Neal berhenti betul-betul di depan pagar rumah banglo berwarna biru itu.Handle basikalnya digenggam erat.
Dia memandang sayu pada banglo dua tingkat yang berada di sebalik pagar yang tertutup rapat ini. Ia masih kelihatan sama. Walaupun, catnya sudah semakin luntur dan suasananya lebih sunyi, ia masih sama. Halaman rumahnya bersih dihiasi dengan pokok –pokok dan taman bunga yang dipenuhi orkid dan mawar. Malahan kolam kecil di tengah-tengahnya masih seperti dulu, masih dihiasi dengan bunga teratai.
Mungkinkah segalanya masih tak berubah?
Neal menolak basikalnya hendak beredar dari situ tetapi sebaik sahaja dia terdengar sayup-sayup petikan bunyi piano dari banglo itu, langkahnya terhenti dan kembali dia menoleh pada banglo lama itu..
Neal tersenyum sendirian apabila menyedari ia hanyalah khayalannya sendiri. Cuma khayalan.
" Neal ke tu?"
Hampir sahaja dia melepaskan basikal yang dipegangnya tatkala mendengar suara itu.