Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 25 September 2010

KL LOVE STORY 19



Aku merenung jam tangan pemberian arwah ayah yang aku sarungkan di pergelangan kiri ini. Jam tangan murah berharga RM10, yang arwah ayah belikan dari pasar malam di kampung tidak pernah lupa aku sarungkan ke mana-mana. Begitu juga hari ini.

Melihat gerakan lemah dari jarum jam itu, aku tiba-tiba teringatkan kampung. Rasa rindu membuak-buak saat ini,  walhal baru sahaja aku balik melawat kampung bulan lepas. Mungkin disebabkan terlalu banyak hal yang aku fikirkan di Kuala Lumpur ini. Mungkin juga disebabkan kekeliruan dan kegilaan yang Danny perkenalkan dalam hidup aku.

Dunia KL ini betul-betul memeningkan. Dunia Danny adalah lebih mengelirukan. Aku masih sukar mempercayai Danny adalah orang yang sebegitu. Jenis yang begitu. Inilah kancah dunia akhir zaman. 

Aku bersyukur diriku tidak terjebak dengan kehidupan seperti itu. Sebagai seorang wanita berpendidikan dan rasional, aku menghormati keputusan semua insan dalam menjalani hidup masing-masing, begitu jugalah aku hormati cara hidup Danny dan Farish.

Dan aku tidak nafikan kehadiran Danny membawa satu perubahan dalam hidup aku. Dialah orang pertama yang memperkenalkan aku konsep 'date' yang best, kehidupan yang penuh keceriaan , orang yang membuatkan aku gembira, malu, marah, geram, dan pelbagai perasaan lagi. Tidak pernah dalam hidup aku, aku mempunyai pelbagai perasaan dalam satu-satu masa, pada satu insan.

Kehidupan aku sebelum ini adalah normal, aku tidak pernah terfikir ia akan jadi seperti sekarang ini.

Tetapi, ia terlalu mengelirukan.

Danny.. kenapa dia seperti seorang yang terlalu sukar aku baca pemikirannya. Dia memulakan mengetuk pintu hati aku, kemudian memberikan aku satu kejutan yang terlalu kejam iaitu kisah hidupnya , gaya hidupnya serta kehadiran Farish. Adakah dia hanya mempermainkan aku? Jika betul dialah lelaki buaya yang paling kejam aku kenali.

" Hai,  kak Amyra!" seorang budak lelaki yang memakai cap nike hitam menegur ku secara tiba-tiba.  Aku pandang lama pada budak yang berusia 10 tahun ini. Anak sapalah pulak ni?

" Dah lupakan saya? Danish Adni."

Ah! Aku teringat.  

" Adik Danny!!" aku membalas dengan nada yang agak kuat. Tidak aku sangka aku akan terserempak dengan budak comel ini di stesen bas ini. Beberapa perempuan yang menunggu bas di sini, menjeling,  tidak senang dengan suara aku yang over volume itu.

Danish Adni berkerut seolah-olah pelik saat aku memanggilnya adik Danny.

" Saya bukan adik Danny. Saya anak dia."

Aku terlopong.

Danny dah ada anak? Jadi dia duda lah!!

Tapi dia nampak muda dan …. 

 Well, tiada apa lagi yang mengejutkan selepas aku mengetahui Danny bukannya lelaki straight. Namun ini adalah satu lagi kejutan yang melampau pasal kehidupan Danny. Yang aku peliknya, kenapalah di dada majalah tidak pernah memaparkan kisah hot seperti ini. Kan Danny itu famous, celebriti, top bachelor.. dan lain-lain lagi. 

Danish Adni tiba-tiba  ketawa membuatkan aku tertanya-tanya sebab dan kenapa budak ini perlu ketawa.

" Tipu je lah. Betullah apa yang abang Danny cakap. Kak Amyra ini mudah sangat kena usik, cepat kena tipu dan cepat percaya pada orang."

Adakah aku begitu? Danny cakap camtu ker? Adakah ini sebab dan musabab dia sentiasa membuli aku sebelum ini? 

Tetiba aku rasa rindu pada Danny. Sejak hal tempoh hari, dah dua minggu dia tidak pernah munculkan diri di apartment kami lagi. Adakah dia akan muncul tiba-tiba lagi seperti tempoh hari?Atau ...

Inilah yang terbaik kan? Inilah yang aku mahukan kan? Sekurang-kurang hati aku tidak akan dipermain-mainkan lagi, aku tidak akan lagi keliru dengan permainan love hate me  Danny itu.

Yang pastinya, aku tidak mungkin jatuh cinta dengan Danny, begitu juga Danny, kerana dia bukannya jenis lelaki untuk aku dan aku bukannya pilihan di hati Danny. Dia berbeza aku juga berbeza. 

Danish Adni duduk di sisi aku. Kakinya terjulur tidak sampai ke tanah saat dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Hehe… dak kecik yang comel.

Tiba-tiba dia menanggalkan topi yang dipakainya dan dijatuhkan ke lantai.

" Akak, tolong angkat"

Danish Adni memandang aku dengan kedua-dua matanya dibesarkan ala-ala cute. Aku senyum. Geramnya. Dia ni pasti dewasa kelak memiliki paras rupa yang kacak. Mungkin seperti Danny.  

Aku angkat dan menghulurkan padanya.

" Huh, buang masa saje saya sengaja datang untuk berjumpa kakak. Rupanya kakak ni perempuan lembap, kampung, naïf. Ikut je telunjuk orang.. takde pendirian langsung. Senang dipermainkan, camne nak survive kat KL ni? Inikah orang dewasa? Macam mana nak jadi teladan dan role model pada budak-budak? Memalukan! "

Melopong aku. Terkebil-kebil aku memandangnya dan terkulat-kulat aku mendengar bicaranya yang pedas dan lancang itu. Jauh berbeza dengan perangainya di rumah mereka tempoh hari ini dan ketika bertegur sapa dengan aku sebentar tadi. Manakah Danish Adni yang cute ? Aku dah salah orang ke? Bila masa pula tertukar ni?


Dia mengambil topinya dari tangan aku secara kasar.

Aku pelik. Kenapa tiba-tiba Danish Adni ini berubah perangai?

" Jadi, belanja saya aiskrim."
" Ha!!??" terkejut aku.
" Saya dah bersusah payah berjumpa kakak dan membuang masa. Conclusionnya, kakak ini sama sahaja macam perempuan biasa yang lain.. Biasa yang bosan." 

Biasa.. Perempuan biasa?!!

Danish Adni menongkat dagunya seolah-olah dia bosan dan lebih kejamnya, dia memandang ke tempat lain sambil merungut panjang.

" Perempuan biasa yang bosan. Kehidupan biasa yang bosan. Dewasa biasa yang bosan. Semua pasal kakak cuma bosan..bosan.. bosan…Kakak patut minta maaf pada saya kerana membuang masa saya sahaja untuk datang ke sini. "

Dush..dush..dush... aku rasa macam hati dan perasaan ini disiat-siat dengan panahan kata-katanya yang kejam itu. 

Danish Adni memandang aku. Pandangannya seperti menyuruh aku meminta maaf kerana telah menyusahkannya.

" Maaf?." kataku walhal aku keliru, bila masa pula aku bersalah dalam semua ini.

" Huh.. " Dia turun dari bangku.

"  Aiskrim.." katanya.
"  Er.. ok.."

Aku mengikut langkah budak kecil ini yang tiba-tiba hadir dalam hidup aku. 

previous                                                                                                next






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'