Waktu aku menyarung baju dress bercorak yang Danny berikan itu aku terfikir, apa akan jadi kalau aku tidak pergi?
Dan sewaktu Syu menyolek diriku, mendandan rambutku dan berceloteh tentang keseronokannya bila tahu aku akan ke rumah danny, aku terfikir yang benda ini terlalu cepat. Jumpa family Danny. Maksudnya secara 'official'nya aku akan terjebak dalam hidup si 'buaya' ini! Bermaksud aku mungkin tidak dapat keluar dari semua ini!
Ya, walaupun hati ini rasa seronok kerana sebelum ini aku memang berharap Danny mengajak aku keluar, tetapi beberapa hari ini, melayan perangai Danny yang berubah-ubah turut mengubah prespektif aku padanya. Betulkah tindakan aku ini?
Kerana sepanjang ini, Danny tidak pernah melayan aku seperti seorang kekasih atau gadis yang disukainya. Bercakap pun sekali sekala dan kata-katanya lebih kepada menyindir aku, mengusik aku dan mempermainkan aku. Anak patungnya, barang permainannya itu yang aku fikirkan hubungan aku dengan Danny. Memang macam ini ke dia dengan perempuan??Atau dia memang suka bermain dengan perasaan dan hati orang lain?
Saat aku menyarung kasut bertumit tinggi yang juga Danny sediakan, berulang kali aku terfikir semua ini terlalu gila, terlalu tidak normal untuk aku yang hanya gadis biasa.
" Seperti yang saya bayangkan.." puji Danny sebaik sahaja aku keluar dari bilik bersama Syu.
Bayangkan?? Hoh, apa lagi yang dia selalu bayangkan pasal aku ni.. Ohh tidak!!
Kecurigaan aku terhadap Danny semakin meningkat.
Namun senyumannya dan pandangannya yang tidak terkedip memandangku, membuatkan aku tertunduk malu. Aku tidak pernah dipuji begitu dan apabila pujian itu datang dari seorang lelaki kacak seperti Danny, aku rasa seperti mimpi. Mungkin mimpi?
Aku terkejut dari khayalan ini. Ya, hakikat Danny seorang playboy dan buaya darat, adalah realiti. Mampukah aku bertahan dalam hidup si buaya ini, yang sentiasa mempermainkan aku ini? Mungkin ini juga salah satu permainan yang dicipta Danny untuk mengisi masa lapangnya? Sebolehnya aku tidak mahu terlibat dalam dunianya.
" Saya taknak pergi."kataku dalam perlahan dan sedikit was-was.
" Eh.. kau kan dah siap!. Takkan taknak pergi pula?!" Bebel Syu.
" Saya taknak pergi." Kali ini suara ini aku keraskan dan aku merenung Danny. Tekad! Aku bukan anak patung atau perempuan yang boleh diarah Danny sesuka hati.
" Kenapa?" tanya Danny meminta penjelasan. Syu aku lihat hanya mendiamkan diri seperti mengerti bahawa perbualan ini adalah antara aku dan Danny. Ada sesuatu yang mesti aku luahkan pada Danny.
" Saya taknak pergi sebab…. "
Aku diam sekejap. Betulkah tindakan aku ini?
" Sebab awak selalu mempermainkan saya macam saya ni permainan awak! Awak tidak fikirkan perasaan saya, awak selalu sindir saya. Awak buat keputusan sendiri tanpa tanya saya macam datang sini selalu, arah saya beli barang untuk awak. Kita takde apa-apa hubungan tetapi awak anggap saya seperti kepunyaan awak, suka hati nak arahkan apa-apa, dan sekarang ini awak tiba-tiba cakap nak bawa saya pergi jumpa family awak padahal kita hanya pernah keluar sekali sahaja. Itu sahaja. Kita takde apa-apa hubungan dan saya taknak pergi dan ikut cakap awak dan keputusan awak sahaja! . "
Fuh.. panjang nya aku bebel dan aku rasa sangat lega sekarang ini. Sangat Lega!! Seperti segala bebanan dan kegeraman aku sudah terbang pergi jauh. Walaupun aku takut kerana inilah kali pertama aku menolak permintaan orang.
Peliknya aku lihat Danny menarik nafas lega. Dia kelihatan lebih lega dari aku.
"Thank God ! Akhirnya!. Saya dengar juga bantahan dari mulut awak. Ingatkan selama ini awak cuma mengikut cakap orang je tanpa fikirkan kepentingan diri sendiri. "
" Awak tahu sesekali awak perlu menolak permintaan orang kalau awak tidak suka."
Aku terkejut dengan kata-kata Danny itu.
Dia tersenyum manis dan hati ku terasa berdegup seperti di hari pertama kami date keluar bersama.
" Tetapi awak perlukan lebih keberanian untuk menbantah saya." katanya seraya menarik tanganku lembut. Dan seperti terpukau, aku hanya mampu mengikutnya rentaknya keluar dari rumah ini.