Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 27 Ogos 2010

KL LOVE STORY 11



Aku dan Danny kini sedang berjalan beriringan menuju ke apartment ku. Berdasarkan langit yang terang terisi penuh dengan bintang malam, aku tahu masa belum melebihi pukul 3 pagi lagi.

Aku perhatikan Danny tidak bercakap apa-apa dari tadi. Dia cuma senyap menghantar ku balik. Katanya selagi dia tidak nampak aku masuk ke rumah, dia risau. Jadi dia cuma ingin memastikan aku selamat sampai ke rumah.

Aku tidak tahu samada dia memang seorang yang begini, atau ini memang taktiknya. Taktik lelaki buaya.

Walau bagaimanapun, aku cuma boleh katakan, malam ini aku rasa sangat gembira. Danny memang seorang yang peramah, funny dan well… lain dari tanggapan aku.

Dia sentiasa tahu apa yang aku fikirkan. Aku berikan markah penuh padanya kerana menjadikan date kami ini sesuatu yang akan aku kenang selamanya. Yerlahkan, dapat jumpa Mocca my favourite band.

Dan sesuatu yang betul-betul menukar perspektif aku pada Danny ialah saat dia mengajak aku menari dengannya malam itu. Walau pun aku menolak sedaya upaya dan pelbagai alasan diberikan terutama aku ni memang jenis tak reti nak menari,.

" You won’t know until you try."

Ayatnya itu buat aku terdiam. Dan hulurannya malam itu aku sambut.

Kami menari. Dan dia sangat nice, slow-slow diajarnya step. Dan aku banyak kali juga terpijak kakinya, namun setiap kali itu juga dia hanya tersenyum dan mengajarku,  lembut dan tenang. Malahan kami sempat juga memperbodohkan diri dengan menari ala-ala poyo. Danny seorang yang berpersonaliti kelakar, peramah,  gentle,smart  dan aku rasa dia memang dilahirkan sebagai the 'perfect man on earth'? Melampau kah aku fikir macam itu sekali?

Perspektif aku kini : Lelaki buaya ini seorang yang sangat sempurna baik dari segi rupa paras dan personaliti.  Too perfect di mata kaca seorang wanita seperti aku.

" Dah sampai." kataku apabila kami sampai di depan lif. Kad autograph dari Mocca aku genggam erat. Danny mengangguk.

" Thank you. I have a nice date today."

Aku meluahkan juga ayat itu. Sekurang-kurangnya inilah yang termampu aku beritahu, mengucapkan terima kasih padanya yang membuatkan malam aku ini lebih bermakna. Memandangkan aku tidak mengeluarkan sesen pun, sekurang-kurangnya sebuah senyuman dan ucapan terima kasih patut dihadiahkan pada Danny yang bertungkus lumus menjayakan malam ini.

" fuh. Lega saya! Saya ingatkan awak tak suka malam ini." Danny meluahkan keresahannya. Rupanya inilah yang difikirkannya tadi hingga menyebabkan dia membisu sahaja. Aku rasa cute sangat la si Danny ini.

" Anyway, ni untuk awak. Me too had a nice date. Thank you."

Danny menyerahkan sebuah kotak kecil bewarna merah hati.

" Amyra. I really like you."
BLOWING HEARTS Pictures, Images and Photos

 Hei semua! Hati aku rasa macam dilambung-lambung. 

previous                                                            next



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'