Habis kelas...
Masa untuk balik...
Suki keluar dengan langkah yang lambat dan lemah. Tidak tergesa-gesa. Baginya, tiada sesiapa yang menanti di rumah.
Lagipun, itu bukan rumahnya... Itu rumah Suki..
Sampai di pagar sekolah, telinganya menangkap bunyi loceng yang selalu terngiang-ngiang dalam mimpinya.
Ditolehnya pada arah itu.
"Hai! Apa khabar?"
Di depannya, seorang lelaki berdiri memandangnya. Seolah-olah menantinya.
' Apa khabar... Suki..."
Namanya disebut dalam.
Suki memerhatikan lelaki asing ini. Wajahnya bujur sireh , bersih tanpa cela. Cermin matanya berbingkai oval, warna hitam yang menyerlahkan lagi warna kulitnya yang putih pucat itu. Matanya kelihatan tajam dan sinis, namun bibirnya itu sentiasa terukir senyuman.
Suki cuba mengingati samada wajah lelaki ini pernah di lihatnya di dalam album-album di rumahnya. Dia yakin,lelaki ini Suki kenal.
" Awak kenal saya?"
Lelaki itu mengelengkan kepalanya. Jaket coklat yang dipakainya bergerak lembut, menampak susuk tubuhnya yang tegap dan tinggi lampai itu. Agakkan Suki kemungkinan sama tinggi dengan abangnya iaitu sekitar 170cm.
" Awak adik Acey.."
Suki tersentak bila nama Acey disebut.. Sahabat abangnya? Kenapa baru sekarang dia bertemu seseorang yang mempunyai kaitan dengan Acey?
" Awak.. sahabat Acey ke?'
Lelaki yang berusia awal 20-an sama seperti Acey mendekatinya.
Pertanyaan Suki tidak dijawabnya.
" Sudikah awak membuat 'memori' dengan saya hari ini?"
" Siapa awak?"
" Saya Love..."
Serentak, Suki terasa angin bertiup lembut pada mereka, seakan-akan sudah lama menantikan pertemuan ini.