Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 22 September 2010

KL LOVE STORY 17



Syu ketawa besar. 

Baginya lucu, bagiku tidak sama sekali! Aku memicit-micit kepala ku yang masih tinggal rasa pening-pening. Bau minyak angin yang disapu Syu,  kuat menyucuk-nyucuk deria bau ku.

" Camnelah kau boleh pengsan kat rumah Danny?."

Aku mendiamkan diri. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh pengsan di situ. Malunya! Depan-depan family Danny pula. Mesti mereka semua mengetawakan aku. 

Tetapi, sesiapapun boleh terkejut dengan tamparan berita tentang Danny itu. Selamat aku tidak mempunyai lemah jantung, kalau tidak tentu innalilah dah sekarang ini.

Syu masih tersenyum. Lucu sangat ke?

" Terkejut aku waktu Danny bawa kau balik. Ingatkan dia buat benda tak baik kat kau."
" Danny ada beritahu kenapa aku pengsan tak?"

Syu memandang aku terkejut disebabkan soalan aku yang mendadak itu.

" Dia kata mungkin kau tak sihat, sebab muka kau nampak pucat."

Aku bingkas bangun dari katil dan bergerak ke cermin. Dibeleknya muka ini, memang aku kelihatan pucat sedikit tetapi aku sangat yakin aku bukannya sakit.

Aku pandang Syu. Baik aku ceritakan semua ini pada Syu, sebab hal ini ada kaitan dengan lelaki yang Syu tergila-gilakan. Aku dekati Syu dan bahunya aku pegang erat-erat.

" Syu, apa yang aku nak cakap ini, harap kau dengar betul-betul ya. Ini betul-betul serius ini!" 

Syu mengangguk.

Lebih kurang setengah jam, aku memberikan penjelasan pada Syu. Aku jelaskan satu persatu dan sebab kenapa aku pengsan. Sebabnya senang sahaja,  Danny ini gay atau mungkin biseksual dan dunia dia terlalu complicated.

Malah, aku sendiri terkejut dengan berita ini.

Terutama lelaki yang Syu suka itu adalah teman lelaki Danny. Patutlah lelaki itu tahu nama aku, dia dah selidik perempuan mana yang Danny asyik kepit sahaja. Dia berdendam dengan aku sebab itu dia selidik aku, beramah mesra dengan aku. Dia cemburu pada Danny!

Sekarang, semuanya masuk akal. Patutlah mereka berdua macam bermusuh sahaja tempoh hari, Danny cemburu teman lelakinya berborak dengan aku. Jadi, aku ini orang ketiga ke?

Aku keliru.

Syu tiba-tiba bangun. Mukanya betul-betul terkejut dengan berita yang aku sampaikan itu. Aku faham, aku pun begitu juga masa dinner malam itu. Tamparan ini begitu hebat!.

" Danny ada cakap dia gay ke?" tanya Syu.
" Err… tapi dia cakap dia bawa boyfriend dia. Ha!!" kataku cuba menegaskan andaian aku ini.

Syu mengambil telefon bimbitnya dan terus mendail nombor telefon seseorang. 

" Aku nak telefon Danny, tanya sendiri."

Macamana Syu ada nombor telefon Danny? Aku pun tak dapat, walaupun Danny panggil aku girlfriend dia sebelum ini.

Opss!! Amyra focus! Ini yang paling penting. Syu nak tanya Danny terus. Direct jer.  Mana boleh tanya orang direct macam tu, tak sesuai lah.. tak manis! Lagipun kami berdua bukannya rapat dengan Danny. Kenal pun tidak sampai sebulan, soalan sensitif begini tidak sepatutnya ditanya oleh kami.

Aku cuba merampas telefon dari tangannya, tetapi gagal. Sebaliknya aku pula yang tersungkur semasa cubaan rampas merampas itu. Cis.

" Hello, Danny. Ni Syu… betulkah you ni gay?"

Ui, selamba jer Syu tanya soalan direct camtu. Syu terus mengaktifkan pembesar suara telefonnya bertujuan untuk aku turut mendengar penjelasan Danny.

Aku mengetap bibir, berdebar menanti jawapan dari Danny. Apa agaknya jawapan Danny.

" tolonglah bukan.. tolonglah bukan… please deny.. " aku tidak tahu kenapa hati aku berdoa dan mengharap begitu.

Dia ketawa kecil, sweet dan lembut. Lucu mendengar soalan yang diajukan Syu itu.

"  Sori, Danny tengah tidur sekarang. Nak saya kejutkan ke?" jawab lelaki itu.

Aku dan Syu tergamam. 

previous                                        next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'