Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 20 September 2010

Suara Mytamor 6


Tuan Arif mempamerkan sayap mytamor yang diperolehnya dari Dali dan Aro. Semua tetamu terhormat disitu, seakan terpukau melihat kecantikan sayap mytamor- makhluk lagenda yang semakin pupus itu.

Dali dan Adam menyelinap di antara kerumunan ramai itu.

Beberapa jurugambar kelihatan menggunakanl kesempatan ini untuk mengambil gambar sayap makhluk lagenda itu. Sudah hampir 5 tahun, tiada sesiapapun pernah menjumpai mytamor dan terdapat desas-desus mengatakan mytamor telah pupus, namun penemuan sayap ini mengejutkan masyarakat.

" Entah-entah tiruan."

Tuan Arif mendekati perempuan yang berisi badannya dan agak lantang bersuara tadi itu.

" Saya dikenali seorang yang jujur. Andaian cik betul-betul mengejutkan saya. Jadi untuk menunjukkan ianya adalah tulen, cik boleh sentuh dan lihat sendiri."

Perempuan itu cepat-cepat menyentuh sayap mytamor itu, serentak ianya bercahaya dan kelihatan serbuk-serbuk keemasan jatuh dari sayap itu.

Perempuan itu terkejut, begitu juga semua hadirin, kerana sayap mytamor didambai kerana kecantikan dan keajaibannya menghasilkan serpihan keemasan yang dikatakan membawa tuah dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. .

" 100 000." Seorang lelaki terus menyebut nilai harga dan proses tawar menawar pun berlangsung.

Adam mengeluh. Dia dan Dali terus keluar dari bilik lelongan itu.

" Mengaut keuntungan dari kematian dan penderitaan makhluk itu, aku rasa jijik dengan ayah aku sendiri. "
" Tapi tuan Arif cuma seorang pedagang."
" Mendagang manusia?. Kau sudah lihat sendiri dengan mata kepala kau kan?! Mereka cuma manusia yang berbeza dari kita. "

" Manusia yang mempunyai sayap, menghasilkan emas dan tidak boleh berbicara? Itu bukan manusia, itu raksasa!" suara yang garau itu meningkah kata-kata Adam.

Dali cepat-cepat menunduk hormat pada Tuan Arif yang rupanya mengekori mereka.

" Adam Haikal! Jaga kata tutur kamu!"
" Kenapa? Ayah malu mempunyai putera yang mempunyai pemikiran radikal dan bertentangan dari diri ayah sendiri?" balas Adam.

Dali hanya membisu. Dilihatnya, Tuan Arif berkerut menahan marah dengan kata-kata Adam yang terlalu lancang.

" Kamu sudah pun memalukan ayah dengan tidak berada di sini semasa tunangan kamu tiba tadi."
" Saya tidak pernah bersetuju dengan pertunangan ini."
" Persetujuan kamu tidak punya nilai di rumah ayah."

Adam mengentap bibirnya, geram dengan kata-kata dan pendirian orang tua ini. Walaupun . dia tahu di rumah ini ketuanya adalah Tuan Arif. Semua adalah di bawah perintah Tuan Arif. Satu Bandar ini kepunyaan Tuan Arif.

Tapi dia bukan milik Tuan Arif. Dia bukannya barang dagangan untuk kepentingan lelaki ini.
Adam beredar. Tidak guna dia berbahas dengan lelaki yang hanya mementingkan diri sendiri dan pendapatnya sendiri.

" Adam!!"

Anak muda yang baru mengjangkau 20 tahun itu tidak mempedulikannya.

Tuan Arif menarik nafasnya dalam-dalam. Dia juga pening dengan karenah Adam ini. 

Mengapakah puteranya ini tidak mendengar cakapnya. Putera ini terlalu degil! Terlalu terpengaruh dengan konsep pembaharuan evolusi dari saintis gila itu. Manusia konon!

Mytamor cuma bahan eksperimen saintis itu yang terlalu taksub dengan pencampuran DNA dan evolusi manusia, yang akhirnya menghasilkan makhluk yang mempunyai separa fizikal manusia. Jijik!  Baginya mytamor hanya satu bukti kegagalan sains.
Mengapakah Adam tidak berfikiran sepertinya!

" Dali."
" Ya, Tuan Arif."
" Perhatikan Adam. Saya tidak mahu pemikirannya terus diracuni dengan idea-idea gila tentang mytamor. Faham!"

previous                                                                                next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'