"Awak nak bawa saya ke mana?"
Neal membisu, tidak menjawab pertanyaan Alisya. Langkahnya dipercepatkan malah ia kali ini lebih lincah memasuki ke celah-celah hutan rimba kecil ini.
"Kita nak kemana ni?"
Masih tiada jawapan.
Alisya hanya mampu mengekori sahaja kehendak Neal itu. Ketika ini mereka berdua sudahpun jauh menjelajah masuk ke hutan tebal ini. Hari pula semakin menjelang senja dan bunyi unggas –unggas malam membuatkan Alisya rasa seram sejuk, terutama nyamuk hutan sedang berpesta di badannya
" Neal, saya nak balik.Dah nak malam ni."
Masih juga tiada jawapan dari Neal.
"Neal, kita nak pergi ke mana ni?"
" Kita perlu sampai sebelum matahari terbenam."
"huhh..??"
Alisya lihat matahari semakin tenggelam dan langit sudah bewarna kemerah-merahan menandakan hari semakin mencecah senja. Langkah Alisya semakin laju, takut Neal hilang dari pandangannya. Bayangkan, kalau dia tersesat dalam hutan ini?
Apa yang Neal mahu lakukan ini? Mahu ke mana? Begitu banyak persoalan dalam kepala otak Alisya, tetapi dia tidak berani hendak bertanya tambahan lagi, Neal pasti tidak akan memberika jawapan yang memuaskan hatinya. Lelaki ini bencikan dia dan ingin membulinya seperti ini!
Tiba-tiba Neal berhenti.
" Pejam mata."
"huh?"
"Pejam mata."
Sekali lagi Neal memberi arahan diktator pada Alisya. Mahu tidak mahu, Alisya terpaksa mengikut tanpa usul periksa. Malas hendak berbahas dengan Neal kerana ia akan menyakitkan hatinya sahaja. Neal yang pelik..
Neal terus memegang tangan Alisya, memimpinnya bergerak ke depan dan selang beberapa langkah, mereka berdua berhenti.
"Bukalah."
Alisya membuka matanya perlahan-lahan sebaik sahaja mendengar arahan Neal itu. Jantung Alisya berdegup kencang.
Di depannya, terdapat ribuan rama-rama dari pelbagai jenis dan warna sedang sibuk terbang mencari tempat untuk menghabiskan malam mereka. Dengan suasana langit yang kemerah-kemerahan,angin bayu yang bertiup lembut dan pokok-pokok dihiasi bungaan menyebabkan tempat ini seakan taman rahsia yang begitu indah. Taman yang hanya wujud dalam mimpi dan khayalan..
Alisya rasa terharu. Terasa dirinya seakan-akan puteri yang diberikan taman rahsia yang begitu sempurna.
" Tempat ini, tempat rama-rama berehat untuk waktu malam. Jadi waktu senja tempat nie macam...."
"taman khayalan." Alisya menghabiskan kata-kata Neal itu.
Neal memandangnya terkejut.
" Saya suka 'taman khayalan' nie..." kata Alisya sambil tersenyum.
Segala kerisauannya dan kesedihannya tadi tiba-tiba hilang. Saat ini Alisya rasa begitu bebas gembira seolah-olah rama-rama yang sedang riang berterbangan.
" Ini 'taman khayalan' kita berdua masa kecil dahulu. Rahsia hanya kita berdua. "
Neal memberikan penjelasan tanpa di pinta.
" Masa umur awak 9 tahun, saya bawa awak ke sini sempena hari jadi awak. Awak sangat suka tempat ini dan sejak itu, kita selalu datang sini setiap hujung minggu. Tiada siapapun yang tahu tentang rahsia kita ini, even our parents pun tidak tahu."
"Jadi ini hadiah hari jadi saya?"
Neal senyum...
"Dulu, awak kata rama-rama wujud untuk mengumpul impian dan khayalan kita di sini- membolehkan kita bermimpi waktu malam..Jadi kita selalu datang sini untuk tidur dan bermimpi. Funny right?."
Neal membuka cerita yang agak kebudak-budakan ini.
" Saya rasa ianya sweet. Sweet sangat." Balas Alisya .
" Me, too."
Mereka berdua berbalas pandangan seolah-olah ada satu persamaan antara mereka berdua yang tidak dapat dilupakan.
" Awak namakan tempat ini sebagai 'taman khayalan'. Bila awak sebut nama tempat ini tadi, awak ingat ke?"
Alisya mengeleng.
" Tak tahu kenapa saya sebut perkataan tu. Macam terus sahaja muncul dalam fikiran saya waktu saya nampak suasana ini. Macam tu pun boleh dikira ingat ke?"
Neal merebahkan dirinya di hamparan rumput yang tebal menghijau ini.
Seekor rama-rama bewarna merah hinggap di bahu kirinya, tidak dipedulikan. Alisya pula hanya duduk di sebelah Neal sambil kedua-duanya memerhatikan rama-rama yang berterbangan, tidak mengendahkan kehadiran pemerhati ini.
" Walaupun saya tidak ingat semuanya tentang tempat ini kecuali namanya, saya rasa satu perasaan selesa dan selamat di sini. Terima kasih, Neal. Bagi saya ini lebih baik dari langsung tidak punya memori silam."
" tambahan pula, sekarang ini saya sudah dapat tahu sesuatu tentang 'diri' saya.."
Alisya memandang Neal sambil tersenyum.
" Saya ada taman sendiri!!Peace!!!! "
Alisya menyengih panjang dan tangannya membuat tanda peace.
Neal ketawa.
Dan buat pertama kalinya, Alisya dapat melihat keperibadian Neal yang lain. Ia tidak lagi dingin tetapi ia juga tidak sama dengan kemesraan yang Neal tonjolkan semasa bersama dengan orang lain.
Ia jauh berbeza, jauh lebih lembut. Alisya suka dengan keadaan ini.
" Kenapa awak gelak! betul lah kan?"
Ketawa lelaki ini akhirnya berhenti.
" Saya harap 'ingatan' ini dapat ganti balik air mata yang jatuh tadi."
Alisya tersentak. Neal perasan dia menangis ke tadi?
" Awak tahu? Tangisan awak buat saya tak selesa. Jadi, jangan menangis lagi"
Kata-kata Neal ini begitu lembut dan Alisya rasa seakan pernah mendengar kata-kata ini.
Bukan sahaja ayat itu malah perasan yang dirasakannya saat itu juga adalah sama seperti sekarang. Perasaan yang membuatkan hatinya berdegup rancak, dan pipinya terasa hangat. Alisya tahu semua ini seakan pernah terjadi kerana hati tidak menipu.
" Saya juga dah tahu kenapa awak adalah kawan saya!Kawan yang tak mungkin saya lupakan."
Giliran Neal pula memandang Alisya pelik.
" Tapi saya nak simpan ini sebagai rahsia.." kata Alisya bersenda.
Hatinya berlagu riang..