Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA
Memaparkan catatan dengan label KL LOVE STORY- NOVEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL LOVE STORY- NOVEL. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

KL LOVE STORY 45


google pic

Sekali lagi Amyra! Why Amyra! Why kau nak juga dekat dengan mamat buaya ni!!tak tau ke.. DANGER

Mataku mencuri jeling pada Danny yang berjalan tenang di sisiku. Dengan gaya kedua belah tangannya dimasukkan ke kocek jeans, kasual sahaja cara dia berada di sisi ku. Aku pula yang rasa kekok, sambil memerhatikan keliling aku perhatikan kiranya ada mata-mata yang memandang serong pada kami berdua.  Seakan menjadi satu kebiasaan setiap kali  kami ykeluar bersama, pasti ada suara-suara sumbang yang memperkatakan tentang kami berdua.

' ee... sapa tu? kenapa dia keluar dengan Danny?"
" Girlfriend Danny ke tuh? tak sesuai la..."
" Danny keluar ngan sapa tu? Perempuan tu tak sedar diri ke?"

Tapi hari ini tiada sesiapapun mempedulikan kami. Selesa aku dibuatnya..

Ok, berdasarkan cerita cinta-cinta ni, kalau dah masuk date ke-3 means dah ade hintler yang si lelaki ni suka kat perempuan ke.. simple kate, macam dah ada harapanlah. Aku dan Danny? Masuk ni dah berapa kali agaknya date kami yer.Wait!!.. .. 'date' la sangat. First date, ok.. second date.. worst.. third date? untuk apa?

Aku fikir si Danny ni tak tahu maksud date kot? Date adalah konsep bila kita hendak keluar dengan seseorang yang kita suka, kita nak ambil hatinya.. kita nak luahkan perasaan..semua yang romantik-romantik.

Tetapi date dengan Danny? Macam takde hala tuju.. dia nak apa dari aku sebenarnya?

" Hei awak. date dengan saya hari ini." 

Itu bukannya ajak date. Itu mengarahkan aku date dengan dia!! 


Aku mengekori  Danny dari belakang.

Buat masa ini aku hanya mampu mengikut sahaja, sebab berada di tempat asing ini, aku tidak mahu terpisah dari dia.Sekiranya tiba-tiba dia hilang mood, di tinggalnya aku kat PD ni sorang-sorang.Macam mana aku nak balik KL?

Kami masuk ke 7-eleven.

“ Kita beli maggi cup dulu..” katanya seraya mengambil 2 cup maggi kari kemudian mengambil 2 botol air mineral.

 " Ah? Awak makan mee curry tak? Ke awak nak maggi ayam ke..." 

la... baru nak tanya... dah sampai kaunter pun.

Selepas membayar, kami beredar menuju ke destinasi yang dia inginkan.

" Awak ingat tak? Saya jumpa awak second time kat seven -E..." ~Huh.~??

" First time kat club, second time kat seven-E, third time kat..."
" Apartment saya.." potong ku. Dia diam sejenak..
" Bukan kat tempat sampah ke?" dia sengih.~Huhu.. tempat sampah... huhuu..~.

Jom..” ajaknya memegang tanganku, mengikut langkahnya.

Duk..dap..

Dia memandangku sambil bibirnya mengukir senyuman.

Duk dap..

Tuhan, di mataku saat ini hanya terlihat dia. Dia yang sedang senyum dan ceria.Senyuman yang aku nantikan dari tadi.. Keceriaan yang membuatkan hatiku turut berlagu riang.  Tanpa sedar, bibirku jua menguntum senyuman..




Dan sedang aku asyik hanyut memandangnya, langkah kami berhenti. Berhenti di persisiran pantai..

Dia menarikku duduk di batu-batu besar yang sesuai untuk duduk sambil berborak.

Pukul 8 malam dan laut yang gelap, aku renung. Hanya ada beberapa pasangan couple yang sedang berdating. Kelihatan samar-samar cahaya dari hotel berdekatan. Danny menoleh padaku dan aku cepat-cepat toleh ke tempat lain sambil berdoa dia jangan ada niat buruk.. jangan buat tak baik kat aku..

"  Jangan risau. Saya akan hantar awak balik rumah malam ni gak. " katanya  seakan mengerti apa yang aku fikirkan secara negatif.

 Syukur...aku menarik nafas lega.


" Awak tak pernah nak percayakan sayakan? "

Aku diam. Telan air liur yang terasa kelat.

Dia membuka maggi cup, masukkan air panas yang dibungkusnya dalam botol semasa di 7-eleven tadi dan hulurkan padaku.

 “Awak nak makan mee kat tepi pantai jer ke?”sengaja aku tukar topik. Maggi cup yang terhulur aku sambut dengan rasa yang bersyukur. Perut pun dari tadi asyik berkeroncong.

“  Sejak kecil saya teringin date hanya makan mee cup di tepi pantai..  “ jawabnya selamba.

Dia menghirup kuah panas dari mee cupnya kemudian ternganga-nganga, menahan panas di lidahnya. Aku gelak-dalam hati..

"Wow.. dah berapa ramai perempuan awak bawak date macam tu? ”

“ Awak yang pertama."

Haha... aku tahu ni mesti 'ayat' buaya dia. Walaupun begitu,  aku tidak dapat menipu diriku yang saat ini perasaanku sedikit terawang- awangan bila dikatakan orang pertama. Senyuman yang hampir terukir, aku sembunyikan..

" ..Usually yang lain saya date di tempat lebih high class, dinner di restaurant mewah, take her to dance, buy expensive stuff... bunga, diamond.. money. not maggi cup." sambungnya dengan nada bangga riak. 


“ Awak tentu benci saya kan.. “ rungutku sambil menyuap mee ke mulut.  Dah agak dah... takde nyer romantik-romantik dari si Danny ni. Dia sentiasa nak kenakan aku sahaja. 

Terhambur ketawanya.
 “Kalau itu yang awak percaya..”
Aku diam..

Perkataan tu lagi. Dia masih ingat tentang hal kat rumah hari tu ke?Persoalannya, bagaimana aku nak percayakan dia? Bagiku.. dia sentiasa seorang 'buaya'..

“ Danny.. tentang hari tu.. saya..”

“ Saya nak buat confession."  potong Danny, tidak memberi peluang aku bercakap.

Wajahnya yang serius itu menatap aku.

" Sebenarnya saya tahu bila awak keluar dengan saya, awak sentiasa curiga..Walau apa yang saya buat,  saya tahu awak sentiasa anggap saya si  ' buaya' yang bermain dengan kata-kata.. Seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan terhadap perempuan. A standard playboy.. "

"Menerima pendirian awak tentang itu, saya masih juga mendekati awak."

" Dan semakin dekat dengan awak, semakin saya inginkan awak. Jadi, saya sentiasa sakitkan hati awak, saya buli awak..semua itu bertujuan untuk awak terus membenci saya, menjauhi saya, - agar perlahan-lahan nanti, saya juga dapat membenci awak.. 

" Kelakarnya, saya tidak dapat  terus menipu diri sendiri lagi. Sejak awal pertemuan lagi saya sentiasa ingin jadi sebahagian dari hidup awak . Saya tidak mahu berpura-pura lagi di depan awak..." 

Dia mengeluarkan pursenya. Jam tangan rolex yang tersarung di tangan kirinya turut ditanggalkannya perlahan.  Begitu juga kasut kulit jenama italy, spek matanya.. telefon bimbitnya.

 " Hari ini saya bukanlah anak Dato' Khir Abdullah, bukan pewaris Damya Holdings, bukan juga seorang  'buaya" "

 Dia mencampak semua barangnya ke tengah laut.

" Yang ada cuma mee cup , a normal date dan seorang lelaki  berkaki ayam, tidak berduit. Tanpa identiti buaya dan pewaris Damya Holdings, sudikah awak betul-betul mengenali Daniel Fazran ini ? "


Dia melutut di kedua-dua kakinya, menghulurkan tangannya ala-ala putera raja yang sedang melamar puteri raja.

" Cik Amyra.,Sudikah awak berkenalan dengan saya hari ini dan keluar date -"
"A real date dengan saya? . "

Ya Amyra.. Jika dia bukannya buaya? Jika dia hanya lelaki biasa seperti aku. 

Sudikah aku mengenalinya? Yang penting, adakah aku ingin berikan diriku peluang ini, peluang mengenali dia?

Aku juga  sudah terlalu penat dengan teka-teki dan suspicious yang tidak berkesudahan ini.

Aku getap bibir. Mengingati hal di taman tadi..

Pandangan matanya yang terpapar kesedihan dan kesunyian itu? Sediakah aku untuk masuk ke 'dunia' di sebalik Danny yang sebenar ini?  Sediakah aku mengenali semua itu? Apa yang difikirkannya.. Apa yang disembunyikannya...Kesemuanya?

Danny tanpa lakonan.Tanpa kekeliruan, tanpa rahsia. 



Piungggggggggggg!!!



Bunyi bunga api dilepaskan membuatkan kami berdua beralih pandang pada bunga api yang dilepaskan oleh pasangan couple berdekatan.


Piunggggg!!!
                          Piunggggggg!!
                                                          Piungggggggggg!!!!!!!!!!!!!!

Kami berdua ketawa serentak, terkejut..

Waktu itu aku sedar..

Yang  aku cuma ingin dia ketawa dan ceria.. setiap detik. 

" Saya rasa this is a romantic date ever dan ..
 Daniel Fazran ni...   is not bad.. ..." ” kataku perlahan.. 

Dia senyum mendengar jawapanku itu.

Kami duduk bersebelahan. Sambil memerhatikan bunga api yang cantik di angkasa, aku mencuri pandang Danny yang tidak berkedip-kedip  memandang bunga api yang begitu dekat dengan kami. Pantai yang gelap menjadi terang benderang kerana kehadiran bunga api yang tidak dijangka itu.

Bukan itu sahaja, orang ramai mula datang berkumpul untuk melihat bunga api yang meriah itu.

Dan aku pula? Aku langsung  tidak dapat melepaskan pandanganku dari merenung Danny yang tersengih lebar. Matanya yang ceria itu kelihatan lebih indah dari bunga api ini. Lebih bercahaya dari cahaya rembulan yang sedang mengambang ini.

Kerana walaupun aku tidak yakin dengan perasaan aku buat masa ini.. adakah ia benar-benar cinta, atau cuma suka. Atau apa-apa saja!  Aku cuma tahu satu benda penting ...

Aku gembira melihat dia seperti ini..Aku ingin dia sentiasa begini.

Kami berdua diam memerhatikan sahaja bunga api di kaki langit.

“ Amyra... I’m sorry pasal hal kat club, kat rumah Farish dan cafe Farish... i just...”

Perlahan-lahan aku mendengar bisikan hati aku sendiri. Dan untuk kali pertamanya, aku memintas bicaranya.


“ Saya percayakan awak..”





~Ending of chapter season 1- KL LOVE STORY ~



END  SEASON 1


previous




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 26 April 2011

KL LOVE STORY 44


Menanti Farish..  30 minit, 45 minit. Sejam!!  Mak Ai! lamenyer mamat ni! Bermekap ker? Bukan jauh sangat pun taman ini, selang 20 minit jer dari apartment kiteorang. Lagipun sekiranya Farish ada kat cafe, mesti lagi cepat kan!

Membara-baranya perasaan aku sekarang ni. Ikutkan hati, ingin sahaja aku beredar. Sampul surat ini akan aku masukkan sahaja ke dalam peti surat rumah Farish dengan nota kecil tertulis nama Danny. Senang je kan?

Tap. Tap.. tap..


Bunyi derapan tapak kasut yang kuat itu, mematikan niat aku itu.

‘Farish. awak tahu tak lama saya tung.........."

Dia memandangku, menanti aku menghabiskan ayatku yang tergantung.

Danny?? !! Apa yang dia buat kat sini??!!!

“ Ha, apanye?” tanya Danny seolah-olah memang dialah yang aku nantikan.
“ Apa awak buat kat sini?”spontan aku menyoalnya kembali.

“ Kenapa? Tak boleh?” perti biasa menjawab soalan aku dengan soalan juga. Aku rasa aku dan dia perlu ambil balik BM SPM dan belajar bahawa soalan perlu dijawab dengan JAWAPAN. Dia mendekatiku.

“Cik Amyra, kalau yer pun nak date dengan Farish, sila jangan salah telefon yer. “

 Eeehhhhhhhhh?????


Aku keluarkan kertas ronyok yang tertera nombor  itu. Tu nombor Farish kan? Dia yang bagi nombor tu kat aku tempoh hari. 

“ Ehh? Ni bukan no Farish ker?”
“Tu nombor sayalah...”
“ Eh? ? Yerker? Ehh..” 

Takkan aku salah telefon? Entah-entah Farish beritahu Danny suruh Danny wakilkan dirinya.Boleh jadikan?Diorang pasti berpakat!Pasti!

“ Suka hatilah kalau tak percaya..”

Aku tidak mempedulikan dia,sebaliknya berniat ingin ke cafe Farish.

Farishperlu berikan alasan kenapa hantar buaya ni ke sini! Saat ini, orang yang aku tidak mahu jumpa adalah Danny.

"Cafe tutup hari ni. Farish balik kampung, jumpa neneknya."

Sekali lagi mengendahkan Danny, aku dail nombor telefon yang tertulis di kertas itu. Aku kena confirmkan dengan Farish. Impossible!

Serentak lagu Selene Gomez- a year without  rain berkumandang kuat. Aku memandang tuan empunya telefon yang berbunyi itu. 

“Hel...........lo..” jawab Danny. Sengihannya yang lebar panjang itu menyakitkan hati aku. Aku letak telefon.

Ok fine! Memang no dia, tetapi aku sangat sure Farish kenakan aku. Why! Semua orang nak kenakan aku! Why!!

Aku beredar untuk balik. Buang masa sejam kat sini!

“ Nak pergi mane? ‘
‘Balik.”
“ Balik? !! Awak tau saya bersusah payah untuk datang sini dari ofis kat kl tu.."

Dia mengekori ku.

“ Awak marah ke date awak dengan Farish tak jadi hari ni?”

Aku tidak mempedulikannya.Ya, aku sepatutnya tidak mempedulikannya sejak dari awal kami bertemu. Sekiranya aku ikut akal fikiran aku yang waras ni, mesti aku takde pening-pening melayan Danny dan permainannya! Apa maksud dia hari tu? Apa maksud 'awak' tu untuk soalan aku hari tu?

"Cepat-cepat blah.. Jauhi diri dari buaya nih. Dia akan mempermainkan kamu jer!" - berulang-ulang suara hatiku menjerit mengingatkan aku.

“ Saya bukannya date ok. Saya ada benda nak minta tolong Farish." 
" Apenyer? "
 " Takde kene mengena dengan awak."
" So it's a date?"
" No!"
" Then?"

Aku diam,teringatkan sampul surat yang tersimpan kemas dalam beg tangan ku yang erat dikepit bawah ketiak.

" So? It's a date.. hmm...kan?' dia masih mengesa aku mengaku.
" kenapa? What if it's a date? Awak bukan kisah pun.."

Dia senyum seolah-olah memang menanti aku jawab macam tu.

" Awak nak saya kisah ke?"

 Upss!! Sekarang mesti Danny ingat aku sengaja nak date dengan Farish untuk sakitkan hati dia? No! Not at all! kenapa aku cakap camtu! Amyra stupid! Danny is nothing to me! Nothing! Tu pun susah nak ingat ke! Jauhi dia- selamat-. dekat dengan dia- dipermainkan. 

Aku seluk beg tangan, membawa keluar sampul biru itu. Untuk elakkan dari dia fikirkan bukan-bukan, aku akan tamatkan perbualan dan pertemuan ini sekarang! Danish kata serahkan sahaja sampul tu, Danny akan faham.

"Mana awak dapat tu?"


Huh.. Danny tak tahu pasal ni ke? Jadi dia tidak tahu menahu yang si kecil Danish berjumpa dengan aku semalam?

"  Semalam saya jumpa Danish, dia suruh saya bagi pada awak."

Riak wajahnya berubah serta-merta bila aku sebutkan nama Danish. Memandang sampul yang aku hulurkan itu lama dia buatkan aku rasa serba salah. Aku buat silap ke?

" Haishh... panasnya.. " tiba-tiba , dia berpaling dariku, menyingsing lengan baju tshirtnya, mengipas-ngipas badannya yangseolah-olah sedang hangat dipanas mentari. Sampul surat itu tidak diambilnya.

" Belikan saya air."

"Err..."

" Haish... panasnya.. " rungutnya lagi. Dia berdalih ke?

Aku masukkan surat ke dalam beg tanganku dan menuju ke Apek jual air minuman sejuk dalam ice box tidak jauh dari kami. Berdiri tidak jauh dari situ, aku dapat lihat  dengan jelas Danny yang sedang duduk berteduh di bawah pokok. Dia sedang memandang jauh leka,  seolah-olah ada yang menganggu fikirannya. Yang pasti wajahnya tampak muram. Aku tidak pernah nampak dia muram seperti ini.

Dan sinar matanya yang girang tadi tidak lagi kelihatan, begitu juga senyumannya.

Aku pegang dada yang terasa perit , sedih melihat dia begitu. Serius. Walaupun betapa aku ingin menjauhi dirinya, aku tak suka bila melihat dia begini. Ini tidak sesuai dengan imej Danny yang aku kenali.. Fun, sarcastic, playboy, funny and happy.. itu yang sesuai.

" 2.30. "  tegur Apek itu . Aku hulurkan wang yang dipinta untuk harga sebotol air pepsi, kemudian menuju ke lelaki ini.

Dia berpura-pura senyum tatkala aku mendekatinya. Air pepsi yang dihulur, disambutnya lembut.

" Hey awak. date dengan saya hari ni."



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 25 April 2011

KL LOVE STORY 43





Aku membelek nombor telefon yang Farish bagi dulu. Kertas yang tertera nombornya itu, aku belek. Walaupun dah ronyok dan hampir terkoyak, dah lamekan... selamat nombornya masih lagi jelas untuk dibaca.  Aku pun hampir-hampir terlupa kewujudan nombor ini.

“ Saya hanya percaya pada Kak Amyra sahaja.  ”

Terngiang-ngiang suara si kecil Danish dalam fikiranku.

Aku belek sampul bewarna hijau tua yang tidak tertulis apa-apa. Sampul misteri yang aku tidak tahu kandungannya memcetuskan rasa ingin tahu dan curiga yang melampau. Aku confius. Apa benda nih? Aku mengingati kembali perbualan aku dan Danish.

“ Akak jangan buka tau! Bagi jer Abang Danny. Dia tahu.." pesan Danish .

Aku telan air liur. Lagi dilarang, lagi gatal lah tangan aku ni nak buka sampul ini. Surat ke? Surat ape yer agaknya?

Dia terus memegang kedua tanganku. Ditatapnya diriku dengan biji mata yang dibulatkan dan wajah yang mengharap.

“ Saya hanya percaya pada Kak Amyra sahaja.  ” dia mengulangi kata-katanya.

" Terima kasih akak! Nanti kita jumpa lagi. Bye!" 

Dia mencium pipi ku. Sambil tersengih, dia berlari meninggalkan aku, masuk ke sebuah kereta Mazda putih yang sudah menunggunya dari tadi.

Kemudian , 10 minit atau mungkin setengah jam;  aku pula  hanya tergamam duduk di bangku ini tidak bergerak-gerak. Confius. Dah ler si kecik nih tak beritahu apa-apa, muncul dan pergi sesuka hatinya sahaja. Apa dia ingat aku nih senang kena buli ke?
 
“ Saya hanya percaya pada Kak Amyra sahaja.  ”
Uish ternginga-ngiang lagi suara si genit nakal Danish ni. Why!! Why!! Haish!!

Kata-katanya dan kepercayaannya itu buatkan aku serba -salah untuk tidak menolak permintaan budak kecik ni. Walaupun aku tidak berpuas hati,  kenapa pula mesti aku yang berkmounikasi dengan Danny tentang hal ini? Kenapa Danish tidak buat sendiri? Kenapa tak suruh Farish jer buat?!!

Namun,  paling aku takut sekiranya ini salah satu trick Danny? Agaknya si kecil ni berpakat dengan abang kesayangan dia tak? ??


Pepehal pun , aku takkan sekali-kali contact danny !!. Never!! No way!! Biar aku serahkan pada yang lebih sesuai untuk tanggungjawab ini. Seseorang yang lebih mengenali Danny.  Seseorang yang Danny take serious dan tidak memperbodohkan. Aku takkan terkena lagi.Lagi jauh aku dari buaya ni, lagi selamat.!

Aku dail no telefon Farish dengan telefon bimbit nokia3360 yang aku bell dari Lowyat minggu lepas. Hanya handphone ini sahaja yang mampu aku miliki disebabkan Danny yang mencampak handphone aku dulu.huhu.. nak kena kumpul duit 6 bulan lagi... huhuhu

Tut... tut.. tut...

Tut...tut.. tut..

Lama pula dia nak angkat. Kalau ada caller ringtone sedap gak. Ni lagu.. tut..tut.. jer.. bak kata Syu.

Agaknya apa yang dibuat nya?

Eh, macamana kalau dia berada bersama Danny?!! Macam mana kalau Danny yang angkat? Eissh... takkan lah kan?!!

‘Hello”
Aku baru sahaja hendak mematikan panggilanbila telefon yang bordering itu secara mengejut diangkat.Noo!!

"Hello?"

“ Err.. Hello. Hai Farish, ni Amyra.” kataku memperkenalkan  diri dengan nada suara yang dicontrol-control nervous.Nape pula aku nak nervous nih.. adakah sebab suaranya yang macho dan sweet dalam telefon tu buatkan aku gementar?


“ Awak busy tak? Boleh jumpa saya kat taman dekat cafe awak tu tak ? Saya ade benda nak mintak tolong awak.”

'Uh..huh.." 

previous

next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 11 April 2011

KL LOVE STORY 42



Emptiness is when.... . 

Di tanganku kini terbukanya sebuah buku favourite aku Joe Grishan- "A time to kill' dan dari tadi ia langsung tidak terselak.Maintain di m/surat 3 dan aku hanya menatap buku ini seakan bodoh.
Kosong..

Itu yang aku rasakan. Kosong dan tidak bersemangat. Disebabkan Danny kah aku jadi begini? Atau adakah disebabkan aku yang tidak mengerti kenapa aku jadi begini?


Hari ini sudah masuk dua minggu aku tidak pergi ke kelas Farish. Bila sahaja Aniza mengajakku, aku yang selama ini tidak pandai menipu,  kan berikan jawapan yang pelbagai untuk mengelakkan diri. Buat masa ini, aku rasa better aku  menjauhi apa-apa yang berkaitan dengan Danny. Aku kena tahu apa yang aku hendakkan dalam hidup aku.Si Danny itu hanya mempermainkan aku, dan aku sudah letih dipermainkan dia. Aku bukan perempuan yang mudah diperbodoh-bodohkan! Apa maksudnya jawapan dia tempoh hari tu?

“ Akak tahu membaca ker? Atau tidak tahu?” tegur satu suara halus.

“ Orang yang terlalu banyak menung tidak akan menjadi dewasa yang sempurna. Otak diciptakan tuhan untuk berfikir bukan untuk termenung, bak.kata cikgu Fariza.. " Dedaun kering jatuh menimpa kepalanya dan tangan halusnya mengusap jatuh daun itu. Serentak dia mengoyang-goyangkan kakinya yang terjulur tidak mencecah tanah itu.

" Kita bertemu kembali, Kak Amyra.. " katanya sambil tersenyum comel.

" Danish?? Danish buat apa kat sini?"

Agak terkejut aku bila bertemu kembali dengan si kecil ini, lebih-lebih lagi bila aku tidak menyedari yang dia sedang duduk di sisiku.

" Saya rindukan akak.. "

Aku senyum. Comelnya....

Namun, senyumanku hilang sebaik sahaja dia tiba-tiba merampas buku novelku.

" Ceh.. saya tipu jer. Akak ni senang kena tipu lah. Tu 'ayat' jer.. booooooooo...saaaaaaaaaaan"

Dia terus berlari ke arah tasik taman ini.

' Danny!"Panggilku seraya mengejar langkah si kecil ini. Risau aku melihat dia berlari laju macam tu, takut-takut sekiranya dia terhumban ke dalam tasik, aku dahlah tidak tahu berenang, camne aku nak selamatkan dia. Nakalnya budak ni!

Dia berhenti di tebing tasik dan dengan sengihan  yang nakal dia mengacah untuk membuang buku aku tu ke dalam tasik. Huhuhu.. budak kecik buli aku.. Tapi aku tak kisah sangat pasal buku itu, aku lebih risaukan bila dia berdiri betul-betul di tebing dan kakinya lagi setapak jer boleh menyebabkan dia jatuh. Kecut perut aku kalau dia terjatuh.

“ Danish........jangan! Bahaya tu! .” rayuku dan dalam otak aku terfikir kenapalah budak ni nakal sangat? Dia tak takut ngan aku ke? Aku orang dewasa tau. Babab baru taw..


“ Jangan? Bahaya? Don't worry saya reti berenang. Akak mesti tak reti kan?" uiii.. ada nada-nada sindiran nampaknya..

Dia sengih.

“Memandangkan saya lebih matang dan muka akak macam nak menangis, saya pulangkan.”

Dia beredar jauh dari tebing tasik dan mendekati aku. Buku novel dihulurnya padaku.

" Jangan buat macam tu lagi. Bahaya tau.." kataku lalu memeluknya erat. Degupan jantung aku yang nervous terus lega bila merasakan tubuh kecilnya itu selamat dalam dakapanku. Dia pula hanya tergamam dan kaku dengan reaksi aku itu.

Tubuhnya ku lepaskan dan ku lihat wajahnya kemerahan menahan malu. Mungkin, tindakan aku melampau sangat? Selamba jer peluk anak orang... aku ni pun satu tak dapat kawal perasaan .. Danish ni bukan cam budak-budak biasa.Mesti dia malu dilayan macam budak kecil.

" Saya cuma nak bagi akak tak fikir yang bukan-bukan sebab akak nampak sedih jer dari tadi..." jelasnya sambil matanya memandang ke tempat lain, masih malu memandangku agaknya.

Aku tersenyum. Oo... itu kah sebabnya dia nakal sangat?

Cepat-cepat aku seluk poket kiri seluar jeans aku ini, jika tidak silap aku ada coklat cadbury yang aku simpan buat makan bila boring nanti. memang habit aku mengunyah coklat semasa membaca buku, cuma kali ni aku hampir terlupa tentangnya sebab jauh melamun.

" Nah. Terima kasih sebab buat akak gembira .." 

'Matanya bulat memandang coklat cadbury di tanganku itu.

“ Adakah disebabkan saya seorang kanak-kanak, orang dewasa seperti akak menyangka yang kami sukakan benda-benda manis macam ni? Punca kerosakan  gigi kanak-kanak datangnya dari benda manis seperti gula-gula, air gas , askrim dan cokelat dan sebagai  orang dewasa, tanpa sedikit rasa tanggungjawab, akak sebagai orang dewasa tanpa segan silu telah menjadi penyumbang kepada kerosakan gigi kanak-kanak?? Akak betulkah orang dewasa? “ 

 Err...errr...

Oh tidak! dah mula dah kelancangan mulut si kecil ni. Serba salah pula aku bila fikir balik kata-katanya, mungkin keluarga Danish ni strict bab-bab coklat ni. Coklat kan merosakkan gigi, nanti tak comel pula pewaris kenit ni.

Dan baru sahaja aku ingin menyimpan balik coklat itu, dia menyambung kata-katanya.

“ Tapi, sebagai seorang yang bersopan dan beradab, saya terima pemberian akak. “ Pantas, dia mengambil coklat itu dan dengan control-control dia membuka plastic bungkusan coklat dan menyumbatnya ke dalam mulutnya yang kecil tapi petah itu. 

Dia senyum. Sedapler tu... budak kecik budak kecik juga... 

“ Terima kasih.” ucapnya perlahan. Aku mengangguk. 

Walaupun dia ni petah a.ka laser bercakap dan perangainya ego namun melihat dia enjoy menikmati gula-gula , sambil duduk di sisi aku, dengan kaki yang terjulur tidak mencecah lantai, dan senyuman yang tak lekang di bibir, aku tahu dia cuma budak kecik seperti yang lain.

Sweet and Sour at the same time... tu yang aku rasakan bila berborak dengan si kecil ini. Iras betul dia dengan dann....

Aku geleng-geleng kepala, asyik terfikir pasal si buaya tu jer! haishh.... aku baru jer nak lupakan dia, dan semua yang berkaitan dengan dia.. namun si Danish yang mirip perangainya seperti Danny muncul pula.

Tidak bolehkah aku nak larikan diri dari Danny??!!! Why god! why... monolog aku sendirian. 


Danish tiba-tiba memegang tanganku, memandangku dengan matanya yang jernih itu.

"  Akak, pulangkan abang Danny saya."




                                                                                                 next



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 31 Mac 2011

KL LOVE STORY 41


“ Mak camne nak tahu kalau kita suka kat orang??..”

Di gagang telefon, berderai tawa mak aku. Adeh... baru nak mintak consultation skit dah kene gelak.

Sebenarnya pun, aku  tak nak bercerita tentang hal jiwang-jiwang karat dengan mak aku. Rasanya hal-hal peribadi yang melibatkan hati dan perasaan ini adalah sesuatu yang kekok  untuk dibincangkan dengan ahli keluarga, lainlah sekiranya aku ni anak mak ke pe.. tapi aku bukan yer..aku bukan jenis anak perempuan yang semuanya hendak diadukan pada family, aku dah besar dan aku tahu handle hal sendiri, terutama sekiranya melibatkan hal peribadi seperti ini. 

Cuma.....Syu sejak dua menjak ni, asyik tiada di rumah. Kalau adapun dia hanya terperuk berkunci di bilik. 
Sesekali aku terserempak dengannya di dapur atau ruang tamu, namun kami hanya berbalas senyum tanpa bicara.

Ya, tanpa sedar, hubungan aku dan dia menjadi dingin tanpa sebab.Mungkinkah di sebabkan aku terlalu involve dalam kehidupan Danny dan Farish hingga semakin jauh dari dunia aku sendiri??

Takpelah, hujung minggu ni aku akan paksa rela juga Syu bercerita atau berborak dengan aku. Tak kira!
Ok.. tu cerita lain. 

Tawa panjang mak aku akhirnya berakhir. . 

“ Suka dengan cinta tu lain.Nak tanya tentang cinta ke tentang suka?” wah, serius pula bunyinya.
“ Mana-mana jer lah..”
“ Ada kaitan dengan Danny ke?’

Strike!!! Tepat dan jitu!

" Takdelah." nafiku secepat yang mungkin cuba menyembunyikannya.

Suka itu bila kita rasa selesa dengannya, tertarik dengannya. Saat bertentang mata, terasa getar di hati...dan dalam diam kan mencuri pandang pada senyumannya,lirikan matanya, gerak gerinya. "

“ Tapi cinta itu,di antara garis benci dan sayang. Pabila dekat dengannya nafaskan terhenti. Semua deria rasa kita takkan berfungsi normal, mata kita kan terasa sekeliling berpusing-pusing, kaki kan terasa di awang-awangan, telinga kita hanya mendengar suaranya, dan suara kita kan terkunci dan hanya mampu...
“tersedu..’
Ha!!.............

Tersedu? ??

“ Mak ni bergurau yer.??”

“ Betul. Bila kamu sangat-sangat cintakan seseorang, kamu akan tersedu.. “

Aku akhiri perbualan kami tu selepas kredit aku abis. . Yerlah tu.. sedu? Huh.. mengarut. Mak aku ni pastinya nak berlawak dengan aku.  Melalutlah.Maka konklusinya, aku tidak dapat apa-apa input baru dari mak aku. Better aku tanya Syu...


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 29 Mac 2011

KL LOVE STORY 40


Walau sekalipun tidak  bolehkah awak mempercayai saya?

" Upacara minum teh jepun, juga dikenali sebagai the way of tea adalah budaya Jepun yang aktivitinya melibatkan persiapan dan penyajian Matcha, iaitu powdered green tea. In japanese, ia disebut chanoyu  or chadō"

" Cara yang dilakukan, atau seni prestasinya, disebut Otemae . .... "


Kenapalah aku tidak percayakan Danny? Apa masalah aku??

“ Amyra........."

                               “ Amyra!!.”

Terkial-kial fikiran aku yang jauh melamun kembali  ke dalam dunia realiti ini.  Di depan ku, Farish rupanya telah memerhatikan aku yang telah hanyut dalam khayalan. Aku pula, yang masih terkejut  dan kekok dengan situasi ini,  tidak mampu bersuara apa-apa, hanya mampu menunduk dan kelakuan aku mendorong beberapa teman sekelasku saling berbisikan.

" Maaf....... saya tidak berikan perhatian tadi.. " kataku serba salah.

" Tidak mengapa. Ini bukannya kelas untuk exam..  ni just for fun ...don't mind.." balas Farish lembut, dan senyumannya yang manis itu aku tatap dengan satu perasaan lega.  Yang berbisik-bisik tadi sudahpun hentikan bisikan mereka dan mereka mendekati Farish.

"Cikgu..cikgu... saya tau gaya chabako temae..cikgu tengok betul ke tidak.." Gadis yang berusia dalam 19 tahun itu mendekati Farish, memegang tangan Farish dan seperti anak kecil menariknya ke arah kumpulan mereka yang  terdiri dari budak-budak lepasan spm tu. Dari mataku, aku tahu minat mereka bukannya pada kelas ini, tapi lebih pada Farish. Yerlahkan cikgu hensem...

Farish seperti biasa,  hanya mengikuti sahaja kehendak mereka.

Tea and cake course class. 

Haha, tak aku sangka Farish rupanya adalah cikgu di kelas ini. Kelas ini adalah suggestion dari teman-teman sekerja aku yang mengajak aku masuk ke kelas ini. Diadakan setiap hari sabtu dan ahad, rakan sekerja aku mengatakan yang kelas ini, baguslah... sesuai untuk perempuan-perempuan yang ingin belajar buat kek, .. dan yang pastinya ...

" Betulkan aku cakap?. cikgu dia henseeeeeeeeemmmmm sangat... " kata Aniza sambil menyiku ku lembut. Bibirnya tidak lekang-lekang dengan senyuman dan matanya bersinar-sinar mendengar penerangan Farish. 

Aku mengiyakan sahaja sambil mataku memerhatikan Farish dari jauh. Ya, sememangnya dari jauh dia kelihatan betul-betul  segak dan kacak  dengan baju jersey v-neck warna peach lembut yang mengikut bentuk tubuhnya itu. Kalau aku tidak kenali siapa diri Farish yang sebenar, aku pun pasti rasa apa yang Aniza rasakan..

" Upacara teh ini walaupun kelihatan remeh tetapi ia memerlukan ketelitian dan kesopanan bla..bla..bla..... "

Kini aku berikan perhatian sepenuhnya pada bicara Farish. Ya.. buat apa nak fikir bukan-bukan!

“ Awak fikirkan Danny ke?’tegur Farish sebaik sahaja kelas berakhir.

" Ha?buat apa nak fikirkan buaya macam ...." kataku terbantut bila Aniza mendekatiku. Melihat dia yang kelihatan teruja bila Farish  berborak dengan ku.. buatkan aku rasa serba salah sekiranya tidak memperkenalkannya pada Farish.

 " You kenal Myra kita ni ke?" tanya Aniza, suaranya dicontrol ayu.. adeh, dah macam jumpa artis pula.Setahu aku, di ofis dialah paling lantang suaranya.

" Amyra tak beritahu yang kami ni berkenalan ke? Mungkin Amyra tak suka saya?Sedihnya. " Farish mengusik ku.

" Sorry.. okey.. Bukan pe.. si Aniza ni peminat awak..Auchh!!! "  aku mengusap lengan ku yang merah dicubit Aniza. Farish ketawa dan aku lihat Aniza hampir jer nak jatuh pengsan hahaha,,,  Yer, aku tak tahulah kalau dia nampak Danny camne pula reaksinya.

“ Aniza, boleh tak saya pinjam Myra you sekejap..  "

"Boleeeeeeeeeeh... " jawab Aniza panjang.

" Lucky you.." bisiknya sebelum beredar. 
“ Pergilah jumpa dia.” kata Farish sebaik sahaja Aniza hilang dari pandangan kami berdua. Dia masih lagi ingin berbincang isu yang tak penting ni!

" Sebulan Farish. Dah sebulan lebih... buat apa saya nak jumpa dia.. siapa dia bagi saya?" kataku sambil menyumbat apron ke dalam beg.

" And plus he looks soooooo happy. Saya baca dalam magazine ari tuh.. dia kat london kan sekarang?"

 “ Lagipun bukan salah saya kalau saya tidak percayakan dia. Sesiapapun akan percaya yang Danny  tu berniat jahat terhadap perempuan. Tengoklah dia tu.. perangai dia.. suka berfoya-foya, terang-terang tertulis buaya kat muka dia tu. Buaya darat... “ balasku sambil aku mengingati gambar-gambar Danny dengan awek-awek mat salleh di London dalam majalah overseas yang Syu bawa balik. Uiii,... bukan main gembira!

Syu pun cakap masa terserempak Danny di London, Danny langsung tidak bertanyakan tentang aku. Seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam kehidupannya.

Jadi sekiranya dia dah move on, aku pun perlu mulakan kehidupan aku juga. Dan langkah pertama adalah melupakan dia. Melupakan semuanya tentang dia.. 


Lelaki seperti dia hanya pandai bermain dengan kata-kata jer.. berikan kebahagian konon..!!! Dia tak pernah maksudkan semua itu! Geramnya aku bila dia selamba jer bohong family aku. Dan paling bodohnya adalah aku yang hampir percaya pada kata-kata itu.

Aku memandang Farish yang masih mendiamkan diri , setia mendengar aku mengutuk Danny.

“ Awak tu.. baik awak cari orang lain..  You deserve better... "  Wa.. lebih-lebih pula aku nih. 

" Deserve what?!"

Suara itu! Aku kenal suara itu!

Cepat-cepat aku toleh ke belakang. 

Sangkaan aku betul-betul tepat bila mana Danny- lelaki yang berkemeja kemas mendekati Farish dan aku. Matanya merenung ku tajam, terasa tajam menusuk ke lubuk hati aku. Dammit!

" I just back from London and... ...looking for you..."  kata Danny mengalihkan pandangannya pada Farish.

" Welcome home.." balas Farish. Aku senyap-senyap beredar dari situasi kekok ini. Bak kata Syu, Danny tidak inginkan aku dalam hidupnya dan aku terima seadanya.

“ Aik nak balik dah..?” 
Langkahku terbantut. Aku ke??
                       
“ Cik Amyra nampak bersemangat hari ni...” tegurnya lagi. Ya, itu aku. Amyra tu aku...ingat lagi rupanya dia namaku.

Namun, nada suaranya  dingin, keras dan sinis.

“ Wow.. laju jer cik Amyra ini nak pergi. Takut ke? Yerlahkan......... saya kan nak buat something bad kat dia sebab tu dia nak balik awal.  Pervert... gila seks... Buaya...saya lah tu.. si Danny. Awak takut ke?CIK A.....MY.....RA.."

Aku diam.

" Well, saya ni tak boleh dipercayai. MERBAHAYA. patut kene penjara jer.. Awak tak nak buat police report ke? Tangkap orang macam saya ni?.or... apa kata awak buat poster letak kat sekitar kawasan ini so semua orang tau.. saya ni buaya... ."

Aku terus keluar. Geramnya Danny ni! Balik-balik nak sakitkan hati aku!

Aku lajukan lagi langkah kaki ini, kalaulah tidak pakai kasut bertumit tinggi, ingin sahaja aku berlari pecut sehingga ke rumah.

Rasanya dari awal perkenalan aku dan Danny, pertemuan kami selalu berakhir dengan cara ini- Akusentiasa berlari jauh dari nya.  Masa di rumah Farish, di club... Kenapa ia selalu berakhir begini!? Kenapa dia sentiasa buat aku begini?

" Apa yang awak nak dari saya!!"  

Aku menghentikan langkahku, bertanya pada dia yang mengekori ku dari tadi. Dia yang menjadi sumber kepada kekeliruan dalam hidup aku ini.Dia yang ...

Terus Danny memegang tanganku, menarik ku rapat padanya.  Mata kami bertentang dan aku dapat dengar nafasnya, debaran di hatinya...dan bisikan dari bibirnya..

“ Awak ..."

Dia berpaling, terus meninggalkan diriku...

Dan getaran di hatiku  yang selama sebulan ini membisukan diri, berdetak kembali...........

Mengapa aku sentiasa tertarik pada lelaki ini?


previous
                                                                                                 next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Ahad, 6 Mac 2011

KL LOVE STORY 39



Danny menuam kepalanya yang masih tinggal sisa baki sakit akibat dihentak oleh lampu meja dengan ais ketul yang dibaluti dengan kain. Matanya tidak kedip-kedip merenung aku, tajam dan penuh dengan rasa marah kat aku sambil bibir digigitnya. Adeh.. rasa-rasanya dia jenis pukul perempuan tak? hehe...okey, Amyra, ini bukannya masa untuk bergelak tawa!

Aku alihkan pandanganku dari menatap wajah singa Danny, ke Farish yang sedang tersengih. Dia Masih kelakar mengingati hal antara aku dan Danny.Patutnya tiada apa yang kelakar tentang itu.!huh!

Farish hulurkan air teh  jasmine padaku. Rasa panasnya membuatkan aroma bau teh ini menyegarkan. 

“ Sorry..” kataku perlahan pada Danny.
“Ha, apanye tak dengar? APANye??!!” ulang Danny dengan nada tidak berpuas hati. Aku terkejut. Tinggi betul suara Danny!

“ Sudah-sudah lah tu... “  bebel Nek Kesum. Dia mengetuk kepala Danny lembut.
“ Adui... Sakit ar nek..”
“ Dah kamu tu mengada-ngada..Bukan salah Amyra pun. Kamu tu yang masuk dengan pakai tak senonoh begitu..”
“Nek, standard la. Saya selalu je pakai camnie ngan Farish pe...Relaks jer, siap ti... ”
“ Ha, menjawab..menjawab." potong Nek Kesum. Dia membuat gaya ingin memulas telinga Danny dan terus mamat buaya ni membisu. Ha, takut dia! 

“ Awak dah ok? Rasa pening-pening lagi ke?” seperti biasa Farish yang baik hati menyuarakan kebimbangannya.

“ Farish!!, aku ni yang patut ko tanyakan. Ni dah nak pecah kepala hotak aku dihentaknya minah pendek nih. Adeh...adeh...”

Ngada-ngada betul Danny ni. Aku membisu jer walaupun tak salahnya dia bermanja dengan Farish, kan diorang memang satu pasangan, tu yang aku fikirkan secara logik untuk menghilangkan rasa cemburu aku yang tidak bersebab ni.

“Nek, saya balik dulu yer. Terima kasih banyak-banyak” pantas aku meminta diri.
“Eh.. !!" kedengaran suara Farish macam terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan aku yang terburu-buru hendak balik. 

“ Sarapan lah dulu. Penat Farish sediakan.” tahan Mek Kesum. 

Hidangan  nasi goreng, omelette dan cucur pisang yang terhidang di meja makan betul-betul mengiurkan. Siap ada kek coklat lagi. Aku telan air liur yang hampir meleleh.

Baik hati betul Farish ni. Aku pun tidak termampu untuk menyediakan makananan lazat seperti ini di pagi hari. Untuk siapkan semua ini mesti mengambil masa beberapa jam dan memerlukan ketekunan dan ketelitian yang extra. Alangkah bagusnya kalau akupun secekap Farish di dalam bab-bab kewanitaan ini-, iaitu masak. 
“ Amyra, makanlah dulu. Nanti saya hantarkan awak pulang.” giliran Farish pula memujuk.

Aku memandang Farish, Mek Kesum dan beralih pada Danny. Dunia mereka. Melihat kesempurnaan hidup mereka, Farish dan Danny yang punya satu sama lain? Dan hal semalam... Apakah aku dalam dunia mereka ini?

"Takpelah. Saya boleh balik sendiri. Rumah sayapun kat tingkat bawah jer..tak payah nak hantar."pelawaan Farish aku tolak dengan sopan walaupun aku rasa perut aku berkeroncong ala-ala irama gurindam melayu lama. Seakan mengetahui takat kelaparan aku itu, Nek Kesum terus menarik aku supaya duduk di meja makan, makan juga!! arahnya degil.
Dan pabila duduk mengadap Danny, automatik aku tidak dapat melarikan pandanganku dari menatapnya. Namun dia....  sebaik sahaja matanya bertemu mataku, dia terus memandang ke tempat lain, seolah-olah.. tidak mahu memandangku. Kenapa??!!

 " Walau sekalipun, tidak bolehkah awak mempercayai saya?" 
Ais batu yang dituamnya dari tadi diletakkan di atas meja. 

“ Farish, aku dah hilang selera. Bawa makanan ke bilik dan temaniku.” 

Dia bangun dari duduknya terus membelakangiku, menuju ke kamar tidur.  

Aku pegang dada yang tiba-tiba terasa perit. Apakah perasaan ini?

Farish yang kelihatan serba-salah, mengekori langkah Danny. Dan Danny....??

Sedikitpun tidak memandangku. Dan bila dia hilang dari pandanganku, aku terasa kosong.

Kenapa??
Kenapa dia hanya menunduk, tidak langsung memandangku.. Kenapa dia melarikan pandangannya dariku? Kenapa wajahnya tampak hambar dan hampa.Kenapa matanya kelihatan penuh kekecewaan dan kepiluan..  
kenapa awak tak nak pandang saya??!!!

Tanpa tertahan lagi, aku tekup mulutku menahan sebak... dan kaki ini laju berlari keluar dari sini.

Saat ini aku terasa diri ini sedang jatuh yang tidak berpenghujung dan bila air mata ini ingin mengalir, aku tidak mengerti.. aku tidak mengerti kenapa aku rasa seperti ini!!

' Air mata jangan mengalir..."

Aku peduli apa kalau dia benci aku pun?! Sepatutnya aku yang benci dan marah kat Danny. Dahlah semalam dia tinggalkan aku seorang diri di club, pastu sebab aku hentak kepala dia pun dia nak mengamuk macam tu sekali. Macam budak-budak! Ye! Budak-budak!! Mengada-ngada!


' Air mata, tolong jangan menangis...'.  

“ Amyra..” aku toleh pada suara yang memanggilku. 

Rupanya mek Kesum. Walau di usia yang lanjut dia berupaya megagahkan diri mengejar langkahku yang aku rasa sudah superspeed tadi.

" Kenapa Nek?”

Jemari yang jelas kedutnya itu tiba-tiba mengusap pipi ku yang rupanya sudah basah dengan air mata.. Bila masa aku..? 

“ Nek nak temankan kamu balik ke rumah.” katanya sambil tersenyum.
‘errr... ” Aku serba salah namun aku tahu Nek Kesum akan berdegil untuk membuat apa yang difikirnya.

Perlahan-lahan aku memimpin Nek kesum yang bongkok berjalan menuju ke lif. Walau hakikatnya aku hanya ingin turun tangga sahaja untuk legakan fikiran aku tetapi rasanya tidak sesuai kalau Nek Kesum yang sudah berusia 60an itu menyusahkan diri menuruni anak tangga, menemaniku.

“ Danny tu walaupun bukan cucu nenek, tapi nenek dah anggap macam cucu sendiri. “ tetiba Nek Kesum bercerita.

Ye, aku tahu. Dia dahpun bercerita yang dialah yang menukar pakaian aku semasa aku yang pengsan dibawa pulang oleh Danny dan Farish. Ada kaitan dengan pil khayal yang aku terminum mungkin semasa di club. Ni mesti si bartender tu!! Cis..

 So semua yang berlaku adalah satu salah faham. Teruknya, aku boleh salah faham yang Danny berniat jahat kat aku. Mungkin sebab itu dia benci aku?? Teruk sangat ke?? 
“Danny tak macam Farish. Dia tak reti nak luahkan perasaannya sendiri. Macam budak, kita kena baca reaksinya. Kalau gembira dia akan ketawa, kalau sedih dia akan menangis.. Mereka berdua, bukannya mudah untuk dekat dengan orang lain, terutama Danny. Tapi kamu Amyra..nenek nampak kamu lebih istimewa..  ”
“ Saya tak rasa macam tu... Danny tu.. ...”

'Shh..  kamu kena belajar diam, dengar hati kamu berbisik dan mungkin kamu akan jumpa jawapan untuk air mata itu ."  potong Nek Kesum. Dia senyum dan menyentuh pipiku yang tadi basah dengan air mata.

Aku hanya mendiamkan diri.

Malam itu, aku asyik memikirkan kata-kata Danny itu..

 " Walau sekalipun, tidak bolehkah awak mempercayai saya?" 
  
previous              
                                                                              next



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Sabtu, 5 Mac 2011

KL LOVE STORY 38


“Mana dia?”  tanya Danny sebaik sahaja dia masuk ke rumah. Matanya melilau mencari tuan empunya badan tapi belum sempat dia bertindak apa-apa, Farish terus merentap kasar kolar baju Danny,menariknya ke tepi.

“Apsal ko buat macam tu kat dia!?”

Mereka berbalas pandangan.


“Apsal kau nak peduli? Selama ni kau tak pernah peduli pun..”sindir Danny.

Kolar baju Danny dilepasnya perlahan. Dan seperti tidak tergugat dengan kemarahan Farish tadi, Danny mengemaskan kedutan bajunya,tenang.
“ Kau cemburu?” 


Soalan Danny itu tidak dijawabnya.Wajahnya merah menahan marah. Marah sungguh dia pada Danny.

Danny memerhatikan sahaja tindakan Farish yang membisu, diam di sofa. Temannya ini hanya mendiamkan diri, semuanya ditelannya sendirian, dipendam di hati. Apa yang dia mahu sekarang adalah kebenaran! Dia mahukan jawapan itu.Susah sangat ker??


Sejak hari pertama dia bertemu Amyra, dia tahu.. Farish cemburu. Dia cuma ingin Farish mengaku.

“ Bila kau nak hentikan game ni?”
“ Hmmmmmm.... takkan.”
“ Danny..!” tinggi suara Farish.

Danny tersengih, sudah menjangka tindakan Farish itu. Oklah, dia bergurau.

Dia mendekati Farish, merenung matanya dalam-dalam- Serius.

“  I never play any game.”

Danny beralih dari Farish dan dengan hati-hati dia mengangkat Amyra yang sedang tidur di sofa, dan terus dibawanya ke kamar -  meninggalkan Farish berseorangan di ruang tamu.

Farish  hanya mampu memerhatikan mereka berdua hilang di balik pintu. Dia menanggalkan cincin silver yang tersarung di jari hantunya. Diletaknya di atas meja dan dipusingnya lembut.  Cincin itu berpusing-pusing laju dan berhenti. 

“ Aku tahu. Tetapi jika aku cemburu, apa yang kau akan buat?”

Zap!!!
Aku terus bangkit..Mimpi??? Serius aku mimpi pasal budak dua ekor tu apehal la pulak.!
Selang beberpa minit baru aku sedar rupanya aku berada di sebuah bilik tidur yang asing. .

Sekeliling aku bewarna putih. Hospital ke?
Bila di belek-belek, ini bukannya hospital. Katil ini queen size lagi, ni bilik sapa nih? Bersih jer. Perabotnya warna putih, terdapat meja kopi kecil dan sofa berjenama  di bilik yang agak besar ini. Hiasan dalamannya dan pemilihan perabot di sini bukannya jenis kegemaran aku. Terlalu mewah. hmm....

Aku turun dari katil membenarkan jemari kaki ini merasai hamparan karpet baldu yang lembut ibarat kapas ini.

Pastinya, ini bukanlah bilik aku. Bilik aku cuma ada katil single yang bercadar pink, almari kayu yang hamper ranap, meja kecil yang dijadikan tempat aku letak alatan solekan dan cermin kecil untuk aku tacap-tacap sikit muka ni.

Berbeza sangat bilik ini dengan bilik aku. Dan ini juga bukan bilik Syu.

Aduh.. Aku urut kepala yang terasa denyut-denyutnya. Rasanya .... kali terakhir memori aku di club tu.. kemudian..

“ Morning princess.”  Aku toleh pada suara itu. 
“ Sakit lagi kepala ke? Kesan ubat tu lambat sikit hilang..” jelas Danny.

Di tangannya tersedia secawan hot chocolate panas untuk aku. Dia meletakkan di atas meja.

Ubat? Ubat apa? 

Aku raba tubuh aku yang rupanya hanya berkemeja putih. Kemeja putih milik seorang lelaki.  Dan lelaki itu ... tak mungkin... Aku raba seluruh badan ku. Serius.. mana pakaian aku semuanya?

Danny mendekatiku ,seakan ingin menyentuhku. Lelaki ini. Lelaki ini yang

lelaki yang cuma berseluar jeans lusuh telah merosakkan aku! Tidak!! 
Yaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

PANG!!

Pantas kepala Danny aku ketuk dengan apa yang termampu  aku capai. –sebuah lampu meja.
Dan dia terus jatuh terbaring –kaku. 

previous
                                                                                                            next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 4 Mac 2011

KL LOVE STORY 37



“Amyra!!!”

Aku kaku dan hanya memandang Farish yang sedang berjalan menuju ke arahku. Bila masa pula dia ada kat sini?

“ Amyra, mana Danny?”  dan kenapalah soalan itu juga yang ditanyanya sebaik sahaja berjaya mendekati ku  yang baru sahaja keluar dari pintu club malam ini dengan niat-  untuk balik ke rumah.

Danny, Haishh..

Mendengar nama mamat tu buatkan aku rasa nak mengamuk sahaja. Segala perbuatannya di dalam tadi terbayang-bayang di mataku dan sekali lagi membuatkan hati aku rasa panas..
 
 " Amyra.. saya tanya mana Danny?" ulang Farish, masih menanti jawapanku.

“ Oh? dia.. . kat dalam la kot.“ kataku terpaksa.Sebolehnya aku taknak fikirkan pasal Danny atau peduli tentang mamat buaya tu. Aku cuma ingin balik rumah. Itu sahaja!

" Awak nak balik ke ni? Danny tahu awak nak balik?"
Encik Farish, boleh tak fahan bahawa saat ini, perkara utama yang aku tidak mahu fikirkan adalah Danny! !

Bibir ku getap menahan geram. Geram dengan perangai Danny ni. Sekurang-kurangnya hantarlah aku balik dulu, ni pergi je dengan perempuan tu! Membaranya hati ini!

Rasanya bila-bila sahaja aku boleh meletus dan sekiranya aku dengar lagi nama Danny, aku sangat pasti,  aku akan mengamuk!!

 " Danny..."

 “Danny! Danny! Danny! Dia ada dengan perempuan mana entah kat dalam tu! Saya taknak ambik peduli ok! Dia nak pergi mana- mana dengan perempuan tu pun saya tak kisah! Nak bawak balik rumah ke, tido ke, hotel ke.. suka hati dia! Saya takde apa-apa dengan si buaya gatal tak guna, jahat, siot.. suka sakit hatikan orang lain, pentingkan diri sendiri, perasan hensem tu! Lantak dialah! Puas hati?Puas! ? ha..!! . “  jerit aku memotong bicara Farish.

Pasangan kekasih  yang baru hendak masuk ke club ini, menoleh pada kami berdua. Ha, fikir aku perempuan gila la ye? Sesapa pun akan gila melayan si Danny ni! Sakit hati! Sakit jiwa!

Tak lama kemudian , aku mula menyedari perbuatan aku yang tidak sopan itu dan  serta merta aku rasa bersalah dan berdosa! Adeh.... Bukannya salah Farish sekiranya Danny buat perangai dengan perempuan lain. Bukannya salah Farish, Danny adalah seorang playboy. Bukannya salah Farish, Danny tinggalkan aku begini. Farish tidak pernahpun menyakitkan hatiku malahan dialah yang sentiasa menjaga perasaan aku. Aku yang bersalah, kerana terlalu emosi.

" Farish.. I'm sor..."
“  Oo...  Dia dengan perempuan lain ..  ” tiba-tiba Farish berbicara. Nada suaranya langsung  tidak terkejut dengan semua ini, malahan dia seakan sudah menjangka perkara ini akan berlaku Dalam masa yang sama, aku lihat kerisauan dari kerutan yang muncul di dahinya. Mungkin memikirkan di mana Danny dan perempuan itu berada sekarang, apa yang mereka lakukan dan lain-lain lagi. Susah juga jadi Farish yer?

Aku memeluk tubuh yang terasa sejuknya. Agaknya sekarang dah pukul berapa ya? Ada lagi ke teksi?Teka-teki ku sendirian.

“ Sebelum beredar dengan perempuan tu, dia ada cakap apa-apa atau pandang awak ker.."tanya Farish tiba-tiba.

“ Huh?”
Mula-mula aku tak faham apa maksud Farish tu, tapi bila difikirkan balik, masa dia beredar dengan perempuan tu tadi, dia ada sengih dan pandang ke arah aku.

Walaupun hanya sekejap, aku dapat rasakan pandangannya seakan menyuruh aku menahan dia dari beredar dengan perempuan tu. Tapi pada masa yang sama,apabila melihat dia yang tersengih itu- sengihan yang selalu dengan niat jahat bila dia ada niat nakal itu, aku abaikan sahaja apa yang aku rasakan tu.. Lagipun perasaan aku ni bukannya boleh percaya. Takkanlah kan?
“ Saya rasa awak perasan kan? He always gives that look.."
“Err.? “ aku tak tahu nak cakap apa.
“ He's teasing you Amyra.. "

" dan awak patut tahan dia tadi...“ nada suara Farish kali berbaur kehampaan. Kenapa? kenapa? Apa salah aku?

Dia mengeleng kepalanya. Dan tanpa lengah lagi, dia terus meninggalkan aku, berlari masuk ke club.  Risau sangat nampaknya! Tapi kenapa??

Salah aku kah??
Bila masa pula aku kene perhatikan body language buaya tu, dah spesis buaya, takkan lah duduk diam je. Mestilah mengekor dan melibas ke sini sana.  Macam club ni, banyaaaaak betul mangsa-mangsanya, mestilah terliur si Danny tu. Lagipun aku bukannya mak dia ker, atau girlfrend ker .. yang boleh mengarah Danny untuk tidak buat apa yang ingin dilakukannya!! Aku tidak ada hak itu.

Salah aku kah??
Danny yang bawa aku ke sini. Untuk apa?! Nak tunjuk kebuayaan dia sangat ke?! Tak payah, aku dah kenal sangat dengan dia. Mulai hari ni aku dah yakin dah terbukti Danny ni main-mainkan aku jer! Mempermainkan aku jer! Memperbodohkan aku.

Salah aku kah??
Yang silap buat tafsiran. Kan dah banyak kali difikirkan, aku dan Danny tak mungkinlah! Kenapa hati ini berdegil yang Danny mungkin menyukai aku?? Kenapalah aku naif kerana mempercayainya. Mempercayai hati aku yang hampir tertipu dan terjatuh cinta padanya.

“ He's teasing you Amyra.. "

Danny, awak memang selalu mempermainkan saya. Saya dah tak larat dah dipermainkan dan dipersendakan hati dan perasaan seperti ini. Saya ...

Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke tepi jalan raya dengan harapan adalah sebuah dua teksi yang lalu nanti.

" Saya benci awak, Danny buaya!!! !" jerit ku sekuat hati.

Namun, walaupun aku menjerit dan membenci Danny, sedaya upayaku. Diperbodohkan begini, hanya tuhan saja tahu betapa aku marah dan benci pada Danny saat ini.. namun..

Di masa yang sama, hatiku terasa sangat sakit, sebak dan ngilu.

......................   dan aku tidak tahu bagaimana hendak hentikan apa yang dirasai ini.....

Benci!! Danny bodoh!!

Aku mengesat mata yang semakin berair.

Seperti mana mereka berdua tinggalkan aku sendirian di sini, seperti itu jugalah duniaku sepatutnya. Dunia yang hanya ada aku sahaja.

Kepalaku tetiba rasa berat.  Bila masa pula bumi ni berpusing-pusing? Kenapa pula tanah ni rasa jauh je dari kaki aku? Aik?...
Pandanganku gelap. Takkanlah...


                                                                                                          next



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Sabtu, 19 Februari 2011

KL LOVE STORY 36


 “Bila kita nak balik ni?” aku mengulangi soalan ini untuk ke entah beribu kali agaknya. Dan seperti biasa, pihak yang ditanya tidak menjawab. 

 Bagaimana aku berada di sini? Huh.. .10 minit!

10 minit sahaja dia a.k.a danny a.k.a buaya Kl ini berjaya buatkan diriku hadir di sini.

Jam 8.30malam dia datang ke rumah, ketuk-ketuk pintu di luar rumah aku macam budak kecil yang datang untuk kutip duit raya. Selagi tidak dibuka, selagi itulah bergegarnya pintu rumah aku.

10 minit sahaja dia berbicara.Aku tidak tahupun 'buaya' ini panjang akalnya.

Xxx---                    XxX---                          XxX---                      XxX-----

“ Saya taknak pergilah. Lagipun saya tak siap lagi. Tak sempat ni." tolakku secara lembut.

“ Sempat punye... Amanda akan tolong awak bersiap.” sebaik habis ayatnya itu, seorang amoi cina yang aku agak dari penampilannya adalah seorang stylist, masuk ke rumahku tanpa dipelawa. Dia melemparkan senyuman padaku dan ditangan kanannya terpegang kemas beberapa beg shopping kompleks berjenama dari butik-butik mahal yang aku selalu pandang je kalau pergi Pavillion tu. Di tangan kirinya pula terdapat sebuah beg alat solek yang selalu synonim dengan jurumekap dan mak andam.

Kekadang naik menyampah aku dengan perangai Danny yang berstatus tinggi ni. Macam nak berlagak je dengan aku. Apa tujuan pun aku tidak tahu. Walaupun zaman sekarang ini, lelaki pakai duit untuk pikat perempuan, dan selalunya berjaya, tetapi aku tak nak jadi perempuan macam tu. Perempuan materialistik bukanlah status aku ok! Aku cuma perempuan biasa yang ingin hidup biasa di kuala lumpur ini.

" Apa lagi? Pergilah siap cepat." arah Danny seperti selalunya.
“ Err... Sebenarnya, saya rasa tak sihat. Pening-pening.” dalihku sambil memicit-micit dahi. Apa motif aku menipu begini? Ini bukannya aku yer. Namun, hal dengan Dehlia Natasya sebelum berjumpa Danny tadi, buat aku rasa hanya ingin berkurung di rumah sahaja.  

Danny memerhatikan aku lama, seakan mengetahui apa yang aku sembunyikan. Dia tahu aku tipu ke? Atau dia tahu pasal kakaknya singgah di sini tadi?

“ Betul ke awak sakit ni? Awak dah makan ubat? Dah jumpa doktor?” Nada suaranya berubah serius, lantas aku larikan pandanganku dari menatapnya.Rasa bersalah menyelubungi segenap tubuhku, jika betul dia risau tentang aku, aku tidak sepatutnya membuat dia begini- itu yang terdetik di fikiranku saat ini. 

Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering dengan nada lagu 'A year without rain- Selena Gomez'. Lagu yang aku gemari sejak dua tiga hari ini. Kebetulan atau ...?
 
“ Yo, Jimmi. Yerp,  I’m not going tonight.”
Rasa bersalah semakin membuak-buak  dalam diri ini. Takkan sebab aku,  Danny tidak pergi pula. Dia dah siap dah,smart dengan jaket hitam dan wangi dengan bau minyak wangi yang aku sangat suka sejak pertemuan di LRT tempoh hari.
“ Eh.. Awak pergilah! Takpe.. pergilah.. “ Aku memintas perbualannya dengan kawannya Jimie tu. Danny mengangkat keningnya memandang aku, pelik. Peliklah kot kerana aku jarang bertindak agresif seperti itu. Selalunya aku hanya berdiam diri sahaja.

“ ha... hmm.. okey..”  katanya pada si pemanggil. Kemudian dia menghulurkan telefon bimbitnya pada aku yang tidak mengerti maksud hulurannya itu.

“ Dia nak cakap dengan awak...” katanya.
“ Hello......”
“ Hai, Amyra right? Please kuar dengan Danny malam ni, dia takkan datang if u tak datang. Please, today is the big day for me. I really hope Danny to be here. He is my partner, satu-satunya yang believe in me. He is important for me, i owe him. Pretty pleaaaaaaaaaaaasssssssssssssssee...........”

XxX-----             XXx--------                              xXx---------------      XXx-------

Okey, flashback cerita berhenti disitu. Kerana itulah sebab aku kini berada di sini.
 Aku teguk minuman di tangan. Kebetulanlah sangat!

Dengan danny- tiada istilah kebetulan kerana  'buaya'ini sentiasa ada perancangannya. 10 minit! 10 minit sahaja dia dapat ubah fikiran aku yang beriya-iya taknak pergi ke pergi. 

"Tiada kebetulan dalam kamus hidup saya. Semuanya will be as i plan.. ." kata Danny sambil jarinya menunjuk-nunjuk kepalanya. Mula-mula aku tak faham kenapa dia cakap begitu sebelum kami melangkah masuk ke club Sky Bar ini tadi. 

Tetapi 10 minit kemudian barulah aku sedar. Dalam kemeriahan muzik yang rancak ini, barulah otak aku dapat berfungsi dengan sempurna. Tiada kebetulan dalam hidup Danny- dia dah rancang semua ni. Semua ni dari A-Z, call tu, lagu tu, jimmie..

" Awak tipu saya! Jimmie tu ..."

Danny sengih. Betul lah tu!

'Okey fine! Yes i tricked you and i am sorry... but.. awak yang trick saya dulu. Pening kepala?Saya dah agak dah tu salah satu alasan awak. Kan senang kalau awak cakap je awak TAKNAK kuar date dengan saya? " 

" Kalau saya cakap camtu awak dengar ke cakap saya?'rungut ku. 

" ha?Apa? tak dengar ler.. apa nye.." usik Danny sambil membuat ala-ala tak dengar. Trick yang selalu dibuatnya bila aku menggunakan perkataan taknak bila disuruh buat sesuatu oleh Danny macam beli air,atau  ambil bajunya di dry cleaning, atau call suruh aku datang ke Mid Valley GSC dalam setengah jam kerana dia sudahpun tempah tiket wayang. Dia- si Danny yang sesuka hati membuat sesuka hatinya tanpa mempedulikan aku.Apakah aku pada dia?

Kuli batak? Tetapi kenapa mesti aku?


"Awak istimewa Amyra, sangat.." 

Kata-kata itulah permulaan kisah aku dan Danny. Permulaan pada degupan di hati ini yang aku tidak mengerti bagaimana hendak hentikannya. Semakin aku ingin jauhkan diri dari dia, semakin kuat tarikan yang membuatkan aku kembali padanya. Kebetulankah? Atau satu lagi perancangan dan permainan Danny?

Thump... thump...
Bencinya bila hati ini berdetak sebegini.  Berada di sisi Danny sentiasa membuat aku rasa begini. Bencinya!

Thump..thump...
Aku alihkan perhatian aku pada muzik rancak yang berkumandang.  Fokus Amyra.. Fokus...
“ Saya ni jenis buaya....”

Berulang kali ak umengingatkan diri ini dengan pengakuan berani Danny itu. Hanya dengan ini sahaja, aku dapat berfikir secara waras. Bak kata orang, ikut hati mati! Hati aku hanya mempermainkan aku sahaja.Sekiranya aku ingin mencapai kehidupan yang tenang dan biasa yang aku impikan, Danny bukanlah termasuk dalam list itu. Danny ni Buaya!! Betul tu.. betul!

Aku cuma ingin mencari jawapan dan kepastian untuk semua ke'gila'an yang wujud dalam hati ini.

“ Okeylah. Saya betul-betul minta maaf. Sebenarnya saya buat semua tu pun sebab.... " 
Aku tidak dengar penghabisan ayatnya. Sebab??

Muzik yang dimainkan DJ semakin rancak dan KUAT. Diorang ni nak bagi gegedang telinga orang pecah ke?!

“ Apanya?' aku meninggikan suara agar Danny tahu yang aku betul-betul tidak dengar apa yang dicakapnya tadi.
 
 “Kita ber............orang ...... su....... t....... macam.........

SERIOUS!! Aku tak dengar.Doaku dalam hati-Tolonglah hentikan muzik nih! Firasatku merasakan Danny sedang bercakap sesuatu yang penting. Sesuatu yang patut aku dengar.

Sebab di depanku kini, dia sedang bercakap tidak henti-henti dengan senyuman yang tidak lekang di bibir-senyuman yang berbeza sekali dengan sengihan 'evil' yang selalu dia buat bila dia nak kenakan aku .

Dan matanya yang memandangku kelihatan bercahaya penuh keikhlasan. Sesekali pandangannya beralih menunduk ke meja dan jemarinya bermain-main dengan gelas yang kosong di depannya, seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan malunya atau perasaan sebenarnya.

Tak mungkinlah! Adakah selama ini Danny yang aku kenali bukan dirinya yang sebenar?

“ Apa yang awak dengar dari Tania tu.. jangan percaya..”

Inikah maksud Farish?

Thump..thump..

Getaran di hati ini berdegup lagi..

Please... please... aku nak dengar apa yang dia cakap nih... 
“ Saya rasa.................................. awak........... saya............ awak...........”

Arghh!!! Apa lah yang Danny cakap ni? Aku tidak dengan muzik yang memekak kuat nih.

Please.. aku perlu tahu apa yang dicakapnya ini.
“........bersama awak..”
Muzik background di tukar ke rentak yang lebih perlahan.


“ Ha??????????”
Aku memandang Danny, mengharap yang dia akan mengulangi apa yang dibicaranya sebentar tadi.
“Apa yang awak cakap tadi tu ye?”
“Awak tak dengar ke ?” 
“Saya tak dengar. Muzik kuat sangat tadi." 
“ Awak rasa apa yang saya cakap? Apa yang awak nak saya cakapkan kalau awak jadi saya?”
Ya- Danny dan soalannya. Sentiasa menjawab pertanyaan aku dengan soalan. Kenapalah dia menghukum aku sebegini rupa? Bagilah soalan yang ada jawapan A,B C ke?

Dan apa yang patut aku cakap? Apa yang patut aku jawab.. Apa yang aku nak dia cakapkan? Apa yang aku rasa dia akan cakapkan?.. apa...

... bersama awak...
Tu mukadimah kata-katanya.. jadi.. mungkin? Bersama aku? Mungkin.....

Thump.. thump...
Aku pegang dada yang terasa getarnya. Takkanlah.. Ini Danny.. Apa yang dibicaranya 100% peratus tidak boleh dipercayai. Setiap bicara manisnya hanya sesuatu yang biasa diluahkannya pada semua gadis-gadis di Kuala lumpur ini. Itu fikirku.Pendapat rasionalku.

Namun, kenapa hati ini ingin menjawab sesuatu yang berbeza dari itu?  Amyra, fikir!
“ Sesuatu yang tak penting"

 Apa yang aku jawab ni? Oh ... kenapalah lain yang ingin dicakapkan lain yang keluar. 
Danny diam. Marahkah dia? Dalam kegelapan club ini aku tidak jelas dengan reaksinya waktu ini. Dia marah ke? Apa yang aku dah buat!!??

 “ Yerlah.. awak kan selalu mainkan saya. Jadi, mesti tadi benda yang bukan-bukan juga yang awak cakap.. Lagipun, muzik kuat sangat, kalau awak nak cakap yang penting-penting patut bawak ler kat tempat yang privasi skit, tempat yang boleh berbual.. . ” bebel aku mempertahankan diri dan menjelaskan keadaan.

Oh tidak!! Mulut senyap! Otak stop!
“ Awak ni kalau bercakap panjang lebar yer, macam mak nenek." 
Itu kutukan ker atau pujian. Dia juga yang sebelum ini suruh aku bercakap, luahkan apa yang difikirkan,. Kan dah terluah tersangat nih.. Nah, terima kau sedas! 

Dia mengalihkan perhatian pada pelayan bar yang sedang leka menyediakan minuman. Ace nama yang tertera di tag bajunya. Kepalanya , bergoyang-goyang mengikut lenggok irama muzik club yang rancak ini dan mulut berkumat-kamit mengunyah sesuatu. Pendapatku, dia ni mesti budak lepasan SPM.
“ Dude... bagi drinks yang top kat sini.”
Danny nampaknya malas nak sambung balik perbualan kami itu walaupun aku berharap setinggi gunung Everest, agar dia ulang balik bicara dia tadi. Mungkin ia berlainan dari apa yang aku fikirkan. 
“ Eva ” – laju je Ace menjawab soalan Danny.

Eva? Wow.. minuman apakah itu? Arak ke?  Bukankah Danny tak minum macam yang diberitahu Tania?. 


“ She's hot and sexy. Body dia tiptop and die pandai menari. Tapi awek tu hot bitch bukan semua laki dia layan.. Check her out there...” Ace menunjuk ke arah pentas tari. Kemudian bila menyedari yang aku berada di sisi Danny, pantas dia memohon maaf.

“Sorry bro. Slalu kalu bro sebut drinks best means awek.. sorry.. sorry...”
Danny ketawa. Lucu ke? Bagi aku tak lucu langsung! Buaya!

“ Aku slalu nampak kau. Kau keje sini pula?”
“ Ah’a bro. ."  Ace memandang aku.  
“ Awek baru lagi bro?”
Buaya!!!!!! Berapa banyak awek dia ada!!

Danny sengih tidak menjawab. Tidak mengiyakan tidak menafikan, seolah-olah aku tidak wujud di situ.
 
 " Drink yang best kat sini...........” 
“ Eva...” potong Danny berminat.

Dan seakan mengerti Ace menunjuk ke arah seorang wanita yang memakai skirt mini dan sexy night top warna biru yang menampakkan bentuk tubuhnya. Tinggi lampai orangnya. Rambutnya ikal beralun lembut, panjang hingga ke bahu. Mengetahui dirinya diperhatikan, dia menoleh pada kami dan melemparkan senyuman pada Danny.

Dengan lenggok  yang mengikut irama muzik background 'Tonight- Enrique Iglesias - dia menari dengan liang liuk badan yang lemah gemelai dan ternyata baju top yang backless di belakang membuatkan dia lebih seksi dan mengoda. 
Dan seperti tarikan  magnetik  yang kuat, Danny bangun dari duduknya menuju ke arahnya, mendekati Eva, membisik sesuatu yang pastinya ayat-ayat 'buaya' nya itu. Eva ketawa dan kemudian mereka berdua berdansa, rapat dan semakin rapat.

Kemudian sekilas aku lihat Danny menoleh padaku, memandangku seolah-olah matanya berbicara sesuatu yang tak mungkin aku fikirkan. Tak mungkin kan?

Dia sengih. Jemarinya menjalar nakal naik ke bahagian belakang Eva yang terdedah dan perlahan-lahan mereka menuju ke destinasi yang hanya dia dan Eva sahaja tahu. 

Ace menghulurkan segelas air coke padaku.  Aku teguk minuman itu. Ia sejuk tetapi tidak dapat meredakan rasa di hatiku sekarang ini. Rasa panas! 

Aku getap bibir.
Geramnya! Geramnya!

" This is the worst date EVER!!"



previous                                                           next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'