Nampak macam awak nak pitam je tadi.”
Yeke? Aku raba pipiku yang terasa sejuk. Aku sengih . Malu aku, camne lah aku boleh terbawa-bawa begini.  Ni semua sebab fikirkan pasal Danny la! 

“ Taklah. Pening sikit je tadi. Saya tak sempat makan tadi, bangun lambat.” dalihku walaupun memang ada kebenarannya, aku tak sempat makan pun,  bangun lambat , kelam kabut nak datang ke sini.  Semuanya gara-gara Danny lagi.

“ Kalau begitu, kita pergi makan dulu, kemudian baru pergi ambil dress awak.”
 “ Dress?’
“ Danny tak beritahu ke? Dia suruh kita ambil dress dan jewelery yang sudah ditempahnya.”
“ huh?”
Aku masih kurang faham. Lambat pick up, bak kata Syu.
“ Party Danish. Kan awak janji nak pergi dengan dia esok.”

Janji? Bilanya aku janji? Takde pun! Kali terakhir aku sebut tentangnya adalah di kafe Farish. Tapi aku sangat yakin aku tiada apa-apa agreement tentangnya. Danny!!! Why!! Danny dan perangai sesuka hatinya= Kot-kot aku ada hal ke esok? Nak kemas rumah ke? Jumpa kawan lama ke?  Nak mandi kan kura-kura ke? Walaupun aku takde pet kura-kura kan, tapi kalau ada camne? 

Aku ikut langkah Farish yang masuk ke shopping kompleks yang sering buat aku seram sejuk bila masuk ke sini. Bukannya sebab aircond tapi sebab jenama barang kat sini, tak pernah aku dengar. Mahal lak tu! Aku tak selesa berada di sini.

“ Kenapa?” tanya Farish semacam tahu-tahu sahaja perasaan aku.

“ Em.. Tak perlulah semua barang-barang itu. Saya tidak mahu terhutang budi pada Danny.. Lagipun.."

“ Saya bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit.. tu yang awak nak cakap bukan?cliche..” potong Farish sebelum sempat aku habiskan ayatku. 

Aku diam sekejap.  Ui, itu adalah ayat drama. 

“ Memang saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit tapi awak silap jika fikir yang saya anggap Danny lakukan semua ini untuk 'beli' saya.. “
“ Habis tu? Apa yang dia lakukan untuk awak ini..kemewahan dan layanan yang awak terima  semua ini. Jika bukan untuk beli awak, apanya? Apa yang terlintas di fikiran awak?  ”

Kenapalah Farish sangat serius? Kenapa? Dia benci aku sangat ke?

“  Tiada apa-apa, walaupun tanpa semua kemewahan ini, dia masih akan layan saya seperti ini, sebab...

Cinta...

"Tanpa identiti buaya dan pewaris Damya Holdings, sudikah awak betul-betul mengenali Daniel Fazran ini?"

" Sebab dia Daniel Fazran.. "


Jujurnya, walaupun aku selalu merungut tentang Danny, tentang perangainya, perbuatannya tapi aku tahu dia tidak berniat jahat.. dia bukan typical lelaki kaya yang menggunakan duit untuk mendapatkan sesuatu kepentingan diri, atau berniat jaha, atau membeli sesiapa untuk kepentingan dirinya. Buktinya di pantai hari itu... itu Danny yang sebenar. Aku melihatnya, mempercayainya dan aku ingin mengenalinya. 

 " Danny bukannya orang yang akan menggunakan duitnya untuk kepentingan diri sendiri. Saya tahu, dan awak sepatutnya lebih kenal Danny dari saya." 


Farish tidak cakap apa-apa lagi, sebaliknya terus berjalan. Kami berdua keluar dari sini.  



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 3 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 5





Kepercayaan. TRUST. Satu perkataan yang mudah, simple tetapi sukar diaplikasikan, aku salah seorang yang mempunyai isu ini. Apa yang susah sangat ha AMYRA!!! Apa yang susah sangat aku nak percayakan Danny? Aku sudah bertekadkan hari tu untuk tidak fikir bukan-bukan lagi pada Danny, tapi aku still fikirkan benda bukan-bukan tentang dia, tentang Farish.

Sambil menahan taxi, aku terfikir akan jawapan Danny pada soalan aku semalam.Mungkin kalau gaya romantis dia, dia akan cakap begini... -----à

“ Saya mempercayai awak, tapi awak tidak rasa begitu terhadap saya. It hurts me so much..“

Atau versi drama?

“ Awak betul-betul mengecewakan saya, sampai hati awak fikir saya dan Farish adalah lover?”

Atau mungkin versi sinisan?

“ Hahahahaha.. saya and Farish? Gay? Awak ni minat laki gay ke? Ewww!!!”

Huhhuh.. banyak betul versi dalam kepala otak aku. Rasa betul-betul menyesal tidak check inbox aku sebelum keluar tadi . Lebih malang bila handphone tertinggal pula tu!  Semua ini disebabkan Danny. Jika aku tidak fikir macam-macam tentang jawapannya, aku pasti dapat tidur lena dan tidak terlajak tidur hingga ke tengah hari. Dan lebih malangnya bila celik mata , keluar dari bilik terus ternampak nota kuning yang dilekat di pintu peti ais, ditulis oleh Syu yang berbunyi ~Danny call. Dia suruh jumpa di pavillion pukul 2 petang hari ini. PENTING!

Disebabkan itu, kelam kabut aku dibuatnya hari ini. Hanya dalam masa dua jam aku kena mencari baju yang sesuai, gosok baju, cari kasut, mandi, siap-siap semua untuk ke sana. Sebuah temu janji yang tidak diberitahu terlebih awal, tidak terancang dan.. ini memang gaya Danny. What do i expect? 

Aku tersenyum. Aku tidak marah, tidak merungut.. peliknya, mungkinkah aku sudah mulai selesa mengikut rentaknya? Namun satu je masalah, camne aku nak jumpa Danny? Dia sebut Pavillion jer? Tak sebut perlu tunggu di mana? Depan pintu masuk kot?Arghh!! Serabut!! Telefon takde pula tu!!! 

“ Dik, dah sampai dik....” kata uncle taxi yang sejak tadi menyedari betapa kelam -kabutnya aku dan jauhnya lamunan aku, hingga tak sedar sudah sampai. Aku hulurkan wang kertas RM10, turun dari teksi dengan perut yang tiba-tiba rasa kecut. Aku telan air liur, rasa gementar mulai memenuhi segenap isi diri ini.  Hari ini, danny  yang akan aku jumpa adalah Danny yang sudah  menerima sms aku, dan dia sudah memberi jawapannya - yang aku masih belum tahu huhuh...

Ini Danny yang mana satu? Apa reaksinya bila mengetahui apa yang selama ini aku sembunyi dan fikirkan tentang dia?

Apa jadi sekiranya, jawapan Danny adalah...

“ Ya. Saya dan Farish saling mencintai.. We are gay. ”


Patutkah aku pitam?  


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 2 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 4.5


Danny dah lama balik ke rumah dia.

Aku masih lagi tersenyum.. terbawa-bawa sampai ke katil.Kiranya kalau Syu lihat aku sekarang ini dia akan kata aku macam orang gila bayang. Tersengih sengih sahaja, macam tak betul.
Aku akui, aku mulai sukakan dia. Tapi aku masih tidak yakin untuk menerima perasaan ini 100%. Lebih-lebih lagi bila memikirkan banyak persoalan yang disimpan di dalam hati aku sekarang ini. Terutama tentang Farish dan Danny, hubungan mereka. Aku perlukan penjelasan sebelum aku buat sebarang keputusan.

Aku tekad! Aku capai telefon bimbit ku yang belum bertukar ke telefon bijak apa-apa jenama. Masih sebuah nokia 3310 . Degup jantung semakin berentak cemas. Tanganku aku rasa seram sejuk. Sebelum aku ubah fikiran, aku taip cepat-cepat soalan yang selama ini aku tidak dapat luahkan. Yang aku sembunyikan. Sesuatu yang menganggu aku..
“ Danny, are you and Farish are lover ?”


Aku hantar dan cepat-cepat tutup handphone, nyorok bawah bantal dan terus pejam mata, tidur. Aku akan baca jawapannya esok. Ya, esok..



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

KL Love Story S2- Part 4





Aku abaikan message Danny, dan selang 5 minit kemudian, sekali lagi dia hantar message.

“ Awak marah?Apa yang Farish cakapkan petang tadi, saya minta maaf, on behalf. Gomenasai. Miowwhh.– Danny.

Aku tersenyum bila lihat gambar kucing shrek mata bulat di penghujung ayatnya.

Jadi, dia tahu apa yang Farish cakapkan dengan aku tadi petang? Ini reaksinya?
Bip..bip..

Awak masih marah? Baik! Kiralah sampai 3, saya akan ke tempat awak. – Danny

Wait! Dia nak ke sini ke? Boleh percaya ke ni? Kalau betul mungkin dia ada di rumah Farish sekarang, tak mustahil dia maksudkan kata-katanya itu! Bip.. Bip..

“ 1”- Danny

Aku kelam kabut. Betul ke  apa yang Danny cakapkan ni? Dia akan datang sini ke?  Pantas aku belek wajah yang selekeh di depan cermin. Rambut yang kusut cepat-cepat  dikemaskan, muka letak bedak sikit, letak lipbalm skit.. … ok, semua check! Bip bip..

“ 2”- Danny

Eh, tapi Syu takde sekarang ini. Bahaya pula kalau biarkan Danny yang buaya tu masuk ke rumah., kan ke macam bahaya? Tak manis pula kami berdua je di rumah. Baik aku suruh dia batalkan niatnya.Cepat-cepat aku balas message nya namun baru sahaja aku tekan punat send, pintu rumah diketuk bertalu-talu.Oh tidak!

Serba salah, aku tidak tahu apa patut buat sekarang. Ah, tapi aku kan dah janji nak percayakan Danny dan tak fakir bukan-bukan lagi. So. Hmm.. ok.. jumpa sekejap je. Depan pintu jer. Jangan harap Danny boleh masuk malam-malam macam ni. Aku rancang begitu. haha... 


TOk! TOk! TOk!

Amboi, kuat pula ketukannya, bergegar pintu.  Tetiba aku rasa nak satu loceng pintu. Sabar ler cik abang oi! Aku bergegas berlari ke pintu.   Sebaik sahaja pintu dibuka, seorang remaja lelaki yang selalu aku perasan jual burger di gerai burger di bawah , menyengih memandangku. 

“ Kenapa?”
“ Ni, ada bro ini suruh saya pass kat akak. “
Aku ambil burger yang dihulur dan  kertas tisu kertas warna merah yang disekalikan.
“ Siapa?”

Budak lelaki itu rupanya dah jauh meninggalkan aku.  Aku cakap sorang-sorang rupanya, ces!Tapi bila masa pula gerai burger ni buat delivery service?  Advance nyer.. , dah boleh challenge mcd dan kfc lah lepas ni.

Burger di tangan menganggu pemikiranku. Aku tidak pernah pun order dari mereka, dahlah tu si mamat ini pun boleh blah macam itu sahaja tanpa minta bayaran. Takkan free kot? Salah rumah kot. Aku buka kertas tisu merah yang dilipat kemas itu. Terdapat tulisan dari marker pen hitam yang tertulis.

“G.O.T.C.H.A ” – CROCS KL

Crocs? Jenama kasut kah? Crocodile? Buaya?

Telefon terus berdering dan sebaik sahaja aku jawab hello, kedengaran tawanya yang menyakitkan hati.

“ Mesti awak kelam kabut kan? Haha! ? Gotcha! That's what i mean... "

Uii.... bahasa. Huhu, sejak date ari tu, laser Danny nih makin diupgrade pula.

"Yang burger ini awak bagi ek?  Saya tak makan malam-malam cenggini.. nanti gemuk." sengaja aku jual mahal. 

" Burger? Burger apa? Saya kat Singapore sekarang lah. Ada mesyuarat dengan branch kat Singapore awal pagi esok.  "

" Eh? Yerker? Pelik… "

Kertas tisu merah yang tertulis gotcha tu aku belek lagi. Habis, sapa yang tulis ni?  Kalau bukan Danny, budak burger tu ke? Yang peliknya crocs nih.. sape lagi crocs bagi aku? Dannylah.

" Hahahahha!!" di gagang telefon, Danny ketawa besar,membayangkan muka cuak Amyra.

" Awak ni, mudah sangat percaya. Fine, it was me..tapi saya buat semua ini, bukan sebab awak istimewa..." 

Aku terlihat di beranda, satu belon merah berbentuk LOVE tersangkut di ampaian. Kemudian satu lagi,  satu lagi.. dan satu lagi.. seolah-olah...  
Automatik kaki aku bergerak ke anjung.

Di bawah, terdapat berpuluh  lilin kecil warna warni, yang disusun membentuk lingkaran bentuk hati yang besar. Apinya berliang liuk lembut ditiup bayu malam, indah.  Dan di tengah-tengahnya, Danny, dengan handphone di telinga tersenyum manis memandangku. Dia melepaskan belon terakhir di tangannya lalu melambai padaku. 

Dan di gagang telefon... aku dengar suaranya lembut .... 

 " Tapi sebab awak lebih dari itu..."





Aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Tergamam, terkejut dan senyuman terus terukir di wajahku. Tak pernah seumur hidup, aku aku tersengih melebar seperti ini. Tak pernah aku rasa begini.. Danny... dia.. Aku renung lelaki yang masih tersengih dengan lambaian di tangannya. Kenapa semua yang Danny buat begitu sweet?Sebab dia seorang playboy  ke? Atau ini sememangnya dirinya sebenar?

“  Hello?"

Aku masih tidak dapat berkata apa-apa. Terasa mulut ini terkunci dengan semua ini.

"  Awak sukakannya?"
" Saya…"

Serius aku tak tahu nak cakap apa lagi. Nak jerit terlonjak-lonjak pun ada,  nak peluk-peluk Danny pun.. nak nangis-nangis terharu pun ada.  Semuanya! Bercampur baur..

"  Baju tidur awak tu.. gambar mickey mouse... Interesting... how old are you? "

Aku tersentak. Dia sindir ni.. sinisnye hukhuk...  Lupa pula aku dah siap pakai baju tidur pyjamas gambar kartun mickey mouse warna biru. Di hujung telefon, Danny mengetawakan ku.

Ishh!! Danny ni spoil lah! Baru aku terasa terawang-awang tadi, rasa feeling-feeling tadi.. Bila kena usik macam tu, hilang semua perasaan tu.  Selalu camnie…buat ala-ala romantic, kata-kata romantic kemudian mengusik aku. Main-main, suka main-main. Suka buat aku keliru samada dia ni serius ke, atau tidak. Buat perasaan aku tak tentu arah bersama dengannya. ..Namun, perasaan yang tidak stabil ini lah… yang mengasyikkan.


Aku senyum.

Haish, Amyra bt Zulkifli, apa aku dah terjebak ni..? 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 30 Januari 2015

KL Love Story S2- Part 3








Aku keliru. Apa sebenarnya maksud Farish? Danny ‘sebenar’? Jadi adakah selama ini Danny yang aku kenali adalah satu pembohongan? Apa maksudnya aku akan terluka?Ia satu ugutan? Atau satu amaran? Adakah sebab Farish cemburu jadi dia mengugut aku begitu?

Tapi walaupun kami tidak kenal lama, namun  aku tahu Farish,  dia bukannya jenis yang lekas marah atau cemburu. Hatinya baik, bicaranya teratur dan kelakuannya begitu gentleman. Namun, jika hubungannya dengan Danny adalah seperti yang aku fikirkan.. jadi... Cemburu kah yang mengubah layanannya padaku?. Kenapa Farish tidak cakap direct jer camnie..

“ Hey pompuan.. jangan kacau Danny. “
“ Hey pompuan.. kau jangan harap dapat Danny. Danny hak aku!”
“ Hey pompuan, kalau aku nampak kau dengan Danny lagi,, siap kau...”


Kan senang macam tu...?? Marah jer direct camtu. Tapi sebaliknya, Farish cakap begitu, mungkinkah nak jaga hatiku agar tidak terasa dengan amarannya. Baiknya!! Tapi ni lagi membuatkan otak aku yang lembab ni jadi lagi serabut.

Yang paling mengeramkan, apa maksud dia kata perasaan aku pada Danny?? Suka-suka dia sahaja cakap macam tuh, seolah macam lah dia tahu apa perasaan aku pada Danny?! Perasaan aku pada Danny hanya satu- 

 Muka ku sembamkan ke bantal.

Menyampah, geram, tak suka.. itu perasaan aku! Ia bukannya perasaan yang disangka Farish. ..kan??

Ok, aku bohong... hari itu, semalam hati aku rasa lain bersama Danny.. tapi mungkin hanya aku, bagaimana dengan Danny? 

Date? Real Date? Adakah itu step first yang menunjukkan yang Danny sukakan aku? Hari itu adakah ia bermaksud yang officially  aku dan Danny mempunyai hubungan lebih dari sebelum ini? 

Jap, bila ingat balik sebelum ini aku cuma Amyra yang Danny selalu kacau, usik, arah, sakitkan hati, main-mainkan..   jadi  kalau lebih dari semua itu, adakah sekarang officially, aku dah naik level tinggi sikit dari itu? Level yang mana satu? Kawan atau..

“ Saya nak buat confession.""Sejak awal pertemuan lagi saya sentiasa ingin jadi sebahagian dari hidup awak . Saya tidak mahu berpura-pura lagi di depan awak..." 

Kata-katanya, pengakuannya, semua itu... adakah itu cinta? Aku taknak berharap lebih, sebab... tak mungkin kan? Mungkin ke? 


" Danny!! Cakaplah direct je.!! " 


" Patutke aku tanya dia? Awak... suka kat saya ke?" 

Ahhh!! malunya nak tanya begitu...

Aku campak bantal ke bawah kemudian berpusing-pusing atas katil cam orang gila.. Stressnye fikir macam-macam camni!! 



 I miss you..


Ayat itu pada Farish, gelagat mereka, kenakalan Danny pada Farish pada petang tadi. Aku telah saksikannya. Jika Danny dan Farish adalah seperti yang aku rasa.. (T.T), jadi apakah aku? Adakah aku cuma dijadikan alat untuk buatkan Farish cemburu? Sebagai cover untuk hubungan mereka?
Satu persatu kisah pasal benda-benda begini muncul di memori, apa yang aku baca dan apa yang aku ingat, semuanya seolah-olah ia sedang berlaku sekarang. Dan warning dari Farish hari ini,  ia menguatkan andaianku. 


Aku patut larikan diri dari perangkap Danny ni, hilang terus, back to my normal  life! 
Ini semua gila! 

Namun, hati aku betul-betul terasa  berat untuk itu..ArghhH!!! Aku garu kepala yang tidak gatal, sampai serabut rambutku dibuatnya.

“Apalah yang aku fikir ni!! Kan aku dah janji taknak fikir bukan-bukan lagi pasal Danny.”
Aku ingat pengakuan Danny dan janjiku padanya.  

Bip.. bip..

Bunyi message yang masuk mengalih perhatianku.

“ Salam. Awak dah tido ke? " - Danny






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'