Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 27 Ogos 2010

KL LOVE STORY 10



Danny berhenti betul-betul di depan ' car jockey' yang seakan tahu Danny akan datang di sini malam ini. Selepas menyerahkan kunci motornya pemuda  yang aku anggarkan baru lepasan sekolah menengah, Danny memandang aku.

" Jom." ajaknya sambil menghulurkan tangan kanannya mempelawaku.

Kalau diikutkan sepatutnya aku menerima huluran tangannya itu, seperti cerita biasa yang aku selalu tengok, tetapi aku hanya memandangnya berpura-pura tidak mengerti. 

Sebenarnya, aku ragu-ragu dengan mamat ini dan untuk langkah berjaga-jaga, aku kena sediakan 'tembok perlindungan' dari serangan 'buaya' ini. Aku tidak boleh terlewa kerana setiap detik aku bersama dia hari ni, adalah merupakan peluang untuknya.

" hmm…."

Aku dapat rasakan aura yang tidak baik setiap kali Danny mengeluarkan bunyi itu, terutama apabila di riak wajahnya, aku lihat dia tersenyum nakal. Tanggapan aku tidak salah kerana…

Tanpa sempat aku berfikir niat di hatinya itu, dia terus memegang tangan kananku, erat-erat, seakan aku ini kanak-kanak kecil berusia 5 tahun dan dipimpinku masuk ke dalam Restauran Heritage ini, tanpa mempedulikan sama ada aku mahu atau tidak mahu mengikut langkahnya itu.

" Nak order apa?" tanyanya sebaik sahaja kami duduk di meja yang ditunjuki pelayan meja. Aku mengambil menu dan membelek-beleknya.  Pelayan meja yang setia itu menunggu di bucu meja.

10 minit, 15 minit…
Aku meneliti setiap menu yang tertera , beserta harganya sekali.
Mak ai! Mahalnya, kena ambik yang murah ni.Hmm…

Sambil itu, aku perasan Danny sudah menongkat dagu, memandangku dan menunggu tindakan aku seterusnya. Ini membuatkan aku lebih gelabah.
Nak kena order cepat2 ker?

" Dik." Panggil Danny pada pelayan yang aku rasa sedang menahan 'tension' menunggu aku. 

Danny terus memesan hidangan pilihannya. Lajunya dia menyebut menu yang aku tidak pernah dengar, seakan tempat ini sudah terlalu arif baginya. Banyak pula tu dia order. Kemudian, tanpa menanyakan aku, budak pelayan itu terus beredar.

" Saya dah pesan makanan untuk awak. " kata Danny apabila melihat aku terpinga-pinga dengan tindakan budak pelayan tu.

Aku cuma mengangguk, takkan aku nak gelengkan? Kalau aku tidak setujupun bukannya boleh nak tukar pun.

Aku perhatikan sekeliling restaurant yang berkonsepkan ala-ala klasik british ini. Semuanya buatkan aku teringat zaman kolonial british dahulu. Di depan pintu masuk pula jika tidak salah aku tertulis " be free- no formal attire night",  

Jadi malam ini semua orang bebas berpakaian tidak formal, patutlah aku yang berpakaian tshirt ngan jeans ini dibenarkan masuk. Selalunya restaurant berkelas tinggi macam ini mempunyai etika berpakaiannya sendiri.

" Ok ker tempat ini?" tanyanya memulakan bicara.
" emm.. ok la kot."

Aku meneguk air kosong yang terletak di meja. Sekarang ini aku rasa sangat gelabah dan tidak tahu apa yang hendak diborakkan dengan Danny. Rasa macam menyesal pula datang sini.

" Kawin dengan saya."

Aku tersedak. Hampir tersembur Danny dibuatnya.

" Apa??!!"

Aku tidak tahu samada suara aku waktu itu kuat atau tidak atau pun riak muka aku yang terkejut ini sama ala-ala badut sarkas kah?, tetapi tiba-tiba Danny ketawa.

" Gurau… gurau…" katanya dalam tawa yang cuba dikawalnya. Kelakar sangat ker kenakan aku camtu?

Wajah Danny yang sedang gembira kerana kejayaan misinya untuk mengenakan aku, aku renung geram. Kalau ada cili padi, akan ku tenyeh-tenyeh kan pada mukanya. Secara automatiknya aku terbayangkan mukanya yang selalu dia banggakan itu,  ditonyoh-tonyoh dengan cili padi. Mesti pedihkan? Aku tersenyum sinis dengan imaginasi aku ini. 

" Fuhh… dah hilangkan rasa nervous awak tu." katanya.

Aku tergamam.Itukah tujuannya mengusik diri ini?  

Ya, sekarang aku lebih rasa selesa berbanding tadi. Danny ni macam tau jer.. 

Pelayan meja kami datang sambil membawa pencuci mulut sebagai pembuka selera.  Budak yang sama. Apa satu meja dapat satu pelayan ker? Aku mula berteka teki. Namun dalam masa sama, aku renung kek coklat yang diletakknya. Kek coklat yang nampak begitu comel dan menyelerakan. Aku telan air liur.

Rasa nak cuit-cuit jer kek itu. Lidah ni rasa kering jer nak merasa. Tetapi dalam masa yang sama aku perlu tanya budak pelayan ini kalau-kalau ada kacang sekali dalam adunan kek ini. Baru aku nak membuka mulut bertanya…

" Don’t worry, no peanuts. Awak alergik dengan tu kan? " kata Danny tiba-tiba semacam tahu apa yang aku fikirkan.
" Macam mana tau?"
" I did my research, plus…"

Tiba-tiba, lampu dimalapkan. Kemudian, lagu it’s over now- Mocca berkumandang. Lagu kegemaran aku dan band kegemaran aku! 

Lampu dibuka dan di depan, kumpulan Mocca menyanyikan lagu itu secara live di sini. Aku rasa macam nak menjerit. Oh My God!!! 






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'