Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 16 Mei 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 8


Kelas untuk hari ni tamat dan Suki mengemas bukunya masuk ke beg,

Apa yang berlaku semalam? Mimpi kah? Kenapa dia masih ingat dengan jelas semua itu? Jarang dia mengingati sesuatu.

Bunyi loceng yang lembut membuatkan Suki menoleh.

Ya, di tempat yang sama seperti semalam.. 

Love menantinya.

"Apa awak buat di sini?"
"Ingin berjumpa awak, Suki. "

Hati Suki tersentuh bila suara Love menyebut namanya. Ia seakan bergetar lembut penuh perasaan kasih.

Suki meninggalkan Love.. 

Hal semalam.. dia masih ingat dan dia...
 
' Awak bencikan saya?" tanya Love. 

Langkah Suki mati. Benci kah? 

Dia memandang Love yang mengekori langkahnya sejak tadi. Dia bencikah? 

Tapi kenapa dia terasa berdebar-debar bila memandang Love? 

Lelaki ini.. dia tidak kenal lelaki ini.. tetapi dia juga tidak boleh nafikan terdapat sedikit getar dihatinya pada lelaki ini.

" Saya... "

"Awak sukakan saya? " agak Love.

" Mana ada!"  pantas Suki memarahi Love. Terasa mukanya merah padam dek soalan Love yang tidak munasabah itu.Terutama bila teringatkan hal semalam.

Wajahnya yang malu itu membuatkan Love tertawa. 

Suki diam. Ketawa lelaki ini pun kedengaran memikat Walaupun tawanya kerana  mengusik Suki, namun ia terasa begitu . lembut.. warm...

"  Jadi awak ingatlah! Baguslah! " kata Love mengakhiri tawanya.

" Memori itu menakjubkan kan? Hasilnya, hari ini awak berbeza dari semalam. Lebih ceria."

" Semua memori saya bukan milik saya. Saya tidak berhak memiliki apa-apa.. kerana saya bukan Suki yang sebenar." adu Suki sayu. 

Entah kenapa dengan Love, dia terasa selesa menyuarakan isi hatinya. Mungkinkah sebab lelaki ini kawan Acey?  Atau mungkin disebabkan renungan lelaki ini yang seakan mengerti apa yang tersembunyi di fikirannya? 

Dia tidak pasti..  

Namun, ada sesuatu yang membuatkan Suki  terasa seperti ini bila berada dekat dengannya.

"Awak salah! Sejak semalam, memori awak adalah milik awak.."

Sudikah awak membuat 'memori' bersama saya? 

" Mulai semalam,.bersama saya, ia memori awak.. ."

Jangan lupakan 'memori'  ini

 " Semalam, awak memiliki saya.  "

Lembut tangan Suki dipegangnya. Dikucupnya tanda kasih. 

" Saya cintakan awak, Suki... "

Kata-kata  Love dan tindakan Love itu  membingungkan Suki.

" Ke.. kenapa? Kenapa awak cakap begitu.. kenapa? "

Love senyum.







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'