Hari ini baru aku sedar. Saat aku bangun pagi sebentar tadi, baru aku sedari hal ini. Ia membuatkan aku betul-betul terkejut dan sangat keliru. Ianya berkaitan hal semalam.
" Apa yang saya cakapkan tadi bukan main-main, Amyra.."
Ayat itu berulang-ulang di kepala otakku. Aku tidak pernah beritahu mamat itu namaku, bagaimana dia tahu? Bagaimana dia tahu namaku Amyra??
Di dalam dunia ini, bagi aku terdapat dua jenis manusia. Manusia yang normal dan manusia yang berlagak normal. Dan jenis yang kedua adalah yang paling menakutkan kerana kategori psiko, gila, tekanan jiwa termasuk dalam kategori ini. Kategori yang aku rasa sangat berbahaya.
Bagaimana mamat yang aku tidak kenal boleh tahu nama aku?? Sedap je dia sebut nama aku hari itu. Seolah-olah dia amat kenal dengan aku. Entah-entah dia sudah siasat latar belakang aku sebelum berjumpa dengan aku. Tetapi untuk apa dia buat semua itu?Ke dia ingat yang aku dan Syu pernah 'skodeng' dia, jadi dia hendak membalas dendam?
Memikirkan seseorang mengetahui tentang gerak geri kita setiap masa dan berpura-pura baru berkenalan dengan kita, ia menakutkan! Yalah, di KL ini macam-macam jenis orang dan aku tidak mahu terjebak dalam semua kegilaan ini. Aku tekad, walau sehensem mana dan sebaik mana lelaki itu pada aku untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya aku tidak berjumpa atau rapat dengan lelaki itu.
Aku keluar dari bilik dan terus mencari Syu. Hal ini perlu dibincang dengan Syu, jika tanggapan aku benar yang mamat yang dia suka sangat itu adalah termasuk dalam kategori kedua,dia patut hentikan sahaja niatnya itu.
Di ruang tamu, aku lihat Syu dan Danny sedang bermain chess.
Danny.
Satu lagi makhluk yang merbahaya. Sebab dia ini buaya dan tindakannya sentiasa berubah-ubah, sekejap sweet romantic gentleman dan sekarang ini pembuli, penyindir dan penyangak yang sentiasa berada di sini 24 jam. Dia mungkin aku akan masukkan dalam kategori ke-2 atau mungkin special kes, kategori ke-3- dangerous but sweet. Hmm..
Hish.. lelaki KL yang hensem-hensem memang 'pe-el' camni ya?
" Syu.." panggil ku perlahan.
Syu menoleh padaku, begitu juga Si Danny yang aku sebolehnya tidak mahu bertentang mata dengannya.
" Ha.. Amyra! Tolong sambung, aku nak ke toilet jap." kata Syu dan dia terus meninggalkan aku tanpa mempedulikan samada aku bersetuju dengan arahannya ini atau tidak. Gayanya macamlah tengah menahan cirit yang melampau.
Aku diam.
Si Syu ini pun dah mula macam Danny, sesuka hatinya mengarah aku tanpa mempedulikan aku punya kemahuan
Kemahuan aku sekarang ini adalah aku tidak mahu berada bersama Danny di sini, berduaan dengannya buatkan aku tidak selesa. Seperti berada di dalam coach KTM yang semuanya adalah lelaki-lelaki bangla dan setiap mereka merenung aku sambil tersengih. Ia satu mimpi yang menakutkan.
Dan disebabkan seribu satu perasaan yang tidak selesa dan menakutkan ini, aku terasa ingin beredar dari sini, kembali menyembunyikan diri di bilik adalah lebih baik dari melayan karenah Si Danny ini.
" Ah!!"
Danny bersuara seolah-olah sangat terkejut dan seakan baru teringatkan sesuatu.
Bulu roma aku terasa meremang dan hati ini berdebar-debar menunggu bicara si buaya ini. Firasat aku -ia mesti sesuatu yang tidak elok.
" My parents celebrate wedding anniversary yang ke-30 hari ini. Kita akan gerak pukul 9 malam ini ok?"
Aku memandang jam di dinding. Pukul 8 malam!!
" Siaplah. 9 tepat ok. My parents nak jumpa girlfriend i. "Gesa Danny memandangkan masa yang suntuk diberikan padaku. Dan aku betul-betul geram saat dia menyebut perkataan girlfriend itu, kerana aku lihat dia tersengih panjang seolah-olah mengusik aku.
Walaupun dia sangat kacak and sweet kalau tersenyum tetapi aku benci bila die mempermainkan aku begini. Aku bukannya girlfriend dia dan kenapa dia suka membuat keputusansesuka hati.
Dia tidak tahukah aku ada hati dan perasaan?
Dan tahukah seorang wanita memerlukan masa sejam lebih untuk bersiap. Kerana kami ingin kelihatan cantik jadi berikanlah kami lebih masa. Masa!
" Eh, cepatlah.. Takkan nak pergi tak mandi kot. "
Amboi.. Senangnya dia cakap.
Previous next