Alisa buntu dan bosan. Dia menuju ke meja komputernya. Wallpaper gambar Neal ditatapnya. Kemudian dia membuka folder yang tertulis "Neal sayang" Semuanya gambar Neal, dari muka time tido, time ketawa, time makan, time keje. Gambar-gambar itu semuanya mencuitkan hatinya..
Selepas setengah jam membelek satu persatu gambar Neal, dia kembali berbaring ke katilnya. Anak patung beruang warna biru hadiah dari Neal dipeluknya erat.
"Bosannya!!"
Dia menimang-nimang anak patungnya itu, kemudian setelah bosan dia mengambil pula majalah "Cleo" edisi Januari. Selepas menyelak-nyelak beberapa mukasurat, dia turun dari katilnya menuju ke arah tingkap bilik. Mengeluh.
Berulang-ulang dia melakukan perkara yang dia sendiri tidak tahu kenapa. Semuanya serba tidak kena. Belek-belek kameranya, conteng-conteng pada kertas kosong, buat senaman ringan, berlari dalam bilik, tangkap gambar sendiri, sesiapa yang melihatnya tentu terasa pelik dengan kelakuannya. Keluhannya pula tidak putus-putus.
" Ish... lambatnya masa berlalu..." getusnya geram.
Sekali lagi dia menghempaskan tubuhnya pada katil empuknya..
Dia mencebik tidak puas hati. Kenapalah masa begitu lambat berlalu?
Dia bosan sekiranya tidak melakukan apa-apa. Lebih-lebih lagi, apabila Neal tiada di sisinya. Pemikirannya akan terus menerus memikirkan Neal dan merinduinya setiap saat. Bilakah Neal hendak kembali ini??
" Neal!!!!Cepatlah balik!! I miss you!!" jeritnya seorang diri dalam bilik.