Suki baring di katil.
Sekejap-kejap dia memalingkan badannya...
Handphone di tangan di renungnya.
Dia tak pasti samada hendak menggunakannya atau tidak..
Dia teringat pertemuannya petang tadi dengan Love.
"Nah .."
Love menghulurkan sebuah handphone jenis flip padanya. Covernya bewarna ungu dengan corak rama-rama.
" Wahhh!! Cantiknya!! " Wallpaper rama-rama biru yang cantik membuatkan dia meluahkan eksperesi begitu. Dia tidak pernah melihat warna biru terang yang memukau seperti itu. Pandai Love memilih wallpaper untuk dirinya.
" Nombor telefon saya adalah yang terawal sekali dalam contact list awak , Suki."
Suki memandang Love. Perasan yang Love memakai anting-anting berbentuk rama-rama biru di telinga kirinya.
"Call lah saya...Saya pasti jawab." janji Love.
Dan kini, Suki hanya mampu memandang telefon di tangannya..
Dia membuka contact list.. Hanya ada nama Love..
"Call lah saya...Saya pasti jawab."
Betulkah?
Entah kenapa waktu begini dia teringatkan lelaki itu.
Dia tidak pernah rasa begini. Mengingati sesuatu, mengharap sesuatu. Sebelum ini, dia cuma hidup untuk dirinya sahaja.
Suki mengeluh...
Apa yang patut dia buat..
Patutkah dia telefon Love?
Kenapa Love membuatkan dia sebegini keliru...
Saya cintakan awak,.. SUKI
Betulkah Love bermaksud begitu? Kenapa begitu mudah dia meluahkan perasaan? Apa niat Love sebenarnya? Tak mungkin lelaki itu muncul secara tiba-tiba dan jatuh cinta padanya? Ia begitu mustahil!
Dia bukannya gadis untuk dicintai. Kewujudannya tidak bermakna di sini. Suki yang sebenar akan mengambil tempatnya mungkin esok, lusa. Satu hari dia akan terbangun dan hilang..
Jadi, dia tidak mahu semua ini.
Namun,
Kenapa dia tak mampu menolak bila lelaki itu bertindak begitu?
Kenapa dia asyik memikirkan tentang Love?
Mengharapkan suaranya...
"Kalau pandang telefon sahaja, awak takkan dapat dengar suara saya.." suara lembut itu mengejutkannya..
Pantas dia menoleh.
"Love??" tanyanya kehairanan.. Bile masa Love ke sini?
Di luar, hujan sedang turun dengan lebatnya. Love yang dari tadi berdiri di balkoni dalam keadaan basah dan bila mata mereka bertembung, bibir itu mengukir senyum yang indah. Seolah-olah tidak kisah dirinya yang lencun dek hujan.
Pantas Suki menariknya masuk ke dalam.
" Awak buat apa di sini?"
Suki menghulurkan tuala pada Love yang basah kuyup. Love menerimanya lembut dan duduk di kaki katil Suki. Perlahan-lahan dia mengelap rambutnya yang basah. Cermin matanya di tanggalnya membiarkan mata birunya jelas kelihatan tajam.
Kemeja putih yang dipakai agak lencun dibasahi hujan membuatkan susuk tubuhnya yang tegap itu jelas kelihatan.
Matanya yang biru jernih ibarat lautan yang dalam itu tiba-tiba beralih pada Suki. Membuatkan Suki yang leka memerhati dari tadi, tersentak.
Love senyum menyedari yang dirinya diperhatikan dari tadi.
Pantas Suki mengalihkan pandangannya..
Pipinya terasa panas menahan malu.
" Awak berhak memandang dari arah yang dekat.." kata Love.
Jemarinya mendongak suki supaya memandangnya.. Suki tergamam, saat wajah mereka begitu dekat antara satu sama lain, debaran jantung Suki berdegup bagai gila.
Kenapa lelaki ini begitu mudah membuat apa saja...?
' Saya milik awak.. Suki. "
Love ditolak kasar. Hampir sahaja kepalanya terkena bucu katil.
" Apa awak cakap nie!?"
Apa maksud milik –milik nie? Kenapa? Apa tujuan Love sebenarnya??
" Nyawa saya, hati saya, diri saya .. Semuanya milik awak, Suki.. "
" Apa awak cakap ni.. ."
" Saya mencintai awak, Suki.. ."
"Diam! Apa awak ni!..... " marah Suki dalam sebak.
Kenapa .. kenapa kata-kata lelaki ini membuatkan dia terasa pilu.
Dia tidak ingin dengar kata-kata itu.. dia sudah lama..melupakan semua perasaan itu.. Dia
Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan lagi.
Melihat itu, Love mendekati Suki. Menariknya dekat ke dadanya. Memeluknya seeratnya. Membiarkan air mata Suki yang mengalir itu hilang dalam dakapannya.
" Lepaskan saya ...." kata Suki perlahan.
" Sekejap sahaja. Biarkan saya memeluk awak begini, sekejap.. "
Suki memejamkan matanya.
Air mata masih mengalir..
Namun, kini ia terasa selesa dalam kehangatan pelukan Love...
Beginikah rasa diperlukan? Rasa dicintai...
Kcing...
Kcing....
Bunyi loceng kian jelas di telinganya.