Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 19 September 2010

Suara Mytamor 4



Kemeriahan, keindahan dan keramaian. Mereka semua berpakaian indah-indah, bergelak ketawa, bergembira di sini. Meriahnya suasana keramaiannya ini. Lelaki dan wanita saling bergurau senda, kanak-kanak berlari riang dan yang tua saling berbalas bicara antara satu sama lain. Semuanya sempurna.

Keramaian menyambut puteri kesayangan dari bandar Olan. 

Semua ini bosan.

Adam menguap tidak dapat menahan lagi rasa kebosanannya. Si 'bising' yang berada di atas bahunya kali ini hanya membisu tidak berbicara. Selalunya si 'bising'lah yang paling kecoh,  tidak henti-henti berceloteh dan mengajuk bicara orang lain dan kekadang menyakitkan hati dengan kata-kata pedasnya.

Adam memerhati hadirin di sini,mengharap kalau-kalau dia terlihat kelibat seseorang yang dikenalinya. Tunangannya masih belum tiba dan kemungkinan akan lambat, memberinya kesempatan untuk menjadi lebih bosan. Dia bosan menunggu. Dia bosan dengan majlis ini. Semuanya bagai sebuah lakonan yang penuh kepura-puraan. 

" Dali!" panggilnya pada seorang jejaka yang sebaya dengannya. Dali dilihatnya kelihatan terjenguk-jenguk, keliru dengan majlis ini. Almaklumlah, dia baru sahaja pulang dari memburu, maka tidak tahulah dia bahawa keramaian disambut hari ini.

" Tuan muda."
" Jom." Adam menarik Dali dan kedua-dua mereka menyelinap meninggalkan majlis ini tanpa disedari sesiapapun.

previous                                               next



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'