Aku tak tahu macam mana Danny sekarang ni berada di dalam rumah aku, bersantai di ruang tamu aku sambil dijamu sarapan pagi oleh Syu. Yang aku ingat, rasa macam dah lama dah tak jumpa Danny nih, dia nampak…Hmm…Lebih kacak? Atau lebih buaya?
" Jadi set yer…" kata Danny. Syu menggangguk setuju.
Aku blur. Sebenarnya aku tak berapa beri perhatian pada perbualan mereka. Dari tadi aku terkhayal melihat kemesraan mereka berdua nie. Cam ada chemistry. Adakah aku jealous?
Well, mungkin sikit. Kedua-dua sama cantik sama padan. Kalau si buaya ni nak kat Syu pun aku tak kisah. Mungkin akan rasa sedikit terkilan la, tapi aku sedar siapa diri ini. Huhuhu… ayat syahdu pulak.
Syu menemani Danny sampai ke pintu..
" You know. U nie patut jadi model. Cantik, seksi.. peramah. Nak I rekemen kan ?"
" Boleh ker?"
" Yerp.. I banyak kenal orang. U are lucky to meet me." Syu senyum mendengar pujian Danny.
" I know. Tapi boleh ker..?"
" Sure. Kawan Miera, kawan I juga, plus, kalau you nak, you can be my 'model' " kata Danny. Dia mengucup tangan Syu ala-ala gentleman, membuatkan Syu kelihatan malu-malu.Dan tindakan seterusnya membuatkan aku rasa macam nak gugur jantung.
Danny tiba-tiba mendekatkan mukanya pada Syu, macam nak diciumnya pipi Syu. Dia menarik nafas dalam menghidu perfume Syu kemudian sambil tersenyum
" You smell nice"
Huh, buaya KL betul. Siap mengorat Syu depan aku pula. Aku buat-buat tak nampak.
" Amyra!!!!!!" Jerit Syu gembira sebaik sahaja Danny beredar. Melompat-lompat Syu kegembiraan sambil memegang tangan aku. Lain benar dari perangainya yang cam moody jer tadi.
" Danny!!! Ko tak beritahu pun ko kenal Danny… Aaaa….!!!!" Jeritnya mengalahkan perempuan hysteria, rasa nak pecah tingkap rumah ini.
Aku bertambah konfius. Minah ni apsal excited sangat??
" Kan aku dah beritahu pasal mamat buaya tu kat ko sebelum nie.."
" Memang r.. tapi ko tak beritahu mamat tu.. namanya Daniel Fazran!!!" balas Syu dengan nada suara yang tinggi lantang,nyata tidak dapat nak menutupi kegembiraan dia saat ini.
Syu berlari masuk ke biliknya dan beberapa minit kemudian keluar dengan membawa beberapa majalah CLEO.
Syu berlari masuk ke biliknya dan beberapa minit kemudian keluar dengan membawa beberapa majalah CLEO.
" Tengok nie.. He is the 1st in the list of top eligible bachelor kat Malaysia k!! For 3 years berturut-turut" kata Syu sambil menyuakan mukasurat yang terpampang gambar Danny.
Aku membeleknya tenang walaupun dalam hati aku terkejut. Tidak ku sangka mamat ni famous. Tapi famous sangat ker? Aku membaca sedikit maklumat tentang Danny terutama bahagian ciri-ciri perempuan impian. Tiada satu pun yang terdapat pada diri aku itu yang aku pasti.
" Ko tau.. Dia nie famous giler. Hensem, kaya, semua orang tergila-gilakan dia. The best eligible player in KL.. AAAaaaaaaaaa~~" jerit Syu tidak dapat menahan perasaan gembiranya. Sekali lagi naik bingit telinga aku terasa hampir nak pecah gegedang telinga aku.
" Eligible player? Player? So memang dia player la kan ?? " aku memandang Syu mendapatkan kepastian kot-kot aku tersalah dengar ker. Syu tidak menjawab soalan aku.
" Anyway, malam nie die nak ajak ko dinner.. So kene prepare taw. Aku akan carikan baju, make up.. "kata Syu. Aku dapat rasakan dalam otak dia sekarang ini tengah terbayangkan Danny jer.
Keluar? Danny ajak aku keluar? Pelik, sebab sepanjang tadi aku cuma nampak Danny macam berminat dengan Syu. Sesiapapun akan fikir begitu. Namun dalam lubuk hati aku, sedikit berlagu gembira. Tidak dapat dinafikan.
" Aku tak nak lah kuar dengan dia. Dia tu player, sanggup ko biarkan member ko merangkap roommate terbaik ko keluar dengan buaya tu?"
Sekali lagi Syu mengendahkan kata-kata aku. Grr… tak berperikemanusian betul.
" Aku taknak keluar dengan dia. Kau sajelah yang keluar dengan dia. " kataku lagi kali ini dengan nada suara yang tinggi sikit berharap Syu memberi perhatian pada aku.
" Well, aku dah ade my own secret admire yang hensem kiut tuh and dia nak kau bukan aku .. yippee!!" kata Syu masih lagi dengan nada gembira dan bersemangat.
Aku tidak tahu apa reaksi aku sepatutnya. Gembira? Sebab lelaki paling eligible kat KL ni berminat dengan aku. Atau patut rasa sangat was-was dengan semua ni, terutama perkataan 'nak kat aku' tu yang buatkan aku bertambah-tambah curiga tahap maksima. Apa ingat aku benda ker ? nak-nak camtu.. Dia nak ngorat aku ker atau 'nak' yang bermaksud ada udang di sebalik batu??