Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 22 September 2010

KL LOVE STORY 18


Sekarang ini aku tidak tahu apa tujuan aku dan Syu berada di sini. Buat masa ini, kami hanya diam sambil memerhatikan dia menyediakan minuman. 

Keluasan apartmentnya adalah sama dengan kami ( yelahkan dah satu blok, tingkat je lain) tetapi hiasan dalamannya lebih kontemparari dari rumah kami. Seakan tidak percaya ini adalah rumah seorang bujang. Ia lebih bersih dan kemas dari aparment kami malah boleh keluar dalam majalah Anjung Seri yang dilanggan oleh Syu, konon-kononnya untuk menjadi sumber idea untuk menghias apartment kami, walhal sampai sekarang tiada apa yang kami ubah di apartment itu.

' huih… lembutnya!!" kata Syu sambil mengusap-ngusap bantal hiasan di sofa yang kami duduk ini. Kakinya pula tergosok-gosok di hamparan permaidani berbulu tebal jenis shaggy yang aku anggarkan mesti berharga beratus ringgit ini.

" Silalah minum." k atanya sambil mendekati kami. 

Di depan kami, dia meletakkan set tea konsep inggeris yang cantik. Bau teh yang harum membuatkan aku begitu teruja untuk mencapai cawan yang berisi air teh itu, dan tanpa segan silu aku hirup. 

Rasanya manis dan lain dari teh yang mak aku selalu buat di rumah. Aku lihat di dalamnya terdapat sekuntum bunga kecil berkelopak putih.

" Chamomile tea. Baik untuk legakan stress dan kekurangan tidur. Saya tengok awak macam banyak benda yang difikirkan sampai nampak tak bermaya." katanya sambil menanggalkan apron merah jambu yang dipakainya. Dia rupanya memakai baju kait warna hitam lengan panjang yang cantik, agaknya siapa yang kaitkan baju itu ya?

Aku perhatikan dia mengikat rambut hitamnya yang lurus, satu ciri yang sentiasa menarik perhatian aku sejak kali pertama aku berjumpa dengannya. Di telinga kirinya aku baru perasan dia memakai satu subang jenis silver berbentuk bulatan. Seorang lelaki metropolitan yang lengkap pakej sebagai lelaki dambaan wanita. Dia kelihatan seperti ciri-ciri bad boys tapi sweet,  punya style, gaya, macho dan ketinggian yang aku cuma boleh bayangkan dalam mimpi sahaja. Melampau sangat kah kalau aku katakan sampai sebegitu sekali?hehehe..

Tiba-tiba dia menoleh dan senyum padaku. Rupanya dirinya perasan diperhatikan aku.
Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan aku yang dari tadi asyik tertumpu padanya.
 Ish… gatal juga aku nihkan dah malu

"Risau saya waktu lihat awak tiba-tiba pengsan di rumah Danny semalam, Amyra." katanya. Dia duduk mengadap kami berdua, sopan dan teratur.

Aku kembali teringat hal memalukan semalam. Teh aku hirup lagi. Boleh hilangkan stress kan..

" Awak dah ok ke Amyra? Nak saya bawa jumpa doktor?" tanyanya lagi risau walaupun aku hairan kenapa dia perlu risau. Aku tidak kenal dia pun lagi, malahan namanya pun aku belum tahu.

"Dia dah okey dah." jawab Syu keras. Agaknya terasa berang sedikit pabila kehadirannya seperti tidak disedari lelaki itu.

" Danny selalu cerita tentang awak pada saya. Dan.. awak juga… kawan Amyra yang selalu stalker saya."

Syu terkejut. Aku pun lagilah terkejut. Dia tahu dan adakah dia berdendam dengan kami berdua?

" Dan kami langsung tidak tahu tentang awak." balas Syu pula. Ai, cam marah je nadanya. Langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seseorang yang tergilakan lelaki yang berada di depan ini. Mungkin dia sudah tidak berminat dengan lelaki ini yang kami suspect boyfriend Danny.

Dan secara tiba-tiba, aku teringat tujuan kami ke sini. 

Selepas kami berbual dengan lelaki ini di gagang telefon tadi, dia dengan baiknya mempelawa kami datang ke apartmentnya untuk berjumpa Danny. Syu pula beriya-iya ingin pergi walaupun aku rasa sangat berat hati. Ada ke pagi-pagi camni mengganggu rumah orang lain. Rumah orang bujang pulak tu dan bertujuan untuk bertanyakan soalan sensitif pula tu!. Tetapi, seperti biasa aku turutkan juga kemahuan Syu.

" Maaf. Saya Farish."
" Syu."  

" Amyra?"

Aku toleh pada suara yang aku sangat kenal. Di depan pintu bilik tidur utama, Danny berdiri di situ, cuma berseluar jeans dan dia kelihatan begitu terkejut dengan kehadiran aku. Rambutnya kusut masai menandakan dia baru sahaja bangun dari tidur.

" Wow.. " Syu terkeluar kata-kata itu. Aku tahu dia pasti tergamam melihat Danny. Sesiapapun akan tergamam saat melihat sesusuk tubuh ala model dengan six pack itu keluar dalam keadaan begitu. Aku juga tahu saat ini, Danny adalah lelaki pertama yang membuatkan hatiku tika ini, berdegup tanpa kawalan.

Tak mungkin….

" Wow.. Semua ada kat sini." Kata Danny. Dia terus duduk di sebelah Farish.
" Dude, clothes please.." rungut Farish.

Aku perhatikan dua jejaka ini di depan ku, melihat kesempurnaan mereka. Kedua-duanya sama padan, sama kacak, dan memikirkan mereka berdua adalah bersama,  Aku tidak ingin percaya. Hati aku meronta-ronta tidak ingin mempercayai ini.

Tak mungkin….

" Why, tergoda kew?" usik Danny.
" We have ladies here…"

Aku bangun dan terus keluar. Aku sudah tidak sanggup melihat kemesraan dua pasangan sejoli ini.

"Eh, Amyra,!! kenapa ni?!" aku dengar Syu memanggil ku

Dan kemudian diikuti dengan bunyi tapak kaki mengejar langkahku yang sedang menuju ke lif. Syu mungkin terkejut dengan tindakan aku, tetapi aku betul-betul tidak mahu berada di situ. Hati ini rasa sangat sakit melihat mereka berdua. Sakit!

" Amyra, kenapa ni?" tanganku ditahan dan dipegang agar langkah ku berhenti, aku toleh dan lihatDanny memandangku pelik. Pelik dengan kelakuan aku yang tiba-tiba berubah ini.

"Lepaskan.."
"  Beritahu dulu kenapa awak macam marah ni?"
" Saya tak nak tengok muka awak."

Aku terlepas cakap dan reaksi pada wajah Danny berubah. Tanganku dia lepaskan.

" kenapa? Saya tak faham."
"Dunia awak berbeza Danny. Gaya hidup awak, semua ni terlalu gila untuk saya. Saya takut untuk masuk dalam hidup awak Danny. Saya takut saya akan terperangkap dalam kegilaan ini."

" Amyra, saya tak faham!Family saya ada cakap apa-apa pada awak ke?"

Aku terus masuk ke dalam lif yang tiba-tiba terbuka seperti tahu bahawa perbualan aku dan Danny akan berakhir di sini. Kisah ini juga akan berhenti di sini.

" Amyra.. Please, explain.. I don't understand."

Pintu lif tertutup.

Tiada apa yang perlu dijelaskan kerana ini bukan salah Danny. Tetapi salah diriku, salah perasaan ini.

Melihat Danny dan Farish tadi, memikirkan mereka adalah satu pasangan kekasih, sepatutnya aku rasa benci atau geli. Pemikiran yang rasional sepatutnya rasa tidak selesa, janggal dan pelik. Pemikiran logik ini sepatutnya memandang serong pada mereka.. ataupun kasihan pada mereka..kerana terjebak dalam dunia yang tidak dapat kembali ke pangkal jalan.

Sebaliknya..

Hati ini rasa sesak, sakit. Aku cemburu.

Tak mungkin…
                           Aku sudah jatuh cinta pada Danny? 

previous                                                                                            next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'