Kring.........................................
Suki memerhatikan kawan-kawan sekelasnya beredar. Waktu sekolah sudah tamat, namun hatinya berat untuk beredar. Dia rasa tiada hala tuju.
" Suki. Suruh kawan awak jangan merokok di sekolah." Tegur guru kelasnya yang berdiri di tepi tingkap.
Merokok??? Suki memandang ke luar tingkap.
Jantungnya rasa tersentap dan dia terus berlari keluar. Guru kelasnya hanya mengelengkan kepala.
"LOVE!!!" panggilnya pada lelaki yang bersandar di pintu pagar sekolahnya. Lelaki yang berpakaian serba hitam itu menoleh.
Dia senyum tatkala memandang Suki yang tercungap-cungap, penat berlari ke arahnya.
" Awak pergi mana!!!" tanya Suki bernada marah. Namun dalam masa sama, terasa begitu lega.
Love tidak menjawab pertanyaannya.
Dia mengusap plaster di pipi Suki, wajahnya berkerut kerisauan.
" Jawab pertanyaan saya." tangan Love ditepisnya.
" Ini arahan ker?"
Suki tak mengerti. Arahan??
" Awak pergi mana??kenapa tak jawab telefon? "
Love mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya. Dia menghulurkan sebuah camera digital. Gambar seekor burung yang cantik di tunjukkan padanya.
" Saya carikan awak burung cendarawasih. Awak kata teringin nak tengok burung itu.. "
Suki teringat dia pernah menyebut hal burung cendarawasih. Burung yang yang digelar Bird of paradise ini terdapat di kawasan timur Indonesia. Kononnya burung ini berasal dari kayangan, minum air embun dan apabila jatuh di bumi ianya tidak reput. Dia pernah menyebut sekiranya diberi peluang dia ingin mencari burung itu. Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.
" Tapi.. kenapa?"
Love mengusap lembut bibir Suki.
" Saya inginkan awak tersenyum.. " katanya.
Suki mendiamkan diri. Kenapa Love langsung tak ungkitkan hal yang dia halau Love hari tu?
" Dan.." Love mengeluarkan sebuah cincin berhiaskan batu permata hijau.
" saya curi dari burung kayangan itu." katanya sambil mengeyitkan matanya.
Suki perasan terdapat luka-luka kecil di tangan Love. Mungkin luka semasa di hutan.
Maksudnya, Love betul-betul ke belantara indonesia kah? Sebab itu telefonnya tidak dapat dihubungi?
" Jangan buat saya risau" luah Suki perlahan.
" Saya gembira bila awak risaukan saya. Terima kasih, Suki.. .. " balas Love lembut.
Love senyum dan tanpa sedar, Suki membalas senyumannya buat pertama kali.