Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 30 Ogos 2010

KL LOVE STORY 13


novel online

Mengenali Danny membuatkan aku gila. Status hidup yang normal ini ditunggang langgangkannya. Kehidupan aku sentiasa dihujani dengan kejutan dan usikannya. Danny suka sangat mengusik aku!!

Dan aku sentiasa tidak tahu bagaimana untuk memarahi dia atau sekurang-kurangnya menunjukkan sedikit reaksi tidak suka akan perbuatannya ini.Selalu mengusikku dan menjadikan diri ku bahan usikannya. Seakan anak patung kepunyaan Danny. Aku anak patung Dannykah?

Err…

Aku mengeluh panjang. Apalah blues aku hari ini sudah sampai  ke tahap macam ini sekali! Aku dengan  si buaya itu tiada apa-apa ya!

Sejak tempoh hari, iaitu sejak temujanji pertama kami dan juga sejak perbualan aku dengan Syu ter'kantoi' di depannya, Danny tidak pernah cuba ajak aku date kali kedua , bak kata mat salleh take this to the next level. Dia berlagak seperti hal tempoh hari, date kami itu seakan tidak pernah terjadi.

Sebaliknya, dia cuma…

Sering datang sini.
Setiap hari.

Aku bangun sahaja pagi-pagi, dia ada di meja makan, tersengih menunggu ku bersarapan bersama-sama.

Aku balik kerja, dia mesti tersenyum menunggu aku di lif ke rumah aku.  

Malam pula, dia boleh berkaraoke dengan Syu di rumah ini. Dan si Syu ini pula boleh berikan kebenaran pada mamat buaya ini untuk berulang-alik ke rumah kami ini. Sanubari aku ini sentiasa rasakan si Syu ini bersetongkol dengan Danny ni. Berapalah yang diupahnya si Syu untuk semua ini. Dan si Danny ini tiada kerja lain kali? Hari-hari ada masa ke sini, tidak bosankah?

Namun, walaubagaimana geramnya aku pada si mamat buaya yang kini sudahpun menukar status pada stalker berjaya, setiap hari juga aku sering berharap si Danny ini bersuara untuk ajak aku keluar ke? Date maybe? Dan setiap hari juga, Danny tidak memulakan apa-apa langkah untuk itu.    

" Well, .. I think I like him too… maybe.."

Kata-kata aku tempoh hari itu bukannya dusta. Aku tahu itu. Tetapi kenapa si Danny ini berhenti sampai sini sahaja? Bukankah dia hendak mengorat aku?

Atau adakah si buaya ni sudah bosan dengan tangkapannya ini? Baginya ini semua permainan?

novel online

Arghhhh!!!
Bingung!!

Adakah Danny ini suka bermain teka-teki dan mengusik aku dalam jadual hidupnya. Geram benci keliru!!!

En.Buaya, tolong jangan berteka teki dengan saya, bolehkah?

" iya??!! "  Berderai ketawa Syu di waktu tengah hari begini. Aku mengeluh. Situasi yang biasa, sudah terlalu biasa.

" Amyra!! Amyra!!Sinilah! Danny pandai tilik nasib.. Marilah!" panggil Syu, suaranya begitu gembira. Aku lihat Syu berada di ruang tamu bersama Danny dan telapak tangan kirinya dipegang Danny,ala-ala ditilik walhal aku rasakan Danny hanya mengusap-ngusap tangan lembut Syu itu.

"Lelaki buaya." getusku dalam hati.  
" Awak nak saya tilikkan tapak tangan awak tak?" tanya Danny.

" Takpe. Saya tidak perlukan sesiapa untuk tilik nasib diri saya. My life is on my own hands. "  ha… 'hambik' kau sedas.

Tetapi aku hanya menjawab dalam hati sahaja seperti biasa. Kerana yang keluar dari mulut ini…

" Takpelah. Saya nak keluar sekejap. Ada hal." kataku berdalih.
" Oo.. baiklah. Lagipun tilikan ini hanya berkesan pada perempuan yang bertangan halus dan lembut. "

Err.. menyindir akukah si danny ini? Konon aku tidak layaklah untuk ditilik olehnya.

" Macam you… you taknak jadi model tangan ker? Jari you panjang-panjang, halus… lembut… " Danny meneruskan perbualannya dengan Syu, langsung tidak mengendahkan aku yang menahan geram dengan sindirannya.

Danny ini dengan Danny malam date kami itu.. tidak sama langsung!!

Aku buka pintu untuk keluar dari sini. Rasa nak muntah dan menyakitkan hati kalau Danny ada di sini.

" Myra! Tolong belikan kami air tin pepsi kat vendor machine bawah tu yer. Thanks." Sempat Danny memesan. Ya, aku bukan sahaja anak patung Danny malah lebih dari itu. Aku orang gaji Danny.

Aku juga yakin aku keluar dengan Danny yang lain tempoh hari. Mungkin kembar Danny. Grrr…

Aku keluar dan turun ke tingkat bawah.

" Amyra lah!! Bila masa aku jadi Myra kau.. aaaaa!!!!"

Sambil berjalan aku membebel. Saat ini aku tidak pernah rasa hendak mencekik seseorang kecuali Danny.

Ktang..
Satu tin pepsi keluar dari vendor machine ini. Aku tambahkan lagi duit syiling untuk membeli tin yang kedua pula. 



" Muka masam macam ini tidak sesuai dengan perempuan secantik kamu." tegur seorang lelaki yang aku tidak sedari sejak bila berada di situ, memerhatikan aku.

Aku toleh dan di sisi aku, mamat yang Syu dan aku pernah stalk hari itu. Mamat yang memandang aku sinis di tempat pembuangan sampah tempoh hari. Dia berada di sini dan yang peliknya dia menegur aku.

Lebih pelik, hati aku pula rasa berdebar-debar. Adakah disebabkan kata-katanya atau disebabkan apabila aku dekat dengannya, aku rasa dia melampau-lampau kacak?. Aku hanya mendiamkan diri atau lebih tepat aku tidak tahu hendak membalas apa.

" Err.. teruk sangat ye cara saya meng'ayat'??" katanya sambil mengaru kepalanya. Aku pandang dia yang rasanya sedang men 'kontrol' rasa malunya. Pipinya kemerahan menahan malu. Inilah kali pertama aku jumpa lelaki yang blushing dan  se'cantik' dia.

Rambut hitam yang panjang paras bahu itu aku lihat lurus dan halus, lebih halus dari rambut Syu selepas rebonding. Sangat cantik, lembut dan bersinar-sinar. Dia pakai pantene kot…Tidak terkedip-kedip mataku memandangnya.

" Terkantoi niat jahat saya .." katanya sambil tersengih. Aku tidak faham apa maksudnya itu sehinggalah aku lihat di tangan kanannya terdapat wang kertas seringgit.

" Saya nak beli air tin tapi takde duit syiling. Jadi saya ingat nak pinjam duit awak dan dengan bodohnya saya tegur awak macam tu. Kantoi kan sebab tu awak tak layan saya. Ayat saya tu 'poyo' jer kan? " jelasnya panjang lebar tanpa aku pinta.

Aku ketawa. Dia ni terlalu lurus bendul, dengan rupanya yang tulus suci dan percakapannya yang tidak henti-henti itu, buatkan aku rasa sangat lucu. Wajahnya  yang bersih itu semakin merah padam menahan malu.

Aku ambil air tin pepsi yang pertama tadi dan menyerahkan pada dia.

" Nah. Saya belanja."
" Ah, takpe ke??" tanyanya sambil memandangku was-was. Langsung berbeza dengan tanggapan aku kali pertama aku jumpa dia.
" Takpe.. Lagipun ini sebagai tanda terima kasih awak buat saya ketawa hari ini."

Dia nampaknya menerima penjelasanku dengan senang hati. Air tin pepsi bertukar tangan dan kami berbalas senyum.

" Kan saya dah cakap, muka masam macam tadi tidak sesuai dengan perempuan secantik kamu. Sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak. " katanya ikhlas.

Aku ketawa. Serius, mamat ini tidak pandai mengayat. Ayatnya rasa janggal dan pelik. Dia turut ketawa saat menyedari yang ayatnya itu terlalu kekok diluahkan.

Selepas tawaku berakhir, aku mengesat mataku yang terasa berair dengan kelucuan ini dan secara tiba-tiba juga aku teringat yang Syu dan si buaya itu berdua-duaan di rumah. Bahaya ini. Aku kena balik cepat.

" Okeylah saya nak balik dah ni."
" Ohh.. cepatnya.." tegur Danny yang tiba-tiba mendekati aku. Sejak bila dia berada di situ.??

Danny aku lihat memandang tajam pada kami berdua atau lebih tepat pada mamat yang bersama aku ini. Dan aku lihat si mamat ini pun merenung Danny tajam.

Walaupun mereka tidak bercakap apa-apa namun aku dapat rasakan suasana yang tegang antara mereka dan malangnya aku terperangkap di sini, tidak faham.

" Saya gerak dulu lah yer.. " si mamat tanpa nama ini memandangku sambil tersenyum. Aku tarik nafas lega. Rasanya tiada apa-apa antara mereka, aku sahaja yang fikir bukan-bukan.

Si mamat ini tiba-tiba menunduk dan membisik di telingaku.

" Apa yang saya cakapkan tadi bukan main-main, Amyra.." bisiknya lembut.Kemudian dia terus meninggalkan aku yang terasa berdebar-debar dan terpinga-pinga saat mendengar kata-kata yang dibisiknya itu.

Aku terdiam, hanya memandang dia pergi. Apa maksudnya???

Aku mengalihkan pandanganku pada Danny yang dari tadi hanya memerhatikan mamat itu beredar. Sumpah sesungguhnya, aku tidak pernah lihat Danny kelihatan serius dan garang seperti sekarang.

Dia cemburukah?

previous                                next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'