Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 16 Mei 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 10




"Kenapa awak di sini?" tanya Suki saat melihat Love berdiri menunggunya di pintu pagar sekolah.
" Saya nak jumpa awak.."
" Kenapa?"
" Sebab saya mencintai awak..Suki..." kata Love lembut sambil cuba mengusap pipi Suki.

Serta merta Suki menepis tangan Love..

Suasana menjadi tegang.

" Kenapa... kenapa mudah saje awak cakap awak cintakan saya? Kenapa!!" herdik Suki.

Suki tahu, tiada jawapan untuk pertanyaannya ini. Bukan sekali dua Love membiarkan dia seperti ini.
Seolah-olah, lelaki ini menyembunyikan rahsia darinya.

" Saya bukan wujud untuk dicintai.. ! Saya tidak perlukan memori atau apa sahaja berkaitan awak! 
' Biarkan saya.... biarkan saya keseorangan. Saya selesa begini." 

Love hanya merenungnya. Melihat ketakutan yang tersembunyi dalam diri Suki. Ketakutan untuk mengapai sesuatu yang kepunyaannya. Iaitu dirinya.


"Pergi.." kata Suki perlahan. Tiada nada marah. Bukan juga kebencian. Ianya kekecewaan. Luahan kekecewaannya dengan semua ini. 

Kecewa dengan dirinya sendiri yang menafikan segala-galanya.

 Kcing.. Kcing.. Kcing...

Sayu bunyi loceng itu kali ini. 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'