Suki mengelap kering rambutnya yang basah sambil duduk berhadapan dengan cermin soleknya.
Tok, tok, tok!
Bunyi ketukan pintu mengejutkannya.
" Suki, makan. Mak dah sediakan makanan kegemaran kamu." ibunya memanggil lembut.
" Saya dah kenyang, ibu! "
Ketukan pintu berhenti.
Sunyi...
Gedegang!!! Pintu ditendang sekuat hati.
Terkejut Suki. Dia cepat-cepat menutup lampu biliknya.
" BukA!!!! Siapa kau ha!!! Mana anak aku, Suki???!!!!! Keluar!!!!!!!!!!!!!" jerit wanita itu kegilaan.
Pintu digegarnya banyak kali bagaikan mahu runtuh.
Suki menyelimuti dirinya. Dia menutup kedua belah telinganya. Mata dipejamnya erat-erat.
Biarkan.~~~
Dia hanya membiarkan jerit pekik wanita digelar ibu itu.
Gang!!! Gang!!!!