Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 14 Ogos 2010

Berikan ku jawapan 10



Neal meneguk air teh di tangannya sambil mendengar celoteh seorang wanita beruban berusia lingkungan 60-an ini. Wajah wanita berumur itu jelas ceria dengan kehadirannya.Dia tidak henti-henti bercakap sambil diselangi dengan gelak ketawa. Neal pula menjadi pendengar yang baik turut cuba menceriakan wanita ini dengan senyuman dan ketawanya seperti biasa.

" Memang banyak benda yang makcik ingat masa kamu kecik-kecik dulu. Nakalnye... Tiap-tiap minggu, mesti kamu curi buah rambutan kat laman rumah nie, lepas tu.. boleh pula kamu jual balik kepada makcik dekat pasar malam tu. Selamat makcik cam muka kamu nie.Nakal, lantang,.berani."

Neal hanya senyum malu dengan pujian itu.

Wanita itu terbatuk sekejap. Dadanya diurut perlahan-lahan.

" Usia dah lanjut, macam-macam penyakit dah dapat dah."jelasnya apabila melihat Neal yang risau dengan keadaannya.

" Tapi, kamu memang banyak berubah Neal. Dah 6 tahun."

Wanita itu memandang sayu pada Neal yang masih tak lekang dengan senyuman di wajahnya.

Budak ini memang sudah terlalu berubah.Neal kini lebih matang dan tenang,  tanda-tanda seorang yang membesar sebagai lelaki budiman.Bukankah perkara itu bagus?

Cuma dia rasa tidak selesa dengan keadaan ini terutama apabila melihat pandangan mata Neal itu.Ia langsung tak bermaya dan bercahaya seperti dahulu. Senyuman di wajahnya itu tidak dapat menipu seorang wanita tua yang sudah mengenali Neal sejak kecil. Sejak budak ini dilahirkan.

Tetapi, diikutkan ingatan lamanya , pandangan mata sebegitu sudah terlihat sejak peristiwa itu. Peristiwa itu, Neal masih ingat lagikah? Mungkinkah budak ini masih lagi menyimpan luka selama 6tahun ini?

Wanita itu bangun mengemas cawan dan pinggan di meja makan ini.

"Saya balik dululah makcik." Balas Neal. Nampaknya tiada apa lagi yang hendak diborakkan. Lagipun hari pun sudah semakin gelap dan Neal rasa adalah lebih baik dia beredar.

Wanita itu meletakkan pinggan dan cawan ke sinki, bersedia membersihkannya.

" Kamu tak nak tengok-tengok ke rumah lama ini dulu?"

Neal tergamam dengan pelawaan wanita itu. Tidak terfikir langsung dia akan berada di dalam rumah ini, berada di sini dan kembali di sini. Sebuah tempat memori yang tidak ingin diingatinya namun tidak dapat dilupakannya. Nalurinya mengesanya menerima.

Neal menggangguk lemah dan terus keluar dari dapur besar nie menuju ke ruang tamu.

Wanita itu senyum lebar.

" Selamat pulang" katanya perlahan.


previous                                       next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'