Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 4 September 2010

Berikan ku jawapan 18


" Mau-maupun, esok wa angkat lu nya keta.."
" Tokei, bila boleh siap?"
Apek itu mengaru-garu kepalanya yang kurang helaian rambutnya.

" Itu tempat agak jauh lor. Lu mau cepat ka?"
Neal teringat projeknya yang masih belum siap. Dia masih ada masa di kampung ini.

" Tidak kisah."
" Macam tu bagi wa 2 minggu, wa kena angkat tu stok dari bandar."
" hmm...."

Bagi Neal 1minggu memadai untuk dia menyiapkan projeknya. Tetapi dengan hubungan antara dia dan Kenny yang semakin dingin, mungkin akan mengambil masa yang lama untuk siap. Baginya 2 minggu mungkin cukup.

Neal mengangguk pada apek yang asyik membetulkan cermin mata tebalnya yang acap kali lari dari batang hidungnya kemek itu.

"Apek, you tahu tak tempat ada sewa motor ke? Kereta ke?"
" Sini tempat manyak kecik, olang jalan kaki saja,mau bikin apa dengan keta dan motor?"
" saya ada hal sikit."
" Lu olang bandar?"

Neal senyum.

" Olang bandar memang tada tahan tada keta, tada motor, tada internet" kata apek tu kali ini sambil mengosok-gosok hidungnya.

"Wa ala satu moto, lu mau angkat ka? Wa bagi pinjam..."
"berapa mau bayar?"
"Lu pinjam la, wa tada pakai."

Neal meninggalkan bengkel itu selepas berurusan dengan apek tua dikenalinya sebagai Tokei Ah Chan. Dahulu, bengkel ni adalah bengkel basikal dan pemiliknya seorang india muslim.Walaupun sudah berubah pemilik, ia masih mempunyai pemilik yang baik hati. Di zaman kecilnya dahulu sering dia ke sini untuk membaiki basikal buruknya yang asyik pancit tayar dan pelbagai lagi. Encik Anam pula selalu belanja dia dan...

Neal mengeluh.Sekali lagi dia dihanyutkan dengan memori lama yang mana tidak sepatutnya berlaku, Past is past....

Perhatiannya terganggu saat mendengar suara bising-bising tidak jauh. 



Di perhatikannya seorang gadis berpakaian dress putih diganggu oleh dua remaja lelaki tidak jauh dari bengkel ini .T indakan mereka semakin melampau kerana cuba menyentuh gadis itu membuatkan Neal rasa ingin masuk campur.

" Comel lah you ni. " kata salah seorang dari mereka sambil mencuit pipi gebu milik gadis yang ketakutan menahan tangis.
" Teman kiteorang keluar nak tak? Kita karaoke... "
"Tak nak."
" Meh la...... " tangan gadis itu ditarik mereka secara paksa.

" Hello? Ni apahal kacau perempuan nie?Takde keje lain dah ke?"
"er.. sorry bang. Kiteorang main-main jer.."
"a'ah bang.. "

Kedua-dua remaja itu terus pergi. Tidak mahu bergaduh dengan Neal yang nyata lebih gagah, tinggi dan yang pastinya lebih dewasa dari mereka berdua. Tambahan pula semua ini hanya untuk suka-suka sahaja.

" Awak buat apa kat sini, Alisya?"

Walaupun soalan Neal itu berbaur kerisauan namun hakikatnya, nada suaranya masih lagi dingin, tidak suka dengan kehadiran Alisya di sini. Alisya tahu. Dan walaupun dia rasa ingin menangis masa dikacau dua malaun kampung ini, dan rasa sangat bersyukur dengan tindakan Neal menyelamatkannya, sebaik sahaja mendengar nada dingin dari Neal itu, niat hatinya untuk mengucapkan terima kasih turut terbantut.

Alisya sedar Neal memang tidak menyukai dirinya. Dia sudah buntu mencari sebab dan kenapa Neal begitu dingin dengan dirinya. Adakah disebabkan hal dahulu? Hal yang tidak dapat diingatinya? Wajarkah dia dihukum kerana itu?

Semua ini buatkan dirinya seperti dihukum tanpa alasan yang munasabah.Dia adalah insan baru, individu baru, bukan lagi Alisya yang dibencinya.

Kenapa Neal tidak mahu memberi peluang pada dia? 



Tidak tahukah bahawa dia merupakan satu-satunya kunci ke masa silamnya. Mengapakah lelaki ini menyimpan rasa dendam dan benci pada dirinya?

" Awak selalu macam ini.Lemah dan senang dikacau."

Alisya tidak faham maksud kata-kata Neal itu. Selalu?

Neal terus beredar meninggalkannya.

"Nanti!!"
Neal menghentikan langkahnya.

"Saya tak ingat jalan balik."
" Kalau tidak ingat, kenapa datang sejauh ini?"

Alisya membisu, serba- salah nak menjawab soalan Neal itu.

" Ingatkan dengan berjalan-jalan di kawasan ini, saya akan dapat ingat sedikit tentang kisah silam saya kat kampung ini, tapi tup-tup terlupa jalan pulang ke rumah"

Alisya memberi penjelasan sambil tersengih kerana kenaifannya ini. 

Tanpa mempedulikan Alisya, Neal kembali meneruskan langkahnya beredar meninggalkan Alisya. Namun kali ini, Alisya perasan langkahnya lebih perlahan dan seolah-seolah mengajak Alisya untuk mengikutnya pulang.

Menyedari kesempatan ini, Alisya mengekorinya senyap tanpa bicara. Dan sepanjang itu juga, Alisya tidak berani hendak bersuara kerana Neal pasti akan memarahinya. Lelaki itu kan benci pada dirinya.

Neal mencuri pandang pada Alisya yang dari tadi hanya menunduk kepala seperti menyembunyikan sesuatu. Gadis ini sedang menangis.

" Bencinye..... bencinye bile tak ingat apa-apa.Bodoh!" marah Alisya benci pada dirinya sendiri. Air mata yang bergenang tidak dapat tertahan lagi dan airmatanya terus menerus mengalir walaupun sedaya upaya di tahannya. Suara kekecewaanya, pula sangat perlahan kerana amarah ini hanya untuk dirinya sendiri.Cuma untuk dirinya.

Entah kenapa Neal masih dapat mendengar rungutan kecil itu.

previous                                                            next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'