'Uishhh........"
Itulah yang Alisya ucapkan sebaik sahaja melihat bibir Kenny yang bengkak pagi ini. Dibeleknya wajah Kenny tanpa dipinta dan ini membuatkan Kenny berasa tidak selesa. Walaupun selama ini dia sudah lali ditenung oleh kaum perempuan kerana paras rupanya yang kacak itu, tetapi saat ini, dia rasa sangat tidak selesa. Rasa macam nak tukar muka sahaja.
"Kenapa ni? Sakit tak?"
Kenny sengih. Soalan apa tu? Memanglah sakit, dah bengkak camni...
" It was hurt before." rengek Kenny mengambil kesempatan bermanja.
" Yeke? Kenapa jadi camni?"
" Jatuh katil"
"Ha?!! Jatuh katil sampai teruk camni?!"
" biasale... orang laki, ganas-ganas.." kata Kenny, macam ada satu perasaan bangga dari dirinya walhal semuanya hanya alasan dan dusta semata-mata. Dia tidak mahu Alisya rasa serba-salah kerana pergaduhan ini, antara dia dan Neal tercetus disebabkan permintaan Alisya.
Alisya membuka peti ais dan mengeluarkan beberapa ketulan ais.
" Kena bucu katil kot?" Alisya membuat andaian tanpa menyedari Kenny cumalah berdusta.
"Yerler kot..."
Dia hanya memerhatikan Alisya yang tampak risau. Baginya, ini adalah perkara biasa sahaja. Walaupun luarannya dia kelihatan seperti mamat 'jambu' sebenarnya dia ni 'jantan' giler.Menjadikan rock climbing, diving dan car race sebagai hobi, perkara macam nie adalah biasa, satu kemalangan biasa yang sering dialaminya.
Sambil itu dia terus memerhatikan Alisya yang membungkus ketulan-ketulan ais itu ke dalam sapu tangan empat segi bewarna biru.
"Kalau macam ni, mesti OK kan?" Alisya mendekati Kenny dan tanpa bertanyakan kebenaran tuan punya badan, Alisya me'nuam' bibir Kenny yang bengkak itu. Kenny hanya mampu membiarkan tindakan Alisya itu.
Rasa kebas di bibirnya mula kebah dan dalam diam hatinya berdetik betapa ayunya kelakuan gadis ini, buatkan dirinya ingin tersenyum.
"You suka I erk??" kata Kenny tiba-tiba.
"haaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!............" jerit Alisya dengan mimik muka tidak suka dengan usikan Kenny itu.
Kenny ketawa dengan tindakan drastik Alisya tu.. Mak oi, nyaringnya suara perempuan ini.
"Tuam sendiri!" Sapu tangan bertukar tangan.
" Eleh, jual mahal. I tahu memang ramai perempuan suka kat I.. Tak payah nak malu."
"Eeee.. mana ada.."
"Abis tu? ."
"Jangan salah faham yer... Saya.. ermm... saya risaukan awak jer.. lagipun.. semua tu... takde.."
"OK..OK....gurau jerler..." balas Kenny malas hendak mendengar penjelasan terhenti-henti Alisya tu. Dia menuam sendiri bibirnya.
" Lagipun, you are not my type tapi kalau you nak suruh I considerkan, i letaklah nanti nama you dalam list I ok? " kata Kenny sambil tersenyum bangga.
" Macamler orang nak sangat kat dia" rungut Alisya perlahan agar Kenny tidak dengar.
"However, it was really nice of you, Thank you."
Tangan Alisya dipegangnya lembut dan tanpa disangka-sangka Kenny mencium tangannya dengan penuh hormat, ala-ala mr.charming. Alisya cuma tergamam dan kekok dengan tindakan Kenny itu.
" Jangan jatuh cinta pulak. " usik Kenny sambil mengenyitkan matanya. Alisya menjelir lidahnya.. Tak hingin!
Alisya memerhatikan sahaja Kenny yang asyik menuam bibirnya, kali ini tanpa bantuannya. Walaupun luaran nampak macam playboy dan gatal, tapi rasanya Kenny bukan seperti itu. Alisya dapat lihat keikhlasan dan kebaikan dalam diri Kenny. Sekurang-kurangnya, Kenny adalah kawan pertamanya dalam kehidupannya yang tidak punya memori ini dan dia rasa bersyukur dapat berkawan dengan Kenny yang kelakar dan baik hati ini.
Bunyi sesuatu benda terlanggar mengejutkan mereka berdua.Serentak, kedua-duanya menoleh pada insan yang senyap-senyap memerhatikan mereka dari tadi.
"Hai, Neal!" tegur Alisya mesra.
Seperti semalam.Neal mengalihkan pandangannya dan terus keluar tanpa bicara.
"Sombong..." rungut Alisya.