Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 4 Ogos 2010

KL LOVE STORY 9



Aku perhatikan sahaja Syu yang asyik mundar- mandir di depan aku yang dah naik 'boring' tunggu Syu buat keputusan. Bukan susah sangat pun nak pilih baju asalkan boleh pakai 'ok' ler. Tak faham betul aku dengan minah ni. Sekejap-sekejap panggil aku cuba baju ini, disuruhnya aku posing depan die ala-ala model 'catwalk' dan lepas aku sudah buat apa yang dia suruh, dia suruh tukar baju lain pula.

" Ahh.. tension!!! Okle, aku give up. Kau buatlah pilihan kau sendiri."kata Syu.

Dia mencampak dress biru gelap jenis satin yang merupakan pilihannya yang terakhir setelah lebih kurang 22 helai baju dicubai aku dan satu pun dia tidak berkenan. Terlalu nampak murah ler, terlalu sopan ler, terlalu sophisticated lah. Banyak betul terlalu nya hari ini aku dengar , tetapi yang pasti aku rasa Syu lah yang terlalu over serius pasal benda ini, terlalu nak 'impress' melampau-lampau pada Danny si buaya tu.

Aku mengambil jeans dan tshirt baby tee hush puppy warna pink. Baru sahaja aku mahu tunjukkan pada Syu pilihan aku ini, Syu dah menjerit.

" Nie jer!!!?? Tak setuju!! Ello.. cik Amyra , kamu bukannya hendak pergi makan burger ramly kat bawah ok, kamu nak pergi date."
"date jer.." rungut aku.
" ha.. menjawab. Menjawab! Ikut pilihan aku… amik ni" bebel Syu serupa mak aku kat kampung.

Aku sengih sambil tu membuat riak muka tidak suka dengan pilihan Syu. Baju dress pendek tanpa lengan memang bukan pilihan aku. Nampak terlalu seksi dan di depan buaya tu lagilah mencari maut. Sekiranya Syu paksa juga, mungkin aku boleh cover dengan kot ker? Atau cardigan ker..

Aku bergerak  hendak masuk ke bilik untuk membelek almari aku sekiranya ada kardigan atau jaket yang sesuai dengan dress itu. Serentak itulah pintu rumah diketuk.  Dan dengan tindakan drastiknya, aku berlari dan menyorok di balik pintu bilik air yang mengadap pintu utama.  

" Hai beauty" sapa Danny pada Syu sebaik sahaja pintu dibuka.

Aku lihat Danny menyerahkan satu bungkusan kecil berbalut reben merah dan sebaik sahaja Syu membukanya, minah over excited dan mempunyai suara nyaring berfrekuensi tinggi ini, menjerit kegirangan. Bukan sahaja menjerit kegirangan, namun siap dengan gaya melompat-lompat ala-ala arnab.

" Thanks!!! Camne you tau, I pakai perfume nih!!!??"  Tanya Syu.
" you smell nice" balas Danny mengingatkan.
" Ooo… !!! " Syu teringat hal petang tadi. Begitu juga aku yang terkejut dengan deria bau si mamat ini, hingga boleh tahu jenama perfume Syu. Deria hidungnya yang tajam atau sebab dia ni memang dah terlalu biasa dengan perfume kaum wanita yang terlalu ramai dalam hidupnya?

" Ok. Thanks sangat-sangat, dan  sebagai balas jasa…" Syu mengambil baju dress pilihannya dan tshirt pilihan aku lalu disuanya pada Danny.

" I bagi you pilih pakaian Amyra untuk date dengan you malam ini. Jeng.. jeng…"

Danny mengosok dagunya ala-ala macam susah jer nak buat keputusan ini. Alahai, hal baju jer.

" Sebagai buaya yang berkaliber, I suka baju dress seksi ini."

Aku rasa Danny ini sedar aku sedang mencuri dengar perbualan mereka. Sengaja ditekankan suaranya pada perkataan 'buaya' tu, nak bagi aku dengar. Ya, encik Danny saya dengar dan saya tahu 'kekaliberan' anda itu.

Aku lihat Syu dah tersenyum-senyum. Sukalah tu pilihannya. Oohh tidak.. kalau kedua-keduanya setuju aku takkan pergi date dengan buaya atau mungkin aku boleh beri alasan sakit perut untuk mengelakkan hal ini berlaku. hmm.. 

" Tapi.." kata-kata Danny terhenti sekejap. Dia perasan aku agaknya,  sebab dia berhenti sekejap dan memandang ke arah aku yang sedang terjenguk- jenguk.  

" Tshirt and jeans. " kata Danny membuat keputusan. Dia menunjukkan segugus kunci pada Syu dan aku lihat reaksi mendadak Syu adalah- hampa.

Aku tidak tahu dan ambil peduli kenapa Syu kelihatan bereaksi sebegitu,  sehinggalah aku sudah bersiap dan bergerak ke bawah, bersedia untuk keluar date dengan Danny.

Sebuah motor Honda yang besar bewarna merah.
Ya, Danny membawa motor bukannya kereta.
Motor besar bercc tinggi dan berkuasa kuda berada di depan aku.
Dan aku faham kenapa  Danny pilih jeans dan tshirt.

" hehe… sori kereta takde disebabkan hal-hal teknikal'

Aku rasa tidak perlulah Danny menjelaskan apa-apa. Untuk perempuan yang seumur hidup menaiki public transport, motor pun dah lebih dari ok.  Itu yang aku nak cakap padanya namun  tidak kesampaian setelah dia menyambung kata-katanya.

" Tapi, sekurang-kurangnya, untuk first date, saya dapat kena peluk , yeay! "  Danny kenyit mata mengusik. 

Gatal!!!!!!
 Jerit aku dalam hati. 

previous                                                                  next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'