Dilahirkan dalam keluarga hartawan eksport import yang terkenal di Malaysia, beliau merupakan pewaris sulung yang menerajui Damya Holdings Limited. Dan dengan kurniaan paras rupa dan susuk tubuh seorang model, beliau yang juga mempunyai darah kacukan german-japan-malay ini turut melibatkan diri secara sambilan dalam modeling.
Namun, beliau bukan bersandarkan paras rupa sahaja, anak lelaki Dato Dr.Khir Abdullah ini juga berkelulusan MBA dari Universiti Harvard. Maka tidak sangsi lagilah pakej lengkap Daniel Fazran ini telah melayakkan beliau memenangi gelaran the top eligible bachelor CLEO.Kali pertama, penulis berjumpa dengannya untuk temu ramah, beliau seorang yang berpersonaliti ceria dan bijak, memudahkan penulis rasa selesa sepanjang temu ramah dijalankan...
Aku berhenti membaca berita hiburan ini. Majalah-majalah ini aku peroleh dari Syu memandangkan dia ini adalah pengumpul setia isu-isu hiburan semasa.
Mengapa aku berminat hendak mengetahui latar belakang Danny secara tiba-tiba? Aku pun tidak tahu. Mungkin aku ingin mengenali Danny lebih dekat? Hmm… atau mungkin aku ingin dapatkan jawapan pada penilaian aku selama ini terhadap Danny.
Aku belek majalah yang lain pula.
Terdapat gambar dia kelihatan mesra bersama dengan perempuan lain. Ni kat club mana la pulak? Aku selak lagi..
Huh,,, gambar dengan perempuan lain bertukar-tukar macam tukar baju. Mungkin kawan kot? Ramainya kawannya yer? Lelaki kaya hensem seperti dia mestilah ramai perempuan yang mengejar dan tergedik-gedik. Terdetik di hatiku yang aku tidak mahu menjadi seperti itu.
Huh,,, gambar dengan perempuan lain bertukar-tukar macam tukar baju. Mungkin kawan kot? Ramainya kawannya yer? Lelaki kaya hensem seperti dia mestilah ramai perempuan yang mengejar dan tergedik-gedik. Terdetik di hatiku yang aku tidak mahu menjadi seperti itu.
Aku selak lagi yang lain. Kali ini berharap dapatlah bukti beberapa keping gambar dia dengan pasangan lelaki ke... dengan Farish mungkin..
Takde..
Takde…
Takde…
Wah!! Pandai betul Danny ni men'cover' kisah gelap nya ini yer?!!
Ding, dong…
Tiba-tiba loceng rumah aku berbunyi.
Tiba-tiba loceng rumah aku berbunyi.
Aku bangkit dari duduk dan bergegas ke pintu. Sememangnya aku menantikan tetamu, dan tetamu itu adalah pekerja Dell yang sepatutnya datang awal. Sebaliknya sudah lebih sejam aku menunggu batang hidung dia. Site service konon.
Komputer riba aku ni pun satu, waktu kerja berlambak-lambak perlu disiapkanlah, ia meragam. Hah, itukah padahnya bila aku tidak siapkan awal-awal di ofis tempoh hari. Sekarang ini hujung minggu, selamatlah Dell customer centre tu dapat juga hantar seorang pekerjanya untuk tengok laptop aku walhal sepatutnya hanya di hari bekerja sahaja.
Komputer riba aku ni pun satu, waktu kerja berlambak-lambak perlu disiapkanlah, ia meragam. Hah, itukah padahnya bila aku tidak siapkan awal-awal di ofis tempoh hari. Sekarang ini hujung minggu, selamatlah Dell customer centre tu dapat juga hantar seorang pekerjanya untuk tengok laptop aku walhal sepatutnya hanya di hari bekerja sahaja.
Tombol pintu aku pulas dan pintu aku buka.
Seorang lelaki yang berambut panjang dan bert-shirt warna krim lembut berdiri di depan pintu ku.
Farish!!?
Farish!!?
Pap!!
Secara reflex pintu aku tutup. Berdetum bunyi pintu itu saat dihempas tutup oleh aku.
Gelabah. Ya, aku gelabah. Apa yang Farish buat kat sini??
Ding, dOn..ding don… ding…don…!!!
Berulang-ulang bunyi loceng ditekan, sengaja menyakitkan gegedang telinga ini.
Farish nak mengamuk ke? Pintu tadi adakah terkena muka dia yang kacak tu jadi dia nak saman aku ke? Tak, kalau diikutkan personaliti Farish yang aku kenali , dia seorang yang berhemah, lemah lembut dia takkan berkasar dengan perempuan.Itu yang pasti!
Dengan kepastian itu, pintu aku buka.
Farish terus menunjukkan kad tag namanya siap ada gambar lagi padaku. Aku baca tag nama itu.
Raiyan Farish , Dell technician… no ic…
Farish terus menyimpan tag namanya itu tanpa sempat aku habis membaca tag line itu. Dan tanpa dipelawa dia terus masuk.
Terus menuju ke komputer riba aku yang memang sengaja aku letakkan di meja makan, sudah siap sedia untuk dibaiki.
Terus menuju ke komputer riba aku yang memang sengaja aku letakkan di meja makan, sudah siap sedia untuk dibaiki.
“ Saya tengok apa masalahnya.” Katanya apabila komputer riba aku yang malang itu didekatinya. Dia mengikat rambutnya yang dilepas tadi, menyerlahkan bentuk rupanya yang sentiasa berjaya membuatkan hatiku berdegup rancak tiba-tiba.
Dari dekat begini, aku lihat tiada cela langsung di wajahnya. Selalunya lelaki muka berkopak sana, berkopak sini.. dia licin betul. Putih dan kelihatan lembut. Mandi susu kot?
Farish tiba-tiba terkaku. Matanya terpaku pada majalah-majalah yang terpampang wajah-wajah Danny. Kisah hidup danny, semuanya tentang Danny.
Darahku rasa tersirap, terkejut, gamam seketika. Pantas aku rampas majalah-majalah yang terbuka itu,camnalah aku tidak sedar yang tadi aku dok membelek-belek majalah tu depan laptop yang rosak ini. Mak ai, malunya. Terutama page depan majalah tadi, adalah gambar Danny modeling untuk Levi's. Dia hanya memakai seluar jeans levi's dan menampak kan susuk tubuhnya yang …
Ok.. Amyra!!! Stop!!
Sekarang mesti Farish ingat aku ni pervert!
Huhuuhu…
Aku tidak berani memandang Farish. Apalah agaknya reaksi dia.
Bunyi keyboard ditekan laju menyedarkan aku. Aku pandang Farish yang rupanya tidak kisah tentang hal itu. Dia sibuk membetulkan laptop aku, tumpuannya hanya pada kerjanya. Dia betul-betul serius tidak seperti Farish yang aku kenali, yang ramah dan sentiasa tersenyum itu.
Aku mengambil kesempatan ini beredar ke ruang tamu, angkut bersama dengan majalah tadi tu yer.
Aku toleh lagi pada Farish yang tekun dan fokus untuk membetulkan computer riba aku itu. Aku lihat di telinga kirinya terdapat subang silver dan jika tidak salah aku terdapat tulisan karekter cina di situ. Agaknya apa maksudnya?
Lebih kurang setengah jam Farish membetulkan lappy kesayangan aku itu. Sedikitpun dia tidak bersuara atau menoleh pada aku. Mungkin dia masih lagi terkecil hati, hal aku hempas pintu depan muka dia tadi kot. Aku julur kaki yang lenguh ini, agaknya lepas ini aku wajar minta maaf padanya.
“ Dah siap.”
Terkejut aku! Tiba-tiba sahaja Farish menegurku. Dia sudah pun berdiri di sisi aku. Aku tarik kaki yang terjulur tadi, Ish amyra, tak sopan langsung.
Aku pandang pada laptop yang sedang menyala itu. Tadi tak boleh buka, gelap.
Aku pandang pada laptop yang sedang menyala itu. Tadi tak boleh buka, gelap.
Farish mengambil barangnya , siap untuk beredar.
“ Err.. terima kasih.”
Dia senyum. Dan tiba-tiba tangannya mengusap ubun dahiku. Aku tergamam. Terkedu, saat merasakan jemarinya membelai rambutku. Lembut dan penuh kasih sayang sentuhannya itu, membuatkan debaran hati ini kembali berdegup kencang-mempermainkan perasaanku.
“ Habuk.” Katanya seakan tahu aku terkejut dengan tindakannya..
‘ Oh..” cepat-cepat aku gosok kepalaku.
“Em.. Nah. Kalau ada apa-apa hal. Call okey? Syu cakap awak tinggal seorang minggu ini.”
Farish menghulurkan sekeping kertas tertera nombor telefon.
Farish tiba-tiba diam seketika seolah-olah ada benda lain yang ingin dia cakapkan. Dia memandang aku dan begitu juga aku. Kami diam lagi.
Aku lihat wajahnya seakan ada sesuatu yang difikirkannya. Kelihatannya seakan serba salah untuk dia cakapkan. Apa agaknya?
Aku lihat wajahnya seakan ada sesuatu yang difikirkannya. Kelihatannya seakan serba salah untuk dia cakapkan. Apa agaknya?
Pasal Danny ke?
Farish terus keluar.
Dan saat pintu itu tertutup, aku rasa seakan terkilan.