" Nama kamu Airis.."
Dia terjaga dari lenanya. Di celah tingkap kecil ini, cahaya bulan mencuri masuk, menyinari ruang dunianya ini.
Dia bangun dan mencuci wajahnya dengan air jernih dari kolam berdekatan. Sekumpulan kunang-kunang bewarna –warni menemani langkahnya.
Dan entah kenapa bayangan kisah silam mengetuk pintu hatinya.
" Kamu masih dengan keputusan ini?"
Dia mengangguk.
" Airis, permintaan kamu ini terlalu berisiko. Ayah tidak sanggup."
Dia mengenggam tangan ayahnya, mengharap lelaki ini mengerti bahawa dia tekad dengan keputusan ini dan bersedia menerima segala kesannya.
" Airis, kamu fahamkan. Untuk semua ini, kamu kena korbankan kebebasan kamu. Kamu akan terperangkap di sini..selamanya."
Dia sekali lagi mengangguk. Lelaki yang dipanggilnya ayah itu mengusap ubun kepalanya. Di matanya, dia lihat lelaki itu sedang serba salah diantara kasih dan permintaan anak kesayangannya ini.
Dia mencium pipi ayahnya.
" Airis pasti akan bahagia."katanya memberikan janji.
Lelaki itu menitiskan air mata yang tidak tertahan lagi.
" Pengorbanan kamu ini, pastikan dia dengar suara kamu. "