Aku melentok di atas meja makan bentuk bulat ini. Kepala aku baringkan di atas meja dan di hujung tanganku terdapat anting-anting kristal yang dihadiahi Danny semalam. Ia masih tersimpan rapi di dalam kotaknya.
" Cantik." getus ku sendirian. Rasanya sudah berpuluh kali aku belek anting-anting itu dan berulang kali juga aku gayakan di depan cermin, namun aku masih ragu-ragu untuk menerimanya.
" Amyra. I really like you."
Haih~~~~~~
Panjang keluhan aku. Kalau mak aku di kampung dengar, mesti dia membebel. Katanya anak gadis tidak manis mengeluh panjang, nanti jodoh susah sampai. Yerlah itu, cakapjer la mak hendak menantu cepat, kan senang. huhu..
Aku garu kepala yang tidak gatal. Aku terdapat 3 persoalan tentang Danny ini yang membuatkan aku serba salah hendak beranggapan baik padanya.
Persoalan pertama :
Apa maksud Danny cakap selamba badak jer dia sukakan aku?
Persoalan kedua :
Suka bukan bermaksud cinta kan ? Lagipun dia cakap I like, bukannya suka cinta tu.. macam I like to eat pizza, I like you as my friend, I like you mommy. Ha, ada banyak maksud itu. Like camner tu?
Persoalan ketiga :
Dia bukannya luahkan perasaan dia kan malam tu?kan? kan?
" Amyra. I really like you."
Ini adalah statement. Ayat penyata. Sebab apa aku cakap camtu? Sebab malam tu, selepas dia mengeluarkan 'statement' itu, dia terus blah, takde nak tunggu aku cakap iya ker? Tidak ker? I like you too ker?
Blah begitu sahaja.
Arghhh!! Buntu dan tension.
Kenapa la aku nak fikir lebih-lebih??!!
Aku keliru.
" Ha, kau ni dah macam kera jer, apapasal?" tegur Syu tiba-tiba. Minah ini selalu muncul masa aku tengah nak melayan blues ini. Dia macam pakai sensor la pulak~
" La.. hal malam tu lagi ker? Tak buat keputusan lagi? Orang dah bagi ambil jer ler, pakai! abis cite."
Aku tidak membalas seloroh Syu itu. Banyak betul masalah yang aku tengah fikirkan ini.
" Entah le. Kalau aku pakai tidak bermaksud aku suka kat dia kan ?"
" Persoalannya, kau suka pada dia tak?"
Syu tanya aku balik. Hoh, minah ni, aku tanya dia dia tanya aku balik.
" Mane boleh suka kat orang camtu jer." balasku setelah otak ini mentafsir dan membuat perkiraan secara logik.
Mana boleh suka kat orang camtu jer? Kenalah kenal-kenal dulu, mana ada first love. Love at the first sight pun takde.Itu adalah kepercayaan aku dan aku tidak akan mengubahnya. Pasti!
" Habis tu kau tak suka kat dia lah, camtu?"
" Hmm… takde le camtu. Dia … okler juga. "
" Habis tu?"
"Ala , syu! Kau kan tahu aku tak pernah couple ke, bercintan cintun ke sepanjang hidup aku ni.. So, bile dia layan aku cam nie.. aku rasa lain le!"
"
" Rasa pelik? Rasa cam mimpi?" Syu membuat andaian.
"Ha! Betul. Macam ada yang tak kena, yang tak betul. Otak aku ni boleh tafsir seribu satu benda yang negatif pasal benda ini. Danny tu pun buaya… "
" Dia manusia ler. Bukan buaya. " usik Syu.
" tak… maksud aku…"
"Iya.. tahu! Danny tu 'player'. Tapi dia cute kan hehee.." panjang sengih Syu.
Aku rasa Syu ni ada crush la dengan Danny. Mungkin patut aku pass pada Syu sahaja? Tetapi kalau difikirkan, Syu memang suka a.k.a crush dengan ramai lelaki dan peliknya sampai sekarang pun dia masih lagi single. Bukan takde yang nak kat dia- berderet, lain ler cam aku.
" Ok, senang citer. Kau rasa kau suka kat Danny tak? Maksud aku bukan ler cam cintan cintun tu.. suka dulu, suka yang membawa kepada makna kau selesa dengannya, makna.. hmm.. kau nak kenal dia lebih sikit ke."
Aku teringatkan hal semalam. Well, seumur hidup aku aku tak pernah rasa dilayan nice macam tu. Well, dingorati camtu. Naluri perempuan aku betul-betul rasa tersentuh dan enjoy di layan ala-ala princess gitu.
Tapi, ada risiko.
Danny ni player. Mestilah dia pakar bab-bab camnie.
" You won’t know until you try."
Terngiang-ngiang kata-kata Danny semalam seakan serapah pula.
Amyra! You dah 24 tahun. 24 tahun tanpa pernah mengenal perasaan cinta!! Mungkin aku patut bagi peluang pada Danny? Bukan.. sepatutnya peluang pada diri aku sendiri!
Mungkin, ini akan jadi kisah cinta pertama aku? Atau mungkin akan jadi kisah sadis cinta aku?
" Well, .. I think I like him too… maybe.." kataku.
Serentak kedengaran bunyi jamban diflush. Aku pandang Syu yang tersengih. Kalau Syu ada kat sini dengan aku, siapa kat dalam toilet?
" Sume dah ok. Ni berapa nak bayar plumber tangkap muat jer ni?"
Aku cam suara itu dan aku toleh pada yang tuan empunya suara. Danny!!
" Oh! Selamat pagi!" tegur Danny. Nada suaranya seakan berpura-pura macam tidak tahu dia akan terserempak dengan aku. Sudah berapa lama dia kat dalam tu? Dia dengarkah apa yang aku cakap? Dan kenapa aku terasa pipi aku hangat semacam sahaja.
" Thank you. " katanya lagi dengan sengihan yang panjang.
Aku sangat yakin, dia dengar!!