Tak mungkin, tak mungkin… tak mungkin kan?
Mengingati kembali kata-kata Danish Adni tempoh hari adakah dia merujuk pada aku? Atau pada perempuan ala-ala model yang Danny keluar dari club bersama-sama malam itu?
Dan sekiranya kata-katanya betul.. Jika betullah..
Adakah Danny betul-betul sudah jatuh cinta? Tapi… tapi…
Dia kan dah ada Farish?
Lagi satu boleh percaya ke kata-kata budak kecil ini yang menghabiskan masanya sehari suntuk mengarah dan membuli diriku? Si kecil ini pasti hanya mempermainkan aku? Kan?
" Amyra! Aku dah lambat ni!" kata Syu. Dia kelihatan gelabah dan kelam kabut.
Sambil keluar dari biliknya, dia menarik bagasi beroda yang sederhana besar bewarna hitam yang sering dibawanya apabila dia bekerja di luar negara.
" Aku off to Japan seminggu ni. Kau jaga rumah elok-elok k?" pesan Amyra seolah-olah aku ini kanak-kanak sepuluh tahun yang tidak pernah tinggal seorang di rumah. Padahal dah banyak kali dia fly overseas dan aku lihat , inilah kali pertama Syu seakan berat hati mahu meninggalkan aku.
Dia memegang bahuku lembut.
" Kalau apa-apahal, cari Danny atau Farish kat tingkat atas okey?"pesannya.
Aik, apahal laks nak cari Danny dan Farish?? Bila masalah pula diorang jadi guardian aku??
Dan mengapakah Syu cakap seolah-olah dia dah biasa berjumpa dua mamat itu walhal aku rasa dah dekat 3 minggu, aku tidak pernah terserempak dengan mereka. Senyap- senyap je Syu ini.
"Kau selalu jumpa Danny ke?"
Syu cepat-cepat menyarung kasut tingginya, tidak menjawab pertanyaan aku.
" Bolehlah juga. Dia ada je kat rumah Farish tu." Akhirnya Syu memberitahu dalam terpaksa.
"Oo…"
Aku terkejut!!. Rupanya Danny ada di sini. Tetapi, sepanjang ini, tidak pernah aku terserempak dengannya. Tempat ini bukannya besar sangat.Tak mungkin, kami tidak bertembung kecuali...
Dia kini sengaja mengelak dari aku.
Aduhai, kenapalah hati ini rasa terguris. Bukankah aku yang pinta semua ini jadi seperti begini. Aku dan dia, satu dunia yang berbeza.
" Kau syik fikirkan samada Danny tu gay ke tak yer?" Syu tiba-tiba menegur saat melihat riak air muka ku suram. Nampaknya aku gagal menyembunyikan perasaan terguris aku ini dari mata tajam dan sixth sense Syu.
" Tanyalah dia sendiri. Kalau tak tanya, tak tahu." Sambungnya lagi.
Aku diam, memikirkan bahawa kata-kata Syu itu betul. Namun, aku tidak punya keberanian untuk itu. Aku takut pada jawapannya. Aku takut jika ia nya betul, kerana jika itu adalah kebenarannya, aku takut hati ini akan lebih terguris. Aku takut pada kebenaran itu.
Kerana, hakikatnya, jauh di sudut hati, aku berharap mungkin aku dan Danny...
Mungkin punya masa depan bersama? haha, lucunya bila mengharap pada satu kemungkinan yang tidak pasti.
" Kenapa kau tak tanya hari tu kat rumah dorang. Bukanke kau juga yang beriya-iya nak tau hari tu?"
" Eh, aku pulak! Dah kau menonong je keluar camtu, pastu Danny kuar kejar kau. Aku blur lah.."
" Apsal tak tanya Farish time tu?
" Sebab dia terlalu kacak hari itu. Aku hilang ingatan jap."
Huh, boleh ker terima alasan camtu?
Syu membuka pintu depan untuk keluar.
" Tapikan…lepas Danny balik dari kejar kau hari tu, dia nampak sangat berbeza.Dah tak fun lagi dah. "kata Syu dan dia terus keluar.
Aku getap bibir rasa bersalah. Adakah sebab aku?
Previous next