Kini baru aku sedari yang aku tidak pergi kerja hari ini. Semuanya gara-gara terserempak dengan Danish Adni ini di perhentian bas dalam perjalanan ke tempat kerja tadi. Kemudian disebabkan aku tidak reti menolak ajakan ( aku rasa macam arahan mandatori) dari si kecil ini, akhirnya aku kini berada di taman permainan sambil melayan karenahnya.
Satu persatu permainan dimainnya. Dari buaian sampai gelongsor dan letih juga aku berulang alik memenuhi permintaannya. Sekejap hauslah, laparlah, nak aiskrim lah. Selamatlah kedai runcit berdekatan sahaja dengan taman permainan itu, kalau tidak aniayalah aku nak memuaskan hati si kecil ini.
Aku hulurkan air coca-cola padanya. Harap-haraplah inilah permintaanya yang terakhir. Aku sudah tidak larat nak mengulang-alik dah ini.
" Saya nak diet coke."
"Ha…."
Diet coke ke?Budak kecik pun tahu pasal diet coke ke? Nampaknya kena berulang lagi lah ke kedai itu. Huhuh…
Baru sahaja aku nak berpatah balik ke kedai, dia menarik tanganku. Menahanku.
" Gurau sahajalah."
Ee… si kecil ini seperti Danny versi kecil lah. Asyik nak buli and kenakan aku je.
" Akak ni cantiklah bile kene usik macam ini."
Amboi.. manisnya ayat, tadi bukan main lagi.
Dia meneguk air coke itu. Aku diam sahaja. Rasanya dah nak hampir lewat petang ini. Keluarganya tidak risau ke kalau dia balik lambat begini? Entah-entah dia tidak beritahupun mereka yang dia ke sini. Habislah aku kalau familynya buat report polis.Err....
Aku rasa kecut perut memikirkan semua ini. Aku akan masuk penjara ke? Aku kena suruh family dia ambik dia ni balik. Siapa familynya yang aku kenal? Takkan nak telefon Danny kot? Aku baru sahaja berkeputusan tidak mahu terlibat lagi dengannya.Oh tuhan!!
" Saya rasa gembira sangat hari ini. Terima kasih kak Amyra." Katanya lembut penuh sopan dan hormat. Dia tersenyum manis.
Oohhh.. si kecil prince charming dah kembali semula.
Alahai, ahli keluarga Danny memang macam ini ke? Sweet tetapi mengelirukan.
" Jadi saya akan beritahu akak satu rahsia."
Aku teruja. Rahsia? Aku suka bab-bab rahsia ini. Mesti si kecil ini nak beritahu pasal budak perempuan yang dia suka ke, atau perangai bucuk die syok tidur ngan bantal busuk, atau kencing malam. Aku sengih sendirian. Mesti sesuatu yang memalukan dan lucu. Alahai, comelnya.
" Abang Danny beritahu dia sudah jatuh cinta pada gadis malam 14 Feb."
Aku diam. 14 Februari?
Si kecil ini senyum lebar. Dia mendekati ku dan tanpa dipinta, mencium pipi kiriku.
" Kita pasti akan jumpa lagi." bisiknya.
Dia terus meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga dengan ' rahsia' nya ini.
14 Februari? Malam 14 Feb?
Itu adalah tarikh kali pertama aku berjumpa Danny di club. Mungkinkah?.....