Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 22 Mei 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 11



Tak, tak, tak,

Bunyi pisau memotong lobak putih memenuhi ruang dapur kecil ini. Hanya bunyi itu yang dapat didengarnya.

Sunyi. Sepi.. Terasa ketegangan di sini. 



Dan dia benci suasana begini.

Sup sayur didepannya direnung, tidak dijamah.

Tak,tak, tak,

Dia meneguk air sejuk. Tekaknya rasa payau dan dia tidak suka sup ini. Dia benci rasanya.

Tak. Bunyi pisau tiba-tiba terhenti.

" Kenapa tak makan??"
Dia tak menjawab.

" Suki suka sup ini. Ini makanan kegemarannya. " kata wanita berusia lingkungan 30an itu. Wanita itu merenung Suki dalam-dalam, seakan-akan dirinya bersalah. Suki mengalihkan pandangannya, merenung jauh ke bucu meja. Hatinya rasa tidak selesa.

" Kau bukan SUKI!!!!! Kau Bukan anak AKU!!!! " jerit wanita yang dipanggil ibu itu.

Pisau ditangannya dicampak ke arah Suki, dan serentak darah merah mengalir dari luka di pipi kirinya.

"Kau bukan anak AKU!!!! " jerit wanita itu lalu memecahkan semua pingan mangkuk yang tercapainya.

Menjerit seakan gila.. 

Suki berlari naik ke biliknya di tingkat atas.

 " Acey... acey.. anakku... Acey,, acey,,," 

Suki terdengar ibunya menyebut nama Acey sambil menangis. Dia masuk ke bliknya. Pintu dikuncinya rapat.

Dia memandang wajahnya di cermin. Darah di pipinya dikesat dengan tisu. Dia mencapai plaster dan ditampalnya di luka itu. Dia dah biasa dengan semua ini. Bukan sekali dua ibunya berkelakuan begitu. Ianya sejak kematian Acey, sejak dia kehilangan memorinya.  

Apabila dia menunjukan riak berlainan dari Suki dua tahun dulu,  seperti menyukai sesuatu yang dahulunya dibenci Suki, wanita digelar ibu itu akan bertindak agresif, menjerit-jerit, menangis, memukulnya dengan harapan ingatannya kembali.


Dahulu, dia akan menangis sendirian di blik ini. 

Kini, mungkin kerana sudah biasa, hatinya juga seakan beku. Kerana dia tahu wanita itu bukan ibunya. 

Wanita itu ibu Suki 2 tahun dahulu, dan wanita itu masih menunggu anaknya kembali. Hakikatnya, dia hanya meminjam jasad Suki. Semua ini milik Suki, bukan dirinya.


Dia baring di atas katil. Jeritan ibunya masih jelas kedengaran, berlegar-legar di telinganya. Dia memejamkan matanya.

Sudah seminggu. Itu yang dia rasakan. 

Seminggu tanpa Love. 

Love tidak datang lagi sejak peristiwa tempoh hari. 

Dia rasa pilu. Sepatutnya dia tidak terasa begitu, dia yang memilih untuk semua ini. 

Kata-katanya yang kasar, sesiapapun akan pergi meninggalkannnya. 

Dia rasa begitu sunyi. Inikah kehidupan yang akan dijalaninya seumur hidup? Ini kah yang dia mahu?

Dia menekan speed dail nombor Love.

" Nombor yang anda panggil tiada dalam perkhidmatan kami"

Call lah saya... Saya pasti jawab

Janji Love tempoh hari berlegar di fikirannya.

Bohong~~~~



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'