Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 4 Mei 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 3




" Dialah budak itu. Kesiannya... "  

"Bukankah dia budak yang kematian abangnya?" 

" Dia ke budak yang tak ingat apa-apa tu? Trauma... ."

Dia hanya mendiamkan diri walaupun kedengaran bisikan yang menyakitkan hatinya dari orang di sekelilingnya. 

Dia hanya mampu membisu. Terus berlalu menuju ke rumahnya yang sepi.

Dua tahun sudah berlalu..

Rumah yang menjadi tempat tinggalnya bersama abangnya sejak kecil itu,  kini kosong tanpa gelak ketawa dan gurauan lagi. 

Hari ini ia cuma menjadi sebuah persinggahan bagi dirinya. Menjadi  tanda peninggalan arwah abangnya- Acey.

Kerana di situlah, abangnya terbakar sehingga menjadi abu. 

Kerana di situlah kedengaran jeritan abangnya, sebelum sempat jiran-jiran menyelamatkannya. 

Namun, mereka terlambat. 

Acey hangus terbakar.

Dan tidak jauh dari tubuh malang itu,  mereka menjumpai dirinya.

Budak perempuan berusia 14 tahun yang hanya berdiri merenung api marak marak menjilat tubuh abangnya, rumahnya dan segala memori yang terbina di rumah itu.  

Dan keesokkan harinya, dia bukan lagi diri yang 'sesiapa' kenali.. 

Dia adalah insan lain.




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'