Pagi yang indah. Cuti hari minggu yang dinantikan aku setiap minggu. Waktu camnie ler nak relaks-relaks dan tidur panjang. Tapi pagi ini aku bangun awal. Pukul 8.00 aku dah terjaga. Siap mandi dan kemas bilik lagi.
Sambil mengaru hidung yang terasa gatal , aku keluar dari bilik dan terus terserempak dengan Syu yang tengah duduk di ruang tamu. Dia ni lagilah kaki bangun awal pagi.
" Selamat pagi. Bangun awal nampaknya ari nih" sapa Syu. Aku sengih. Terasa la pulak, selalunya aku nie kaki bangun lambat. Kakak aku selalu cakap perempuan cantik jer yang bangun lambat. Aku tahu benda tu tak betul , tapi aku suka guna alasan tu kalau mak aku bebel bila aku bangun lambat. Sengaja nak bagi sejuk hati mak aku yang anaknya cantik ler konon.
" Oit, ko tak buang ker sampah ari nih" kata aku saat aku ternampak beg hitam sampah yang dah penuh, masih tidak terbuang. Tak salah aku, minggu ni syif Syu pula yang jadi majlis perbandaran untuk membersihkan sampah dan mengawal kebersihan di apartment kiteorang. Minggu lepas dah giliran aku.
Syu jelir lidah.Ha… ngada-ngada ler tuh..
" Nanti malam aku buang ler."
" Pukul 12 malam ker… orang takde nanti aku buang ler.." sambung Syu lagi lepas lihat aku menjengil kat dia.
Aii… buang tebiat apa nak buang sampah malam-malam. Selalunya dia tak pernah tangguh-tangguh wat keje camnie terutama kalau dah 'shift' dia. Walaupun Syu ni nampak cam perempuan cun, materialistic, plastic KL yang terikut-ikut trend dan style dunia metropolitan, tetapi dia ni seorang yang bertanggungjawab dan tidak pernah sekali pun menyusahkan sesiapa, termasukler aku sebagai roommate selama 2 tahun dengan dia.
Aku rasa pelik pula dengan perangai dia hari ini.
Syu aku lihat reaksi mukanya tidak seceria selalu. Mungkin dia masih memikirkan hal semalam kot, tentang mamat yang dia suka tu; terkantoi dia dok 'stalker'. Aku tak kesempatan lagi nak borak pasal hal tu tapi mungkin bila-bila nanti. Tunggu dia dah bersedia untuk meluah baru aku akan Tanya hal tu.
" Takperler, biar aku jer buang. Aku pun nak turun bawah jap tengok mails." Kataku.
" Thanks, Amyra"
Aku keluar dari apartment sambil membawa beg plastic sampah yang agak berat. Fuh,.. selamat tak busuk lagi, kalau tak mesti orang label aku nih perempuan pemalas, suka kumpul sampah lama-lama.
Sambil menuju ke ruang pengumpulan dan pembakaran sampah yang tersedia di bawah, aku teringat hal malam semalam. Pasal lelaki hensem yang Syu suka sampai terngendap-ngendap tu. Aku selama ni tak pernah perasan pun ada lelaki camtu kat kawasan apartment nih.. Dia baru pindah ker? Atau aku ni memang jenis yang malas nak amik peduli. Ish… lepas ni aku kena rajin join komuniti perumahan kat sini atau sekurang-kurangnya cuba berborak-borak dengan makcik-makcik kat sini.
Kang…
Kuat juga bunyi plastic sampah ini bila aku letakkan diantara himpunan sampah yang lain, yelerkan berat. Entah apa yang kiteorang campak dalam tong sampah. Rasanya ada botol kaca, kaki katil yang patah bla… bla.
Aku terkejut bila satu beg plastik hitam yang pastinya bukan kepunyaan aku, dicampakkan ke dalam timbunan sampah yang lain. Ada orang lain rupanya sedang melakukan 'tugas' seperti aku ni. Hari ahad ni, hari pengumpulan sampah ker?
Aku menoleh padanya.
Terkejut aku saat aku terperasan rupanya mamat yang kiteorang stalker malam tadi. Dia memandang aku dengan reaksi yang terkejut gak. Dia cam aku ker? Adakah dia mempunyai mata power sonic yang boleh cam kiteorang malam tadi? Dan kenapakah dia hanya memakai singlet hitam tanpa lengan, yang menampakkan ke'machoan' badannya. Dia ni pergi gym ker? Toughnye..
Opps,,
Tindakan aku seterusnya adalah memandang ke tempat lain, buat tidak tahu dan berharap dia pun camtu juga.
Tapi sangkaan aku silap. Walaupun, aku tidak memandang dia tetapi aku dapat rasakan dia asyik merenung aku. Lama pulak tu, siap pandang atas bawah. Dibeleknya aku macam ler aku ni patung dummy kat shopping kompleks. Dan yang geramnya, dia langsung tak cakap apa-apa, hanya memandang aku dengan pandangan yang sinis sebelum beredar.
Aku rasa tak selesa dan sedikit geram dengan kelakuan dia yang tidak hormat itu. Baiklah aku berbohong, aku sangat geram dengan perangai dia. Grrr…
Aku tarik nafas dalam-dalam, mententeramkan perasaan aku saat ini. Aku tak mahu pagi ahad yang dinanti-nanti ini terganggu kerana orang lain. Yang aku tahu, aku cuma mahu relaks dan berehat sepuas-puasnya hari ini. Aku memusingkan badan untuk balik ke apartment dan menunaikan impian bersantai aku ini.
" Jumpa.."
Aku terkesima. Danny tiba-tiba berada di depan aku sambil tersenyum.