Kali ini tiada lagi bunyi loceng yang mengejutnya.
Suki menoleh pada lelaki yang duduk di sisinya.
" Awak tertidur.."
Dia melihat sekeliling.Mereka berada di ' Hope Lake'.
" Awak sahabat Acey ke? Maaf, tapi Acey dah meninggal 2 tahun lalu."
Suki menjelaskan tanpa ada rasa sedih atau kehilangan. Kerana baginya dia tidak terasa kehilangan sesiapa..
Dia sendiri tidak mengingati Acey..
Dia cuma dia tahu hubungannya dengan Acey adalah adik beradik. Segala memorinya dengan lelaki bergelar abang itu musnah dalam kebakaran itu. Kebakaran yang tercetusnya masih berada dalam tanda tanya.
Tiada saksi dan bukti pada malam itu. Kecuali dirinya.
" ni kenangan kita hari ini.." kata Love sambil menunjukkan gambar dalam kamera digital yang dibawanya.
Gambar mereka berdua.
Suki tidak ingat bila mereka bergambar. Tetapi, hatinya terasa gembira bila melihat gambar-gambar itu. Dibeleknya berulang kali.
Love hanya tersenyum melihat gelagatnya.
Dia mengeluarkan rokok dan menghisapnya tenang. Merenung jauh ke tasik Hope Lake.
" Awak suka? Nak saya print out untuk awak? "
" Suka! Tapi tak payah print out. Awak boleh delete gambar ini nanti. Saya tidak perlukannya." jelas Suki.
Kamera digital diserah kembali pada Love yang kelihatan terkejut dengan kata-kata Suki tadi.
" Kenapa?"
"Saya akan hilang nanti, jadi saya tidak perlukan memori."
Love diam.
Dia merenung kembali pada tasik Hope Lake yang tenang. Di permukaan air, kelihatan riak-riak air yang beralun mengikut tiupan angin. Dalam masa sama, kelibat ikan kelihatan di sebalik air tasik yang jernih.
Dia tiba-tiba bangun dan menuju ke tong sampah. Putung rokok yang semakin pendek,dipadam apinya lalu dibuang ke situ. Selepas itu, dia mendekati Suki yang hanya menjadi pemerhati kelakuannya tadi. Matanya merenung tajam pada Suki, buatkan dia tertunduk malu.
Love memang seorang yang kacak, matanya tajam, bibirnya merah dan rambutnya terurus panjang, kelihatan berbeza dari lelaki lain yang pernah Suki jumpa. Jadi, munasabah kiranya Suki tertunduk malu, bila direnung begitu.
" Awak.. sukakan saya tak?"
Suki mendongak, terkejut dengan pertanyaan yang tiba-tiba itu. Serentak, Love memeluknya erat.
"Jangan lupakan memori ini. " bisik Love.
" Saya sukakan awak... SUKI"
Perlahan-lahan dia mengucup Suki yang tergamam.
Kelihatan rama-rama biru tiba-tiba terbang mendekati mereka.