Cuaca saat ini- mendung, baru sahaja lepas hujan;
Mak aku selalu mengingatkan bahawa hujan itu rahmat Allah, tetapi aku tidak dapat membuang perasaan aku yang memang tidak selesa dengan kehadiran hujan. Aku benci suasana sejuknya, keadaan air berlopak-lopak yang kotor dan semuanya tentang hujan. Ia buat mood aku tak stabil. Aku akan jadi lebih cepat marah.
Sebab itulah aku keluar ofis awal hari ini. Selalunya aku tidak kisah sekiranya disuruh kerja lebih masa dan balik lewat selepas pukul 6 petang. Aku tidak kisah. Tetapi bukan hari ini. Pukul 6 sahaja, aku terus meninggalkan ofis,berjalan pantas menuju ke stesen LRT terdekat.
Jadi dengan berpayungkan payung warna hijau pekat yang aku beli di kedai 7-eleven, aku harungi laluan pejalan kaki yang penuh dengan lopak air. Urghh~
Sambil berjalan aku mengingati perbualan aku dengan mak malam tadi.
“ Amyra, mak nak kau balik esok tau. Atuk kau ada benda yang hendak dibincangkan.”
“ Ada apanya? Malaslah mak..Benda penting ke?’
“Penting ni.. Pasal masa depan kau. Kau balik je dulu. ” gesa mak lagi.
Uish… lain je bunyi itu. Masa depan?
Maka, dijadikan cerita, hari ini aku akan balik ke kampung. Tiket bas pun sudah aku beli pagi tadi. Jadi malam ini, pukul 8 aku akan bergerak balik ke kampung. Cuma aku bimbang tiada sesiapa di rumah. Syu masih lagi di luar negara dan aku mungkin akan berada di kampung sampai hujung minggu ini. Siapa yang boleh aku harapkan untuk melihat-lihat rumah kami.
Mungkinkah aku boleh hantar sms suruh Farish tolong tengok-tengokkan rumah. Tempoh hari dia ada bagi no telefonnya padaku.
Aku berhenti melangkah dan menyelongkar beg tangan yang digalas di bahu kanan ku. Harap-harap ada lagilah kertas tu dalam beg ini.
Sikat, resit, purse, resit, telefon bimbit, resit.. Haih..banyak pula koleksi kertas-kertas resit aku dalam beg ini.
Sheehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~
Serta merta aku rasa badanku basah. Dari dada hingga ke bawah, habis basah. Bukan sahaja basah, kotor pula tu.Aku rupanya telah terkena air dari lopak di jalan raya yang betul-betul bersebelahan dengan laluan pejalan kaki ini. Tak guna!! Siapalah yang bawa kereta laju gila time-time lepas hujan ini. Tidak berhemah!! Mementingkan diri sendiri!!
Aku pandang kereta yang bertanggungjawab membuatkan aku menjadi sebegini rupa. Kereta mewah warna merah yang berplat kuala lumpur itu berhenti tiba-tiba di sisi jalan .
Ish…
Hari jumaat yang mulia pun ada orang yang sengaja membuli pejalan kaki seperti aku ni. Pemandu ini, mentang-mentanglah kereta mewah, besar, bunyi enjin cam enjin kapal terbang, suka hati sahaja dia bawa kereta laju-laju di jalan raya ini. Pembuli jalan raya betul!! Sebab itu aku benci orang yang bawa kereta besar-besar ni. Mentang-mentanglah aku ni jalan kaki sahaja, langsung tidak dihormati.
Aku teruskan perjalanan aku dan selamba sahaja lalu di sebelah kereta yang masih berhenti di tepi jalan itu. Beg tangan aku kepit di celah ketiak erat-erat. Sekarang ni kan banyak kes ragut, apa salahnya aku mengambil langkah berjaga-jaga.
Cermin tingkap yang ditinted gelap itu tiba-tiba diturunkan perlahan-lahan. Aduh, pehal pulak ini..
“ Sorry.. I tak perasan ada lopak air tadi. Habis kena you..”
“ Sorry naik lori lah!!” nak sahaja aku cakap macam tu. Kalaulah aku ada keberanian untuk mentempik orang seperti itu. Namun, seperti sedia maklum, aku tahu aku tak cukup berani lagi.
“ takpe..” balasku perlahan, walau dalam hati hanya tuhan sahaja tahu betapa aku rasa nak belasah tuan kereta ini. Nak je aku calar-balarkan kereta dia nih. Berlagak dan tidak bertimbang rasa semasa memandu!!!
“ Mana boleh camtu. Mari saya ganti baju yang kotor ni. “ tegas si pembuli jalanan ini.
Eleh buat-buat baik laks.. Berlakon je tuh..
“ takpe.. takpe..” kataku sambil memandang si pemandu yang bercermin mata gelap ini. Siang-siangpun pakai spek mata gelap.
Lelaki itu senyum manis. Dia mengingatkan aku pada Danny. Bukan itu sahaja, aku lihat gayanya dan suaranya mirip si buaya itu. Aku belek lagi lelaki ini.
“ Mari naik Amyra, saya ganti baju yang kotor tu.” Dia menanggalkan spek mata hitamnya. Dia menyengih.
Sah!! Danny.
Aku tergamam. Aku tidak tahu apa reaksi yang patut aku tunjukkan, adakah disebabkan aku tidak sangka dapat berjumpa lagi dengannya, atau aku terlalu teruja dapat berjumpa dengan lelaki ini.
“ Naik.” Katanya memberi arahan.
Aku masih lagi terpaku di situ, bak patung cendana dalam cerita tv9 tuh :>.
“ Naik kereta nih.” Dia mengulangi arahannya, kali ini tegas dan garang. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta di bahagian tempat duduk penumpang.
“ Seat sebelah saya.”
Aku menurut, bergerak ke sebelah kiri kereta dan pintu kereta itu aku buka.
Sekali lagi aku terpaku. Terfikir adakah wajar aku masuk ke dalam kereta Danny ini. Semua ini seolah-olah kembali menyerah diri pada si'buaya' ni dan terus menerus terjebak dalam kehidupan Danny. Kehidupannya yang sebelum ini tidak mahu terlibat langsung! Langsung!
“ Masuk.” Katanya bila melihat aku masih lagi ragu-ragu untuk masuk ke kereta ini. Malahan kali ini dia membunyikan hon keretanya berulang kali. Kuat dan bertalu-talu. Memang mendesak betul lah mamat ini.
Aku masuk dan kereta mewah ini terus meluncur laju ke destinasi yang aku sendiri tidak diberitahu.
“ Awak nak bawa saya pergi mana?”
“ Awak nak pergi mana?” Tanya Danny pula. Berteka teki pula dia ni.Sememangnya, dia sengaja tidak mahu memberikan jawapan yang memuaskan hati aku.
Aku diam. Malas aku nak berbalas hujahan dengan dirinya, kerana aku tahu aku pasti akan rasa sakit hati balik.
Dia ketawa, seolah-olah tahu apa yang difikirkan aku.
“ Awak ada rindu saya?” tanyanya tiba-tiba.
Aku tersedak saat soalan itu tiba-tiba diajunya. Rindu? Adakah selama ini yang aku rasakan adalah rindu? Kalau aku rindukan dia, adakah dia juga begitu? Jadi apa yang perlu aku jawab.? Rindu? Takkanlah..
Danny ketawa.
“ kidding-kidding!! Tak payah jawab okey.”
Dia terus menekan minyak, laju sahaja kereta ini merentasi jalan raya yang tidak sibuk ini.
“Saya asyik memikirkan apa yang awak katakan tempoh hari.”
"Dunia awak berbeza Danny. Gaya hidup awak, semua ni terlalu gila untuk saya. Saya takut untuk masuk dalam hidup awak Danny. Saya takut saya akan terperangkap dalam kegilaan ini."
Aku teringat kata-kata aku hari itu. Rasa serba salah mula menyelubungi perasaan aku ini. Aku getap bibir. Apa yang patut aku jelaskan? Aku tidak rasional hari itu. Terlalu emosional.
“ Err…”
“ Saya betul-betul tak faham maksud awak. Tapi semua itu tak penting.”
Kereta membelok masuk ke lebuh raya. Mana dia nak bawa aku nih? Ni dah keluar dari kuala lumpur ini. Hati ku mula rasa tidak senang.
“ Sebab saya sendiri tak faham apa yang saya buat nih..” sambungnya lagi. Kereta terus meluncur meninggalkan kuala lumpur.
“ Saya sedang kidnap awak, Amyra.”