" Aku rindu kamu. "
Dali ketawa. Adam menanggalkan kasutnya.
" Aku cinta kamu. Muaaahhh…"
Pang!!! Terbang kasut Adam kena pada Si 'bising' dan burung kakak tua itu terbang jauh sambil mengulangi dialog tadi.
" Grr… tak gunanya burung. Asyik ulang dialog sensored tu saje! Mana lah dia dengar dan ajuk." Rungut Adam geram dengan si 'bising' yang bising ini.
Dali ketawa, dia kemudian baring di atas hamparan rumput yang menghijau ini, sambil merenung langit yang luas. Adam turut baring di sisinya.
" Tuan muda tidak patut tinggalkan majlis keramaian itu tadi. Tunangan tuan muda tu khabarnya seorang jelitawan dan tidak manis sekiranya tuan muda tidak berada di situ bila dia sampai nanti."
" Tuan muda.. tuan muda.. skemalah! Cakap macam biasa boleh tak? Formal-formal pula!"
Dali senyum. Melihat wajah Adam yang sedang merah mencuka itu, Dali tahu dia terpaksa menurut kehendak Adam, anak tuannya.Anak Tuan Arif-lelaki yang memiliki bandar ini.
Di dunia ini, adalah satu kebiasaan bagi golongan bangsawan mempunyai 'teman' seusia yang akan mengiringi mereka dari kecil hingga dewasa. Golongan ini digelar 'serf', dan mereka hidup,mati untuk tuan mereka. Kehidupan dan masa depan mereka ditentukan oleh tuan mereka.
Adam dilahirkan dikalangan bangsawan itu, malahan keturunannya adalah lebih mulia dari golongan bangsawan yang lain.
Kisah hidup Dali bukanlah seindah mana. Dilahirkan dari golongan' serf', selepas kematian ibu dan ayahnya, dia yang kecil ketika itu dikutip dan dijaga oleh keluarga Adam, sebagai teman sepermainan Adam yang seusia dengannya.
Adam dilahirkan dikalangan bangsawan itu, malahan keturunannya adalah lebih mulia dari golongan bangsawan yang lain.
Kisah hidup Dali bukanlah seindah mana. Dilahirkan dari golongan' serf', selepas kematian ibu dan ayahnya, dia yang kecil ketika itu dikutip dan dijaga oleh keluarga Adam, sebagai teman sepermainan Adam yang seusia dengannya.
Walaupun menjadi milik Adam, dia tidak pernah merasakan terkongkong atau dilayan hina, kerana Adam sangat berbeza dari golongan bangsawan yang pernah dikenalinya. Darjat bukannya suatu isu yang Adam pentingkan dan dia sangat bersyukur berada di sisi Adam. Kerana Adamlah insan yang pertama melayannya sebagai seorang sahabat dan dia sangat bertuah memiliki tuan seperti Adam.
" Hei, Dali. Ceritakanlah pengalaman pertama kau di hutan itu."
" Aku jumpa mytamor."
Adam bingkas bangun dan merenung Dali bagai tidak percaya. Makhluk lagenda itu masih wujud lagi di hutan itu.
" Betul?"
" Ya. Ia sungguh cantik.Bukan sahaja sayapnya, segala tentang ia sangat cantik."
Dali masih lagi teringatkan kecantikan mytamor tempoh hari, terbayang-bayang di matanya.
" Ah, cemburunya aku. Bagusnya kalau aku dapat pergi ke hutan juga."
" Bila aku sudah jadi pemburu handal, aku pasti boleh bawa kau ke hutan. Tuan Arif pasti akan benarkan."
Adam ketawa.
" Kau nak jadi pemburu handal? 100 tahun lagilah aku kena tunggu."
Dali mencebik. Tidak supportive langsung tuan muda nya ini. Tetapi memang itulah impiannya. Dia ingin membawa Adam keluar dari bandar ini, pergi ke tempat lain. Sebagai teman sepermainan Adam, sahabat dan hamba yang setia, dia ingin memberikan kebahagiaan kepada Adam.
" Tapi, aku sangat gembira bila kau cakap macam tu. Terima kasih." kata Adam lembut. Mereka berbalas senyuman.
Kur..kur…