Sakit kepalanya berdenyut-denyut seakan nak putus urat di kepala ini.Uishh..Dia keluar dari kamar tidur dan terus ke dapur. Melihat nasi lemak dan air milo panas di atas meja makan memang buat dia terliur dan hilang sekejap rasa pening-pening lalat ini.
" Good Morning" tegur Neal.. Ish, mamat nie pagi-pagipun segar sahaja.Dia hanya mampu mengangguk kepalanya dan terus duduk menghadap Neal. Sambil menguap malas, bungkusan nasi lemak berbungkuskan daun pisang itu dicapainya dan Neal hanya memerhatikannya.
"Bile ingat balik situasi malam semalam, tak sangka ko selera nak makan erk." usik Neal.
"Appetite beb.Appetite." katanya acuh tak acuh.Sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya, dia teringat situasi semalam.
" Uishh.. camner nie? Tayar pancit lak malam-malam macam nie." kata Kenny gelabah. Matanya liar memandang sekeliling.Hutan,... hutan.... hutan....
Kat mane diorang nie?????
Neal mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.
Kenny pula semakin mendekati Neal. Bulan tengah mengambang lak malam nie.. Bukanke hari ini malam jumaat? Kenny rasa bulu tengkuknya meremang tanpa sebab.
"Dapat call sape-sape tak?" tanya Kenny keresahan.Neal senyum.
"Hehe... takde coverage..." katanya tenang.
Kenny rasa nak debik aje mamat nie.Bolehlak buat lawak tenang malam-malam macam nie.
Serentak, sayup-sayup kedengaran lolongan anjing.
"Ehem " tegur Neal. Kenny memandang Neal. Apa hal mamat ni?
" ehem....ehem..!! ." kuat pula deheman Neal kali ini.
Kenny memandang Neal pelik dan selepas beberapa minit, barulah dia faham maksud deheman Neal itu. Dengan sengihan malu-malu, dia melepaskan pelukannya. Cis, camne lak dia boleh terpeluk Neal time-time takut nie... Malu... malu....
"Assalamualaikum..."
Mereka menoleh pada suara garau tu.
" Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!" jerit Kenny sekuat hati. Tubuh Neal dipeluknya erat-erat.
Neal tersenyum sambil memandang Kenny yang sedang selera menikmati sarapan pagi tu. Hal malam semalam masih membuatkan dia rasa lucu. Sesekali dia meneguk air milo panas dalam cawan yang dipegangnya..
" Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam." balas Neal.
Seorang lelaki tua berumur lingkungan 50an masuk dari pintu dapur. Riak-riak seorang yang matang dan bijak jelas di wajah lelaki ini, yang berjanggut putih dan berambut putih ini. Pandangan matanya yang tenang memberikan satu rasa kemesraan pada kedua-dua anak muda ni..
" Sarapan Pak Mail." ajak Neal.
Pak Mail hanya menggangguk. Tanpa dipelawa, dia kemudian duduk bersebelahan dengan Kenny.
" Makan pakcik?"sekali lagi Kenny mempelawa.Mulutnya masih penuh dengan makanan. Lahap betul. Pak Mail hanya mampu tersenyum melihat telatah Kenny ini.
"Pakcik dah makan dah sebelum ke sini.Neal, macam mana malam tadi? Selesa tak? Maaflah, pakcik tak sempat nak kemas rumah nie untuk kamu berdua.. " Pak Mail memulakan bicaranya dengan Neal.
" Takpelah Pak Mail.Lagipun, silap saya juga tak beritahu nak balik.Terima kasih pak Mail sebab jaga rumah peninggalan mak saya nie, buat susah-susah je.."
"Ish.. takde susahnye. Lagipun, mak kamu tu kenalan pakcik juga. Nanti petang, makcik Senah datang kemas apa yang patut."
"takperlah pak Mail ami dua orang bujang nie boleh kemas rumah nie. "
Neal menolak lembut niat baik Pak Mail itu.
Neal menolak lembut niat baik Pak Mail itu.
Pak Mail merenung Neal.Dah besar dah budak ini. Betapa cepatnya masa berlalu.Dan Neal kelihatan terlalu berlainan dengan keperibadiannya dulu. Sememangnya masa mampu mengubah seseorang.
"Kalau apa-apa hal, beritahulah pakcik. " kata pak Mail sambil menepuk belakang Kenny secara tiba-tiba, menyebabkan Kenny tersedak
" Orang muda kena kuat. "
Muka Kenny merah padam
Ish, takkan orang tua nie ingat lagi hal malam tadi....? ish.. malu-malu....
Pak Mail bangkit dari duduknya.
" Pakcik nak ke kebun sekejap, kalau nak mintak tolong, makcik Senah kamu ada kat rumah.Tak perlu segan"
" Tempat nie banyak kenangan. Pakcik memang gembira kamu balik, neal...sangat gembira."kata Pak Mail sebelum melangkah keluar.