Seumur hidup aku, aku tidak pernah mengimpikan sebuah rumah impian seperti ini. Rumah banglo mewah yang begitu besar berteraskan hiasan dalam taman, lengkap dengan laman di tengah-tengah rumah membuatkan aku rasakan rumah ini ibarat fantasi.
" Kita akan jumpa semua family saya di ruang makan yang terletak di dewan barat. " kata Danny semasa kami melalui laman tamannya yang besar ini. Terdapat sebuah kolam ikan koi dan tidak salah aku, aku ternampak kelibat burung kecil bewarna kuning keemasan di antara pokok-pokok di sini. Inikah kehidupan Danny? Indahnya!
Aku mengikut langkah kaki Danny sambil mataku menikmati keindahan sekeliling.
Macam mana agaknya family Danny ini?
" Oo.. lupa pulak!"
Danny mengeluarkan seutas gelang dan tanpa meminta kebenaranku, dia memakaikannya di pergelangan tangan kiri ku.
" Awak cantik malam ni, Amyra."pujinya.
Aku hanya mampu tersenyum. Walaupun hakikatnya hati ini melonjak-lonjak riang tetapi aku juga tertanya-tanya betulkah apa yang Danny cakap ini? Atau cuma ayat- ayat biasa yang dibicaranya pada semua perempuan.
Kami sampai di depan sebuah pintu yang terukir bunga. Seorang lelaki membuka pintu untuk kami berdua dan saat kami melangkah masuk, aku sangat terkejut dengan suasananya .
Sebuah meja panjang yang penuh dengan pelbagai makanan yang tidak pernah aku bayangkan dan dua orang chef dengan topinya yang tinggi berada di penjuru ruang makan ini. Terdapat 3 orang pelayan wanita yang cantik bersedia menghidangkan makanan pada semua. Mewahnya kehidupan Danny ini!
" Hai, semua. " Tegur Danny.
Semua yang berada di situ memandang kami. Nampaknya semua rupanya sedang menunggu kehadiran kami berdua. Aku sedikit rasa bersalah kerana kemungkinan akulah penyebab kami berdua lambat. Terlalu emosi tadi.
Aku melemparkan senyuman paling manis pada semua yang memandang kami. First impression is important.. huhu..
Aku melemparkan senyuman paling manis pada semua yang memandang kami. First impression is important.. huhu..
Danny mempersilakan aku duduk di sebelahnya.
Aku perhatikan lagi sekeliling ruang makan ini. Terdapat 4 orang jika tidak termasuk kami berdua. Sedikit sahaja rupanya ahli keluarga Danny ini.
Aku perhatikan lagi sekeliling ruang makan ini. Terdapat 4 orang jika tidak termasuk kami berdua. Sedikit sahaja rupanya ahli keluarga Danny ini.
" Mengapa kamu lambat?" Tegur seorang lelaki yang paling tua antara semua. Rambutnya yang hitam itu tampak diwarnakan dan pandangannya yang tajam itu mengingatkan aku pada inspector polis yang garang. Walaupun begitu, aku dapat rasakan lelaki ini adalah seorang yang kacak di zaman mudanya.
Danny tidak menjawab pertanyaan lelaki itu.
" Sudahlah. Sekurang-kurangnya dia datang hari anniversary kita." Sampuk wanita matang yang duduk di sisi lelaki itu.
Wajahnya kelihatan sentiasa manis walaupun dia tidak senyum, membuatkan sesiapa yang berada di situ akan rasa tenang. Jadi inilah ibu bapa Danny? Hmm.. aku boleh lihat keirasan Danny. Dia punya senyuman yang manis seperti ibunya dan aku rasa kekacakannya datang dari bapanya.
Wajahnya kelihatan sentiasa manis walaupun dia tidak senyum, membuatkan sesiapa yang berada di situ akan rasa tenang. Jadi inilah ibu bapa Danny? Hmm.. aku boleh lihat keirasan Danny. Dia punya senyuman yang manis seperti ibunya dan aku rasa kekacakannya datang dari bapanya.
Aku perhatikan yang lain. Mereka semua dikategorikan dalam insan-insan yang berwajah jelita dan kacak. Padanlah, ini semua ahli keluarga Danny, lelaki yang dikenali sebagai wanted eligible bachelor of the year.
Tiba-tiba aku terasa begitu kecil dan hina saat dikelilingi orang-orang yang elegant dan good looking seperti ini.
Tiba-tiba aku terasa begitu kecil dan hina saat dikelilingi orang-orang yang elegant dan good looking seperti ini.
" Siapa nama kamu?" tanya ibu Danny.
Danny tidak mempedulikan perbualan kami. Dia sibuk bercakap pada seorang pelayan wanita yang berada berdekatan.
" I tak nak ..... peanut.... lady sebelah .... ok?"
Itulah yang aku tangkap sikit-sikit perbualannya.
" Amyra."
" Oo… sedap nama tu."
" Terima kasih."
" You girlfriend Danny ke?" direct sahaja soalan itu keluar dari seorang wanita yang duduk mengadap aku. Umurnya di lingkungan usia 30 an tetapi aku lihat penampilannya lebih muda dari usianya. Walaupun begitu, wanita itu masih kelihatan ayu.
Aku rasa aku perlu jawab kawan sahaja. Tetapi betulkah kawan? Bila masa aku berkawan mesra dengan mamat ini? Lebih sesuai dikatakan kalau Danny cuma seseorang yang aku kenali. Kenalan tak gitu?
" What if it is?" Danny menbalas bagi pihak aku sebelum sempat aku menjawabnya.
Aku keliru. Tetapi aku rasa Danny cuma bergurau sahaja.
Aku keliru. Tetapi aku rasa Danny cuma bergurau sahaja.
" Oo. You trying to play questions game with your sis ha?"
Ha!! dia ni kakak Danny la yer? Kira Danny ini anak ke-2 lah, sebab aku nampak ada seorang budak lelaki dalam usia 10 tahun di kalangan kami. Samada budak itu anak buah Danny atau adik Danny. Tetapi kenapalah jarak umur mereka terlalu jauh ya?
" Will you play?" cabar Danny pula. Mereka berdua saling merenung sesama sendiri. Sekiranya ini adalah cerita komik, aku rasa aku boleh lihat aura elektrik yang keluar dari mata mereka berdua.
" Please, lady and gentleman, Behave. Kita ada tetamu di sini."
Terkejut aku apabila mendengar budak lelaki yang berusia 10 tahun itu menegur mereka berdua. Budak ini lebih matang dari mereka berdua.
Budak lelaki itu meneguk airnya dengan penuh sopan, kemudian aku lihat dia mengelap mulutnya dengan sapu tangan, menunjukkan karisma dan kesopanannya sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dan tidak kebudak-budakan. Tidak seperti seorang budak sepuluh tahun langsung.
" Nama saya Danish Adni. Selamat berkenalan." Katanya mesra saat dirinya perasan diperhatikan aku. Aku menangguk dan hanya mampu membalas senyumannya.
Inikah kehidupan Danny?
Wow… Ibu dan bapa yang kacak, kakak yang jelita dan adik yang begitu sopan dan berhemah. Aku rasakan semua ini terlalu melampau. Mimpikah aku? Aku rasa macam nak gosok-gosok mata kerana tidak sanggup mempercayai semua ini adalah realiti.
Wow… Ibu dan bapa yang kacak, kakak yang jelita dan adik yang begitu sopan dan berhemah. Aku rasakan semua ini terlalu melampau. Mimpikah aku? Aku rasa macam nak gosok-gosok mata kerana tidak sanggup mempercayai semua ini adalah realiti.
" Danny tidak pernah kenalkan kami dengan teman wanitanya. Amyra berkenalan dengan Danny di mana?" tanya ibu Danny memulakan perbualan dengan aku.
" Club."
Aku terbatuk, tersedak air liur mendengar jawapan itu. Laju sahaja Danny menjawab. Bukan aku sahaja yang tersedak, ibunya juga seakan terkejut mendengar jawapan Danny itu. Dan aku rasa satu familynya pasti fikir aku ni perempuan club malam yang Danny main angkut sahaja untuk malam ini.
Ahhh!! First impression aku seperti diracik-racik dengan kejam oleh Danny. Lebih tepat, maruah aku.! Perhatian! Aku bukan perempuan club. Danny memang kejam!! Why danny, why!!
Aku renung Danny dengan pandangan yang paling tajam sekali yang menyatakan tarik balik kata-katanya itu. Dia sengih dan buat-buat tidak tahu, nampak sangat dia sengaja mengenakan aku.
Aku kenal sangat sengihan dan pandangannya itu. Aku gelarkan ia pandangan evil dan sengihan buaya kejam. Tak cute langsung.
Aku kenal sangat sengihan dan pandangannya itu. Aku gelarkan ia pandangan evil dan sengihan buaya kejam. Tak cute langsung.
" Mum, relaks la.. sekurang-kurangnya dia bawa teman wanita kali ini." Giliran kakak Danny pula menyelamatkan keadaan yang tiba-tiba jadi sunyi kerana statement Danny itu.
Aku cuba tarik nafas lega. Cepatlah dinner ni habis,
" bukannya boyfriend nya seperti tahun lepas.." Sambung kakak Danny.
Aku terbatuk lagi . Teman lelaki?
" Sis,.I still bring him along." Balas Danny sinis.
Him!! Lelaki kah? Teman lelaki ke!! Aku salah dengar ke? Atau semua ini mimpi? Kalau Danny ada teman lelaki, aku ini apa? Tak, tak, tak… maksud aku, kalau Danny ada teman lelaki, Danny ini gay ke? Tapi dia kan player, playboy, buaya… jadi dia biseksual ke?
Aku dah pening. Otak aku rasa berpinar-pinar. Dan belum sempat nafas dan fikiran aku kembali normal, pintu tiba-tiba terbuka.
Aku toleh dan lihat lelaki yang aku dan Syu selama ini stalker, lelaki yang bertegur ramah dengan aku tempoh hari. Dia berdiri di situ sambil tersenyum.
" Hai."
Aku rasa loya dan sekeliling aku terasa bergoyang-goyang ibarat gempa bumi. This is too much. Dunia Danny ini betul-betul tidak sesuai dengan aku.!!!