Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 19 November 2010

KL LOVE STORY 25


Saat aku membuka mata, aku lihat kereta ini sudah pun berhenti. Berhenti di mana? Mengapa berhenti? Aku tidak pasti kerana aku tidak berapa ingat apa yang terjadi.

Segalanya kabur. Seolah-olah ingatan aku telah di brainwashkan. Dan setiap kali aku cuba ingat hal yang berlaku, kepala ini terasa sakit yang teramat sangat. Inikah rasanya apabila dikidnap?? Ohh tidak!!  Serious! Aku tidak ingat apa-apa. LANGSUNG!! 

Cepat cepat aku toleh ke sebelah kananku. Kosong. Si pemandunya sudah tiada. Dia telah meninggalkan aku sendirian di sini. 

Aku lihat jam di kereta ini menunjukkan pukul 9 malam.9 Malam?? Sudah malam kah? Aku mencari-cari tombol untuk menaikkan seat tempat duduk aku yang telah dibaringkan. Aku cuak! Bila masa pula aku baring ni? Sapa yang baringkan aku ni? Danny ke? 


Mungkinkah? Aku raba tubuhku..


Dan perlahan-lahan, aku teringat peristiwa sebelum ini. Peristiwa itu...


“ Danny, berhenti!!"

Aku jerit sekuat hati aku. Rasanya boleh pecah tingkap cermin kereta ini dengan lantunan suara aku yang gemersik ala-ala nyaring ini. Danny tidak mempedulikan aku.

" Awak nak bawa saya ke mana ni?!!” tanyaku lagi tanpa dapat menyelindungi perasaan cuak, takut, gementar dan pelbagai rasa 100% negatif di otak pemikiran aku ini. 

Dia masih diam.~~
Melihat dia yang tidak mempedulikan aku, aku tekad untuk membuka pintu pula. Namun ianya sudah pun dikunci awal oleh dia.Semua ini tak mungkin terjadi pada aku. Ini bukan cerita drama ataupun cerita polis-polis, atau cerita gelap..Ini real life!! Kidnap..?? Tolonglah ini semua hanya gurauan, jenaka yang dimainkan oleh Danny.

Aku perlu bertenang. Tarik nafas dalam-dalam. 
Namun, saat aku lihat wajahnya yang kelihatan serius dan terus memandu laju seolah-olah pemandu F1 tuh , aku tahu ini semua betul. Aku mengeluarkan telefon bimbit.

Aku perlu telefon seseorang.

“Hello…” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, telefon Danny rampas, lalu dibuangnya telefon itu kelur.

“ Hei!!” jeritku saat melihat telefon bimbit yang aku beli dengan usaha menabung selama 6 bulan itu hancur di jalanan. Danny kejam!! Tidak tahukah aku yang miskin ni bertungkus lumus untuk menabung membelinya? Rasa macam nak menangis pula.
 
“ Duduk diam-diam.” Katanya garang.

Rasa sedih aku telan dan digantikan dengan seribu satu perasaan takut. Danny ini bukan lelaki yang aku kenali. Dia garang dan evil. Ini bukan gurauan! 

Aku menurunkan tingkap cermin.

“ Hei, nak terjun keluar ke?” nada suara Danny agak risau. Tetapi aku tidak peduli. Kalau ini adalah satu penculikan, aku tidak rela menerima takdir ini tanpa melawan. Jadi...

Seakan tahu apa yang cuba aku lakukan, Danny memegang tanganku, menahanku dari melakukan tindakan yang bukan-bukan. 

Tindakan aku?? Ya, mestilah aku meronta-ronta macam nak gila, dan aku juga rasakan kereta ini mula bergerak tidak tentu hala. Akhirnya, stereng gagal Danny kawal dan kereta ini terus menyenget dan menuju ke pembahagi jalan raya.

“ You're going to get us killed!!”

Itulah keadaan yang aku ingat sebelum pandanganku gelap. Aku pengsan.

Aku tak ingat apa-apa selepas itu. Kami accident ke? Aku tak ingat, rasanya kiteorang terlanggar kot?

Aku raba seluruh badan. Tiada yang sakit-sakit. Tangan tak patah, kaki pun sama. Rasanya semuanya ok. Aku pun bukannya berada di hospital. Jadi?

“ Auchh…”

Terasa kepalaku sakit kembali. Aku raba muka dan terus naik ke dahi. Di situ, aku terasa sesuatu tertampal.

Plaster??

Auchh…
Confirm plaster. Dan ditempat itu, bila aku tekan terasa sakitnya. Macam luka terhiris. Luka ini yang buat kepala aku rasa sedikit pening dan ala-ala migrain. Bila masa aku terluka ni?

Tombol kerusi aku naikkan dan aku cepat-cepat membelek wajahku di cermin kereta. Dah hodoh ke muka ni? Cun, masih ada hidung, mata, mulut.. okey bagus.

Sekeliling tempat asing ini aku tinjau. Rupanya kereta ini diberhentikan di halaman sebuah rumah kampung. Rumah kampung yang mempunyai tangga yang cantik seperti rumah-rumah tradisional di Melaka. Aku di Melaka ke?

Tuk..tuk..
Terkejut aku saat tingkap kereta di ketuk. Tambah-tambah terkejut lagi bila seorang wanita tua bertelekung putih menjengah di tingkap kereta. Cite hantukah ini? 

“ Amyra, masuklah. Sampai bila kau nak tidur dalam kereta ini?”

Aku tergamam. Terkedu tanpa bicara.

Ya, memang ini adalah Melaka.

Sebab di depan aku, mak aku sedang memanggil aku masuk ke rumah.

“ Yang kau tercengang tu kenapa, masuklah cepat. Nak tidur dalam kete ke?”

Aku masih keliru. Ku tenyeh-tenyeh mata ini bagai tidak percaya. Ini mimpi kan? 

Aku keluar.

" Ishh... tidur aje.. tu air liur kat mulut tu lap skit. Kita nak terima menantu nih..."

Langkah aku mati bila sampai di depan pintu rumah aku, yang tersengih lebar di muka pintu, siap memakai baju melayu lagi, menantinya si penculik yang beraut wajah manis ini- Danny. 

 previous 
                                                                                                       next
 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'