Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 22 November 2010

KL LOVE STORY 26


Suasana kampung yang damai permai, bayu angin pagi yang bertiup lembut dan kehijauan pokok-pokok bunga di sekeliling kawasan rumah kampung yang beratap jubin biru ini mengimbaukan aku pada kenangan silam. Ketenangan, kedamaian dan kebebasan,semua ini sentiasa berjaya membuatkan hati ini berlagu gembira. Oh kampung!!

Aku sangat rindukan suasana ini. Tiada bunyi bising enjin kereta,hon,kesesakan, ahh… segalanya seperti sebuah mimpi. Pagi di kampung yang sempurna kecuali…

“ Morning, sleeping beauty.”

Aku memandang Danny yang sedang menebas lalang dan rumput di halaman . Seperti biasa dia juga memandangku dengan sebuah senyuman yang seceria mentari pagi di sini. Dan tidak dinafikan kehadirannya, senyumannya, suaranya sentiasa membangkitkan debaran di hati ini.  Aku benci debaran ini kerna ia buat aku tidak tentu arah.Benci!

Maka disebabkan itu jugalah, otak aku terus fikirkan sesuatu yang boleh mengawal debaran hati ini.. Ya, hal kidnap semalam. Sehelai sepinggang aku pulang ke kampung disebabkan dia. Selamatlah ada beberapa helai baju yang tinggal dalam almari buruk di bilik lama aku kat kampung ini. Tapi, semuanya baju kurunglah.. Ha, tak pasal-pasal aku ayu mayu sepanjang di sini. yes, ada point!Ni semua salah Danny.. yer betul~

Danny aku lihat telah kembali meneruskan kerjanya tanpa menunggu aku membalas sapaan paginya itu. Kelihatannya dia begitu leka membersihkan halaman rumah aku tanpa pinta sesiapa dan sayup-sayup kedengaran siulan kecil darinya. Gembiranya dia. Gerak gerinya yang tangkas dan kelihatan selesa seolah-olah sudah biasa dengan kerja-kerja kampung ini buatkan aku tertanya-tanya, inikah Danny, anak Dato yang terkenal dengan ke'buaya'an nya? Hmm.... 

Kerana Danny di depan mata aku ini kelihatan seperti lelaki kampung biasa yang aku lihat. Dengan berpakaian tshirt putih lengan pendek yang terserlah cela kotornya ,jeans biru yang lusuh,dan wajahnya yang basah dengan keringat peluh, dia bukannya seperti Danny yang aku kenali kerana kata-kata manisnya, playboynya, usikannya, rahsianya, lifestylenya... Dia seorang lelaki biasa.. Well, lelaki biasa yang kacak. ^__^

‘ Ha.. leka tengok anak bujang orang buat apa. Gatal nak kawinlah tu! Pergi siapkan makan pagi untuk Danny dan atuk kau tu.”
Ish.. mak aku ni, ada ke cakap camtu. Kuat lak tu.. Malu aku!!Ee...

Sekilas aku dapat lihat Danny seakan menahan tawa. Walaupun dia pura-pura macam tak dengar dan tengah kusyuk mentrim pokok bunga mak aku tu, tetapi aku dapat lihat dengan jelas ada senyuman sinis dari bibirnya itu. Ketawakan aku la tu!!

“ Ha… apa lagi dok tercegat. Pergilah dapur cepat, buat kopi ke.. “ bebel mak aku lagi tak henti-henti. Bergegasku ke dapur. Kalau lagi lama aku disitu, lagi panjanglah bebelan mak aku ni.

“ Danny!! Sudah-sudah la tu.. Masuk makan!!”

Uishh… kuat betul suara mak aku ni ye.. 

Di dapur aku hanya menyediakan kopi. Nasi lemak dah atuk aku beli dan terhidang di meja , jadi aku rasa takde apa sangat nak dibuat sekarang ini. Cucur pisang dan ubi rebus pun dah tersedia. Aku peliklah mak aku ni, suruh aku buat tu buat ni, tapi bila sampai dapur jer semua dah lengkap.. Apakah tujuan mak aku ni.. nak promote anak dara dia ke ni?

Tapi aku tidak pasti Danny makan tak makanan kampung macam ni? Simple sahaja. Diakan anak orang kaya, risau juga kalau semua ini tidak menepati citarasanya. Isk.. kenapalah aku nak mempedulikan hal Danny. Macamlah dia tu terlalu penting bagiku.

“ ha, dah siap ke?” tiba-tiba je terpancul mak aku kat depan pintu dapur.
“ Semua dah siap dah, Myra nak buat ape lagi…mak ni..”
“ Kau tu bangun lambat . Malu mak nanti kat menantu.”

Menantu lagi. Rasanya semalam mak aku pun ada sebut menantu. Nak terima menantu. Bahasa kod ke ni? Menantu.. menantu…bila masa mak aku dapat menantu ni? Setahu aku, aku je ler anak dia sorang dan aku single lagi yer. 

“ Menantu mana pula mak ni..” rungutku kuat sedikit, mengharap mak aku berikan penjelasan pada kepala otak aku yang masih blur-blur ni. Sebelum ni, dia suruh aku balik urgent la sangat, katanya pasal masa depan aku la.. Bila aku dah balik ni, dia takde pun cakap apa-apa.. Tapi asyik sebut menantu.. menantu…

“ Sayalah…” jawab Danny yang tiba-tiba muncul di dapur. Senyap-senyap je dia ni... 

Aku pandang Danny, dia ni bergurau ke apa ni.

Kemudian aku alihkan pandanganku pada mak aku yang tak membalas,atau lebih tepat tidak mengiyakan dan tidak menidakkan kata-kata Danny itu.

“ Danny makan dulu yer. Jangan malu-malu, buat cam rumah sendiri.. Mak nak panggil atuk kau turun.”

Mak???

“ Terima kasih mak!” sahut Danny macam anak kecil yang manja. Masalahnya, ini ibu aku yer,. Bila masa lah pulak Danny ni berkaum kerabat dengan aku? 

“ Mak???” ha.. terkeluar juga rasa terkejut aku ni.. 

Danny mengambil cucur pisang dan mengunyahnya gembira. Kenapa aku katakan gembira? Sebab aku memang nampak sangat jelas kegembiraannya itu, sengihan nakalnya itu, senyumannya, segalanya itu gagal dia sembunyikan.Seperti bila time dia mengenakan aku, mengusik aku, membuatkan aku geram dengannya rasa cam nak cekik-cekik sahaja. Aku dapat rasakan aura itu...aura budak nakal yang telah mendapat sesuatu untuk  eksperimen kedajalannya.

“ A’ah.. Emak. Kenapa? Awak tak nak kawin dengan saya ker?” 

previous                                                                   next



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'